Wednesday, February 26, 2014

Manfaatkan cuti hujung minggu


Assalamualaikum..

Hujung minggu aritu aku sempat keluar ngan classmates ke national library untuk cari bahan rujukan untuk assignment kaunseling. Sepatutnya kena antor minggu lepas assignment tu pastu extend sebab ramai yang tak buat lagi.. Yerlah..kat sekolah sibuk nak pikir mengajar pastu tak sempat nak pikir pasal assignment pon. Dah last menet camni baru semua kalut. Tapi tak kalut sangat pon.. Masing-masing wat rilek jer lagi... Hehehe...


*kata je pergi library tapi tak sempat pon nak bergambar. Sibuk cari bahan


Pastu otw nak balik kami gi time square sebab si Ika nak cari wedges baru nak pakai ke sekolah. Okey. Semua ke TS la pulok. Aku ase tahun ni baru kali pertama aku gi TS. Punyer berdoa banyak-banyak pasang niat.. "azi, gi TS teman ika beli wedges je okey. Jangan ko pulak yang terbeli macam-macam". 



Memang kuat dugaan kalo gi TS. 




KakLong snap gambar ni masa orang duk kalut nanar cari jalan menuju TS.  Amboi...sukaan ngat aminah..


Sementara terperangkap dalam jem marilah bergambor secara berjemaah.  


Dah sampai TS ramai giler orang sebab ada event pe ntah. Dan hujung minggu memang tempat lepak golongan muda kat TS ler kalo tak ke Sogo atau Jalan TAR atau mid. Aku pegang bag aku kuat-kuat masa berjalan sambil mata melilau-lilau. Bukan sebab takut kena ragut, tapi sebab takut terbekenan pastu terbeli pape. Ah sudah...


Sementara ika duk pilih kasut, marilah berehat sambil camwhore bersama kaklong..Kasut belah kanan tu cantik tapi memang bukan taste aku lah nak menyeksa diri pakai kasut tinggi-tinggi umpama berjalan jinjat. 


Dah dapat wedges yang berkenan terus balik selepas singgah makan sekejap di wongsolo..


pi es: Oh ya..!!! Kat wongsolo aku terjuma Jemah.. ..!! Geng pergi library masa prep malam kat maresem dulu. Lama giler dok jumpa selepas habes spm. Terkejut wa beb sebab jemah yang dulu makin feminin.. Sekarang dia dah bekerja bahagian engineering. Ramai kawan-kawan maresem kerja area KL sekarang. Mohon sesiapa anjurkan reunion sementara aku masih di sini. Karang kalo terlepas ke sabah sarawak dah tak leh join reunion.

Tuesday, February 25, 2014

Pengorbanan


Assalamualaikum...

Hye semua..akhirnya berjaya jugak aku update blog setelah sekian lama. Kali ni kita bercerita tentang pengorbanan. Bukan aku nak cerita pasal pengorbanan ibu bapa atau pengorbanan cikgu tapi tentang berkorban waktu tidur..Tidurrrr.... syioknyerrr...

Setiap hari senin sampai jumaat aku kena pegi sekolah pukul 7. Jadi aku set alarm setiap 10 minit bermula pukul 6 pastu set pulak lagi satu pukul 6.10 pastu pukul 6.20 dan 6.30 paling last. Langkah berjaga-jaga in case kalo aku tidor mati tak hingat dunia. Bila terjaga jer dari tidur kena cepat-cepat bangun dan PAKSA diri untuk bangun jugak. Tak dak masa lagi dah nak kata pada diri sendiri "ermmm..jap gilah bangun.. 5 minit je 5 minit je aku nak tido jap".. Kalo duk 5 minit lagi 5 minit lagi aku bangun memang lewatlah aku gi sekolah.

Bila bangun tido dalam keadaan paksa diri macam tu, mata akan jadi pedih. Nak bukak mata pon susah. Jalan terhuyung hayang ke toilet. Lepas solat subuh tak boleh nak landing kejap dah atas katil. Kena cepat-cepat bersiap ke sekolah.

Yang duk jadi pedih mata tu sebab malam aku tido lewat. Duk pikir rancangan mengajar, nak buat BBM lagi, nak print lembaran kerja dan tugasan untuk murid-murid pastu nak iron baju lagi sebelum tidur. Kawan aku duk heran mengata aku pasal apa aku selalu tidur lewat. Tak de selalunya pon. Hari sekolah je aku tidur lewat. Berkorban untuk anak muridku. Ceceh.... Kenkadang aku akan tidur dulu pulu 11 pastu minta roomate kejutkan pukul 12 lebih untuk buat kerja dan tidur balik lepastu. 


Waktu yang akan ku  tunggu-tunggu adalah....Hari sabtu dan ahad...!!!

Sebab aku boleh tidur awal sebelum pukul 12 pastu bangun untuk subuh. Mengemas bilik, basuh baju yang kepam seminggu dan keluar makan ngan kawan-kawan.. Hujung minggu memang aku takkan sentuh kerja-kerja sekolah. Laptop pon aku tak bukak.

Oh ya...!! harini hari apa?? Harini selasa, oh no..! esok rabu..setiap hari rabu balik sekolah lewat. Dah maghrib baru akan sampai hostel. Semoga masa cepat berlalu sebab nak rehat pada hari ahad. 


Malas nak menulis panjang-panjang. Baik aku pergi buat rancangan mengajar. Okey. Bye! 

Wednesday, February 12, 2014

Sambutan Maulidul Rasul


Assalamualaikum...

Dah lama tak merasa kemeriahan sambutan maulidul Rasul. Sebab dah lama tinggalkan alam persekolahan. Bila dah belajar di peringkat sekarang ni mana nak ada nya sambutan berarak di tempat aku belajar ni. Bila masuk sekolah barulah berpeluang berarak bersama murid-murid. Agak meriah jugak lah dan penuh warna warni sambutan perarakan maulidul Rasul di sekolah ni.


Kita banyak buh gambar jerlah ek untuk entry ni. Kamu ushar jerlah gambar. 

Pelajar yang kelainan upaya pon turut serta berarak. Cikgu-cikgu memang kena jaga dorang betol-betol lah sepanjang perjalanan. Kiri kanan cikgu duk pimpin nak bagi jugak murid merasa perarakan. Memang tabah cikgu-cikgu ni. Aku mungkin belum setabah itu.


Murid-murid pra-sekolah pon join jugak berarak. Comel-comel belaka ngan baju kurung dan baju melayu siap bersamping. Kemain lagi dorang ni. 

Bila dah sampai kat jalan raya memang kena pantau dorang ni btol-btol lah. Yang murid perempuan okey jer dengar cakap cikgu. Yang lelaki ni haaa masalah sket. Suruh berjalan pegang tangan kawan. okey dorang ikut. Tapiiii...kejap jela pegangnya. Pastu naik atas divider la pulok.. Jenuh cikgu duk jerit..'turun..turun..!' Bila dah turun tak lama lepas tu naik balik. Haissshhh..berpeluh-peluh cikgu.

 Ni semua sepanduk yang cikgu-cikgu buat.. Kesian murid tahun 3 tak de sepanduk..Mari tumpang berarak bersama sepanduk murid tahun 2..

 Cikgu posing sket...Ni dah habes berarak dorang berehat jap sebelum gi kantin  untuk makan. Lepas berarak rasa dahaga yang amat. Pastu ternampak pulak murid minum air oren mak dia bekalkan. Air oren sejuk pulak tu. (T___T)~ sedapnyer air oren..

 Lepas berarak murid rehat jap makan-makan pastu ada ceramah dan nasyid. Seronok jugak ceramah ni murid tak bosan. Baguslah ustaz ni kawal murid. Senang keje tak perlu cikgu nak menjaga murid jangan kasi bising. 

Dalam duk dengar ceramah tu tetiba pulok ada murid menangis.. Adoyai... Dia termuntah pastu menangis ler. Pengawas tolong uruskan bawak keluar dari dewan sesak tu. Yang murid lain duk eeee eeeee...

Itulah kisah maulidur rasul kami...Nanti kalo free aku citer lagi pengalaman kat sekolah. Kenkadang aku update pasal aktiviti sekolah kat instagram. Nanti kamu ushar lah kat IG aku. shazikashahrim. Tak folo pon tak pe sebab aku tak private pon. 
okey. bye..!

Monday, February 3, 2014

Cubaan membuat jubah dress pertama


Assalamualaikum...

Kali ni nak citer tentang jubah dress pertama yang aku belajar menjahit. Ruby yang ajar semuanya. Dari memilih kain yang sesuai, mendesign, memotong, pergi klim dan menjahit semua Ruby ajar. Kami plan lama dah nak buat jubah dress. Sampailah satu hari Ruby jahit sendiri jubah dress dia dan antor gambar whatsapp kat aku. Aku suruh dia buatkan aku satu tapi dia kata nak belajar boleh, nak buat tu dia malas sket. So, aku pon belajar ler ngan dia. 


Hujung minggu aku pon pergilah menuntut ilmu belajar menjahit. Padahal ayah aku tukang jahit, tapi gi belajar menjahit ngan orang lain. (T___T)~ Tak sabar ase nak balik rumah nak tunjuk hasil jubah aku kat ayah. Mesti ayah suka sebab dia suka aku pakai jubah sampai belikan aku satu jubah dress kaler pink kat aku untuk tak bagi aku pakai skinny jeans dah. 

Oh! berbalik pada cerita asal. Ruby ajarlah aku cara nak buat design jubah tu. Tersengguk-sengguk aku melukis siap ngan basi semua tu pastu potong kain ngan hati-hati tak mau bagi herot. Ruby kata kalo senget nanti susah nak cantum. 

Pastu dah siap potong kena pergi kelim tepi pulok. Dah jumpa kedai murah dan dekat untuk kelim. Pernah aku teman Ruby pergi kelim kat sebuah kedai  kat jalan Masjid India mahal gilerrrr bila ku tahu boleh dapat harga lagi murah untuk kelim sebenarnya. 


Untu cantumkan kain-kain tu kena jahit pakai mesin. Walaupon dalam bilik aku ada mesin jahit tapi aku tak pernah menjahit pakai mesin tu. Seingat aku pertama kali dah last aku menjahit masa kat sekolah untuk subjek KH. Tu pon jahit pakai mesin atas kain perca dan tampal dalam buku latihan. Jadi Ruby lah yang tolong jahitkan jubah tu. 

Dan..Tadaaaa...!! Inilah hasilnya jubah dress itu. Labuh sket kena pakai heels. Memandangkan kaki aku yang cedera aritu belom pulih lagi so tak dapat nak pakai kasut tinggi lagi. Meleretlah kain tu. Maybe next time kena potong pendek sket kot. 

Nilah gambar whatsapp yang Ruby send kat aku. Semangat siapkan baju ni sebelom ke kelas. Siap buh lace bagai. Kemain lagi kannnn..Dia memang suka menjahit sampaikan orang tengah pulun study time exam, aku call dia tanya "Ruby, buat apa tu..study ke?" Boleh pulok dia jawab "Saya tengah menjahit ni'. Beberapa hari lepas tu dia tunjuk lah shawl yang dia jahit kat aku. 

Yang ni aku pakai semalam pergi publika. Nampak tak kain meleret sebab labuh sangat. Ruby suruh aku potong tapi aku tak mau sebab nanti kaki dah okey boleh ler pakai heels. Aku pilih kaler pepel untuk elak asyik pakai pink tetiba rupanya yang aku pilih tu seakan pink jugak. Bilalah agaknya nak get rid of pink ni.

Kalo nak buat dress yang terletak elok dan flowy kenalah pakai kain yang mahal sket. No wonderlah jubah dress yang cecantik yang orang jual kat instagram mahal-mahal dan cantik sebab dia pakai kain kualiti elok. Ni dah taw cara nak buat nanti habes praktikum lah pulok aku ase nak buat lagi. Sekarang busy ngan sekolah memang tak terbuatlah. Okey bye!