Monday, January 31, 2011

Abadikan kenangan dalam sekeping gambar


Kenapa nak simpan je gambar-gambar kamu dalam folder laptop? atau simpan dalam folder enfon? Lagi elok kamu cuci semua gambar tu masukkan dalam album. Tak de lah masalah gambar kenangan hiang kalau laptop rosak, pendrive hilang, atau terdelete gambar dalam enfon. Nanti bila dah tua boleh la tunjuk gambar-gambar tu semua kat anak cucu cicit kan. Jadi, apalagi. Cepat pilih gambar kenangan dan pergi kedai gambar sekarang. Kalau agak-agak ink printer tu banyak lagi print je pakai foto paper. Buat pe la kamu nak semak dalam latop gambar ribu riban kalau last-last semua gambar tu hilang. T_______T"


Tuesday, January 25, 2011

Pen spinning


Kamu tau tak nak buat pen spinning atau biasa orang panggil pusing-pusing pen guna jari tangan bukan jari kaki? Kebanyakkan budak laki tau buat pen spinning dan mereka lagi kreatif. Macam-macam style boleh buat.


Aku mula kenal pen spinning ni semasa di mrsm. Budak-budak lelaki ligat je duk putar-putar pen buat aku jadi tertarik nak tau dan belajar camne nak pusing pen tu. Aku pon tanya lah budak laki kelas aku. Dorang ajar yang basic je. Putar pen guna jari telunjuk ngan jari tengah. Sejak hari tu aku selalu praktis buat pen spinning. Ada jugak yang lagi terer pusing pen ikut celah celah jari dari celah jari ibu sampai jari kelinking dan ada jugak yang sampai boleh lambung lambung pen pastu tangkap pastu putar pen tu balik. Wohaaaaa...


Semasa dalam dewan exam, aku tengok ramai yang duk pusing-pusing pensel 2B. Pastu mula ah ada yang pensel jatuh kesian pengawas peperiksaan nak kena kutip. Ha! aku ingat lagi ada ketua pengawas peperiksaan semasa peperiksaan SPM dia duduk kat atas pentas dewan memerhatikan kami pastu masa tu aku ushar ramai ah yang sedang jawab exam sambil pusing-pusing pen. Tiba-tiba dia pon duk pusing-pusing pen jugak. Dia pon terpengaruh nak buat pen spinning. Hebat jugak penangan pen spinning ni. Kamu tau buat pen spinning tak?


Sape-sape yang berminat nak belajar buat pen spinning? Jom tengok video ni.



Laju giler dorang pusing pen. Tapi sangat menarik. Nak tau cara buat pen spinning google la atau kamu mintak tolong sape-sape yang dah reti buat tu ajarkan. Good luck :)


Sunday, January 23, 2011

Jom gegar blog

Haritu kawan aku muzakir ngan k-own ajak aku join segmen abang ben ashaari. Aku tak sempat nak join. Kali ni sebab aku tak de topik nak nak citer jadi aku join la segmen menggegar blog. Kasi gegar blog aku sama yek abang ben :)




Motif: Abang Ben Ashaari nak buat suspen plak tak mahu gitau.


Kamu rasa apa sebab dia buat segmen ni eh? Jeng jeng jeng..kita tunggu. Ha! Apa tunggu lagi jom join. meh meh ramai-ramai.


Saturday, January 22, 2011

Tak dapat konek!


Antara blog lelaki dengan blog perempuan yang mana kamu lagi suka? Okey, aku suka dua-dua. Blog perempuan aku suka tengok gambar dan baca tips-tips atau perkongsian kisah-kisah kehidupan seorang perempuan. Erkkk. Kalau blog perempuan yang asyik duk citer tentang kisah cinta dia ngan boipren aku bo layan (malas nak layan). Blog lelaki aku suka baca entry sebab bahasa dorang guna sempoi je. Best ah. Oit. Bukak racis eh.


Tadi aku stalk 2 blog lelaki, terbangtinggitinggi.com dengan fahmiehyperlink. Blog yang separa lucah ni best jugak. Cerita tentang kehidupan orang lelaki yang sememangnya terserlah dorang mempunyai satu nafsu yang menggila. Berani dorang nak buat entry entry separa lucah macam tu. Tadi aku baca entry dalam blog terbangtinggitinggi. Dari satu entry ke satu entry aku baca asyik tekan older post tiba tiba…


“Kenapa tak boleh konek ni!”


Tengok tengok roommate aku pon sibuk nak online. Dah la wireless lembab nak kena berebut line. Dia dah curik masuk line aku. Hampeh betol. Tak dapat nak baca blog terbangtinggitinggi sampai habes. Nak guna maxis broadband pulak dah sampai limit. Aku ingat best la guna maxis broadband sehingga mengetepikan celcom campak masuk dalam tong sampah. Maxis cuma tahan 1 minggu je yang 1.5 Gb. Padan muka kamu azie nak pakai plan paling murah 48 hengget.


Arghh. Tak dapat nak blogging ngan aman sejak akhir akhir ni. Tsk. Pasrah. pi/es: belajar bahasa lucah dari blog lelaki.

Thursday, January 20, 2011

Kamu mahu jadi seperti mata lalat atau mata lebah?


Satu hari ada la sorang kawan aku ni, Ruby cerita kat aku apa yang dia dengar dari sorang ustaz dalam radio IKIM.fm. Ustaz tu kata, manusia ni ada 2 jenis mata. Mata lalat dan mata lebah. Tapi majoriti manusia ni bermata lalat. Cuba kamu chek, kamu mata lalat ke mata lebah? Oit, bukan disebabkan kamu pakai spek itam bulat-bulat besar macam lalat tu nak kata mata kamu mata lalat. Bukan macam tu. Meh sini aku nak terangkan.


Mata lebah: Lebah ni kat mana pon dia berada dia mesti nak cari bunga. Walaupon dia berada di kawasan pembuangan sampah dia tetap akan cari bunga untuk dapatkan madu. Di umpamakan macam seseorang yang tengok orang jahat tapi dia akan tengok orang jahat tu benda yang baik je. 


Mata lalat: Kamu tahu kan lalat suka tahik. Lalat ni walaupon dia berada di taman bunga dia mesti nak cari tahi jugak kan. Diumpamakan mata manusia ni kebanyakkan macam mata lalat. Sebab walaupon kita tengok sesorang tu alim giler pakai tudung labuh atau berkopiah dan baik sangat-sangat pon kita mesti nak cari jugak keburukan dia.


Oleh itu, marilah kita jadi seperti mata lebah walau seburuk mana pon seseorang tu kita mesti tengok juga kebaikan yang ada pada dia. Jangan jadi seperti mata lalat yang asyik nak cari keburukan orang. 


.

Monday, January 17, 2011

Medal terakhir?

Hujung minggu aku join kawan-kawan pergi joging di Tasik Permaisuri. Serius lama giler aku tak gi joging. Pastu tadi bila kawan-kawan joging pusing satu tasik aku hanya mampu dan terdaya jog separuh jalan je. Pastu aku jalan je la. Tapi, bila kita lari pastu jalan pastu nak lari balik memang tak boleh. Dah mula rasa kaki nak kejang.


Kenapa aku tak mahu aktif dalam olahraga lagi?


Aku ada beberapa orang kawan yang dulu aktif olahraga tapi bila dorang stop badan dorang mula naik. Aku ni kan berangan nak naikkan berat badan. jadi aku pon mula men-de-activate-kan bersukan. Denagn harapan badan berisi lah siket macam dorang.


Aku dulu zaman sekolah bukanlah atlet tegar  dalam olahraga. Cuma dapat perak ngan gangsa je tak perlu lah ase nak berlagak atlet. Tu pon muncul sekali setahun jek. Pastu mulalah ada masalah kaki cramp sebab aku gunakan kaki aku untuk berlari di padang setahun sekali jek iaitu semasa hari sukan.


Akibatnya.....


Sekarang aku dah mula rasa semput bila naik turun tangga dan cepat letih. Pastu aku nak betulkan presepsi kawan-kawan dan saudara-mara aku yang kata aku diet, kawal makan sebab tu badan kurus. Opssss... Sory sket.


Jika imbas balik. Last medal aku dapat semasa hari sukan di matrikulasi tahun 2009. Masih akan dapat lagi ke selepas ni?


Saturday, January 15, 2011

Bila dah masuk degree/ijazah


Dah lebih seminggu aku masuk program ijazah. Aku mula rasa perbezaan antara bila masuk pra dan bila dah masuk degree. Nasib baik dulu aku pernah belajar di Universiti Utara Malaysia dalam program ijazah dan pernah merasa macam mana jadi student U. Antara perbezaan yang aku rasa sekarang:



1. Kerja/ task

Setiap hari ada je kerja yang diberikan oleh pensyarah. Dan kami kena submit atau present di hadapan kelas. Tapi nasib baik kerja tu kena buat dalam kumpulan. Terasa lega lah siket. Setiap subjek ada kumpulan yang berbeza. Pening kepala aku nak ingat sape ahli kumpulan padahal dalam kelas ada 21 orang je.



2. Buku

Kalau masa program persediaan dulu buku nipis-nipis je dan dalam bahasa melayu. Tapi bila dah masuk ijazah, Ya Rabbi punyalah tebal buku tu. Sebagai contoh buku perkembangan kanak-kanak. Tebal giler dan dalam bahasa inggeris. Setebal buku Campbel budak sains hayat di matrikulasi.


pening kepala


3. Pencarian maklumat

Sekarang bukan lagi zaman sekolah dulu yang cikgu main suap je segala maklumat kat kita. Bila dah belajar sampai peringkat ni semua benda nak kena cari sendiri. Buku di perpustakaan pula agak terhad. Kalau mahu buat rujukan lebih kenalah pergi ke perpustakaan universiti yang berdekatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, UIA Gombak dan UiTM. Oh, tak dilupakan Perpustakaan Negara.


Kalau malas sangat nak cari kat perpustakaan cari je pakai internet. Tapi kesahihannya kita tak tahu.



Itulah antara benda yang aku rasai bila dah belajar sampai tahap ni. Lagi 4 tahun insyaallah bertahan. :)


Wednesday, January 12, 2011

Gotong royong membersihkan tahi di dalam kelas


Oleh sebab sebulan kami bercuti, kelas dibiarkan kosong. Alangkah terkejutnya ahli kelas apabila bermulanya semester baru, kami mendapati terdapat beberapa deretan tahi (tak tahu tahi haiwan apa) di dalam kelas. Pada petang itu jugak kami bergotong-royong membersihkan kelas agar suasana belajar menjadi lebih kondusif.


Kerja-kerja dibahagikan kepada lelaki dan perempuan. Lelaki cuci lantai dan perempuan cuci tingkap. 




Wow. Rajinnya ahli kelas saya.




Hasilnya, kelas menjadi lebih selesa. Kami dah bermula semester pertama dalam program ijazah sarjana muda pendidikan. (PISMP) Oh! Mesti ada yang tertanya-tanya. kami ni dah masuk ijazah, kenapa kelas macam sekolah rendah. Memang kami kena didedahkan dengan suasana macam ni sebab nanti kami akan ke sekolah jugak kan. Ayuh kembali ke sekolah. Ayuh!


Monday, January 10, 2011

Hodoh punyer header

Kamu tengok ah header aku. Hanya tulis nama belog pastu buh 2 kaler. Kalau sape-sape masuk belog aku tengok header hodoh macam ni kompem terus close page aku kan.

Malu ase nak tayang header buruk kat semua. T_______T tsk

Sunday, January 9, 2011

Facebook will be closed

Apa perasaan kamu kalau baca tajuk macam tu? Aku dapat tahu ni dari kawan aku, zaty. Memang tersentap ah jugak kan.


Dengar citer Mark nak tutup bulan March. Eh, sempat lagi ni bagi sape-sape yang tak ada facebook nk wat facebook. Sekurang-kurangnya dapat la jugak rasa mempunyai akaun facebook. Cepat, sebelom facebook di tutup.


Kamu semua jangan menggelabah. Sign up je akaun twitter. Kita boleh twit twit.




Add my twitter, Shazika. Mungkin lepas ni twitter dapat menggantikan facebook.


Saturday, January 8, 2011

Cara potong kuku


Ramai orang suka menyimpan kuku panjang terutama remaja perempuan sebab akan buat jari nampak lawa dan runcing. Untuk mencantikkan lagi kuku siap pergi manicure dan warnakan kuku dan tambahkan glitter pada kuku. Tapi pergi manicure pon kuku still masih panjang.


Ibu bapa perlu ajar anak-anak potong kuku sejak mereka kecil dan bagitau kenapa kena potong kuku sampai pendek. Di sekolah pulak, guru-guru sentiasa kena pantau kebersihan kuku murid-murid. Dulu semasa saya sekolah kalau kuku panjang cikgu akan ketuk hujung kuku dengan pembaris. Sakit oh.


Sekarang, saya nak ajar kamu macam mana nak potong kuku.

  1. Ambil pengepit kuku, sebelum potong kuku kena baca bismillah.
  2. Kita start potong kuku bermula dengan jari tangan kanan dahulu diikuti dengan jari tangan kiri. Sila rujuk gambarajah di bawah.



Ha! cuba chek jari tangan kamu sekarang. Kalau terasa kuku panjang tu cepat gi potong sekarang. Aku paksa. Tak tahu cara? Tengok cara-cara memotong kuku yang aku tempek kat sini. Dah, jangan malas nak potong lagi lepas ni. Sunat potong kuku hari jumaat dan isnin.


Thursday, January 6, 2011

Kamu jangan UJUB!


Kawan aku, Pok Din dan Ayoub menunjukkan satu artikel tentang UJUB. Aku tak tau pe maksud ujub. Bila baca artikel ni baru aku tahu maksud ujub. Jom share sama-sama.

Amaran! Kalau ase malas baca aku paksa jugak baca. Mana lah tau kot-kot kamu ter-sentap jugak. 



Ujub Zaman Moden


Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri).


Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.


Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.




1. Blog dan "Followers"

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?



2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.



3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.



4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.



6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!



7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.



Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!



Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

- Artikel iluvislam.com



**************


Rasa sentap sikit lah kan sebab follower aku dah cecah ribu. Tapi aku tak maulah rasa ujub ni. Aku cuma takut tak leh bagi info yang berguna jek untuk followers aku. Maaf ye. Yang pasal facebook memang tak ada kaitan ngan aku sebab aku tak suka sangat facebook.




.

Wednesday, January 5, 2011

Untuk semua yang disayangi

Hai semua blogger, followers dan stalkers. Dah masuk tahun baru. Untuk warming-up kan arena blogging ni, aku nak kasi penghargaan la kepada kamu semua. Mungkin ada yang dah amek pengharaan ni tapi tak pe kan kalau amek untuk kali ke dua atau ke tiga.


Here u are! 




Terima kasih kepada followers dan kamu-kamu semua yang sudi menjengah blog Shazika Shahrim dan tak lupa juga kepada followers Hulahoop. 

Muah! Love u ols ^____^