Tuesday, February 25, 2014

Pengorbanan


Assalamualaikum...

Hye semua..akhirnya berjaya jugak aku update blog setelah sekian lama. Kali ni kita bercerita tentang pengorbanan. Bukan aku nak cerita pasal pengorbanan ibu bapa atau pengorbanan cikgu tapi tentang berkorban waktu tidur..Tidurrrr.... syioknyerrr...

Setiap hari senin sampai jumaat aku kena pegi sekolah pukul 7. Jadi aku set alarm setiap 10 minit bermula pukul 6 pastu set pulak lagi satu pukul 6.10 pastu pukul 6.20 dan 6.30 paling last. Langkah berjaga-jaga in case kalo aku tidor mati tak hingat dunia. Bila terjaga jer dari tidur kena cepat-cepat bangun dan PAKSA diri untuk bangun jugak. Tak dak masa lagi dah nak kata pada diri sendiri "ermmm..jap gilah bangun.. 5 minit je 5 minit je aku nak tido jap".. Kalo duk 5 minit lagi 5 minit lagi aku bangun memang lewatlah aku gi sekolah.

Bila bangun tido dalam keadaan paksa diri macam tu, mata akan jadi pedih. Nak bukak mata pon susah. Jalan terhuyung hayang ke toilet. Lepas solat subuh tak boleh nak landing kejap dah atas katil. Kena cepat-cepat bersiap ke sekolah.

Yang duk jadi pedih mata tu sebab malam aku tido lewat. Duk pikir rancangan mengajar, nak buat BBM lagi, nak print lembaran kerja dan tugasan untuk murid-murid pastu nak iron baju lagi sebelum tidur. Kawan aku duk heran mengata aku pasal apa aku selalu tidur lewat. Tak de selalunya pon. Hari sekolah je aku tidur lewat. Berkorban untuk anak muridku. Ceceh.... Kenkadang aku akan tidur dulu pulu 11 pastu minta roomate kejutkan pukul 12 lebih untuk buat kerja dan tidur balik lepastu. 


Waktu yang akan ku  tunggu-tunggu adalah....Hari sabtu dan ahad...!!!

Sebab aku boleh tidur awal sebelum pukul 12 pastu bangun untuk subuh. Mengemas bilik, basuh baju yang kepam seminggu dan keluar makan ngan kawan-kawan.. Hujung minggu memang aku takkan sentuh kerja-kerja sekolah. Laptop pon aku tak bukak.

Oh ya...!! harini hari apa?? Harini selasa, oh no..! esok rabu..setiap hari rabu balik sekolah lewat. Dah maghrib baru akan sampai hostel. Semoga masa cepat berlalu sebab nak rehat pada hari ahad. 


Malas nak menulis panjang-panjang. Baik aku pergi buat rancangan mengajar. Okey. Bye! 

No comments: