Monday, August 30, 2010

Persembahan kemerdekaan ke-53

Hai semua. Esok kita akan menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Dah 53 tahun negara kita merdeka kan. Sambutan tahun ni akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Pertama kali sambutan merdeka dalam stadium. Sebelum ni duk berarak je kan. Kali ni punyer akan buat persembahan.
Align Center


Banyak la persembahan. Ada dari pelajar sekolah, Lim Kok Wing, Institut Pendidikan Guru, askar, Tentera Laut Di-raja Malaysia, maritim, polis, PULAPOL, airforce dan ramai lagi. Persembahan tu mengambil masa selama 1 jam.




Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) sedang tunggu bas nak bergerak ke Stadium Putra Bukit Jalil. Semua pakat duk galas beg besar tu macam tuntung. Saya punyer beg dah koyak dah tak boleh mintak lain.



Semalam latihan terakhir kami sebelum persembahan sebenar esok.






Sementara nak start latihan kami posing la dulu. Bersama Ruby kesayangan a.k.a rumet saya kat Apartment Presint 15 Putrajaya. Geng tidur kipas slow.




Simple but nice. Tak caya tengoklah esok eh.



Persembahan dari pasukan-pasukan lain pon sangat menarik. Terutama dari golongan angkatan tentera dan pertahanan negara. Saya taruk siket gambar dorang bagi kamu teruja nak tengok awal-awal pagi esok.







Amacam? So jangan lupa duduk depan tv anda pukul 7 pagi. Bukak tv 1 dan ushar saya kat dalam tv. Bagi yang duk sekitar Kuala Lumpur datanglah ke Stadium Putra Bukit Jalil. Tempat duduk free tak payah bayar.



Okey. Bai.


Ehsan: Fatin dan Ruby.

Wednesday, August 25, 2010

10 hari kerana Merdeka

Align Center
Sekarang aku berada di Putrajaya. Budak-budak IPG (institut pendidikan guru) kena berkorban selama 10 hari sampai la 31 Ogos ni untuk sambutan hari kemerdekaan. kami kena buat persembahan koir dan human graphic. Tiap-tiap hari berlatih pagi dan malam. Pastu ulang alik dari putrajaya ke stadium Bukit Jalil.


Jadual kat sini nak kata padat tak la sangat cuma letih je la. Pagi pagi bangun pukul 4 untuk mandi, bersiap, sahur dan solat Subuh terus bertolak ke stadium pukul 5.30 pagi. Praktis sampai la pukul 1 petang. Pastu balik putrajaya letih semua tidur. Malam pun ada latihan. Dari pukul 8.30 malam sampai pukul 11 malam.


Bagi aku selesa siket human graphic yang kali ni sebab stadium ada air-cond. Kalau yang dulu kami buat kat stadium terbuka panas plak tu. Ketiak pon tak de la basah kepanasan sebab dah kesejukan kena air-cond. Nanti 31 ogos jangan lupa tengok aksi kami di kaca tv anda. :)





Ni human graphic yang senior kami dah buat tahun-tahun lepas. Lawa kan.


Friday, August 20, 2010

Cerita terawih aku



Assalamualaikum semua. Aritu aku baca satu artikel. kalau kita buat perkara fardhu pada bulan Ramadhan pahala kita akan di gandakan jadi 70 kali ganda. Wohaaaaa kalau kat bulan lain tak dapat lipat ganda macam ni. Ehemm, jawab lah salam aku tadi tu. Waalaikumussalam... Insyallah bertambah pahala bulan ni.


Cakap tentang solat sunat terawih. Aku nak pesan la kepada sape-sape yang ke surau atau masjid, tolonglah silentkan henfon kamu. Haritu masa tengah khusyuk solat nak dapat pahala berlipat kali ganda tiba-tiba lagu Adam Maya keluar.


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Terus dalam kepala duk nyanyi sama ikut rentak lagu. Kalau volume tahap 1 tak pe la jugak, ni tahap 4 atau 5. Aku pon duk tunggu tunggu bila lagu ni nak stop. Komfem buat message tone lagu Adam Maya full punyer tak de cut cut. Sampai nak habes satu lagu baru ada orang pergi tutup. jadi tolonglah silent fon tu. Tak semestinya masa solat terawih je silent, tiap kali masuk surau atau masjid silentkan henfon kamu. Kan masjid dan surau tempat orang buat ibadah. Jangan pulak mengganggu yek.



Bila dah habes terawih mesti ada moreh. Jadi jangan tamak melahap moreh macam kau sorang je nak makan. Orang lain pon nak makan jugak. Setakat ni aku tak dapat lagi moreh bubur lambuk. T____T



Sebelum balik dari surau atau masjid sila pastikan kaki kamu tak terpakai atau sengaja pakai selipar orang lain. Sampai kat rumah baru terperasan pakai selipar orang lain rupanya. Sebelah kanan lain sebelah kiri plak lain. Pernah jadi insiden ni kat kawan-kawan aku. Nasib baik dapat cari balik sebab bilik dekat-dekat je.


Okeylah. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan sengaja ponteng puasa heh. Allah nampak, dosa tau..


Tuesday, August 17, 2010

Kajian ekosistem hutan di Institut Penyeldidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Kalau semester lepas kami buat kajian ke kawasan Orang Asli, kali ni kami masuk hutan pulak. Buat kajian pasal ekosistem hutan. Kami ke FRIM, hutan dalam bandar. Sekarang saya dalam proses menyiapkan asignment hutan tapi sampai saat ni hanya 5% baru siap. Kena hantar sebelum raya. Eh, jom tengok apa kami buat dalam hutan FRIM.


Lets the journey begin...




Sebelum masuk hutan, kami kena makan dulu. Kena makan jugak sebab nanti nak kena masuk hutan, panjat bukit jumpa pacat segala bagai. So, kena makan. Makan makanan yang berat-berat seperti nasi lemak pastu tiba-tiba plak air teh belum sampai. Tercekik aku.




Dah sampai di FRIM. Gambar skema 1.








Ulaq belingkiaq atas pokok. Besaq gilaq ulaq nih. Bohong. Bukan ular, tu pokok sebenarnya. Pokok nih nama saintifik dia liyana. Maaf lah sape-sape yang nama liyana tu.




Subhanallah, cantiknya alam ciptaan Tuhan. Tengok pokok ni, daun dia tak bersentuhan dengan pokok lain. Agak selfish ah kan.








Pastu kami mendaki hutan bukit yang tinggi nak mampos, tercungap-cungap aku tanpa air. Dahlah awal-awal tadi tak dapat air nak panjat bukit pon tak bawak air. Bawak ayaq liuq ja. Kami ke puncak untuk pergi ke Canopy Walk. Cuak jugak ah naik benda alah tu.





See. Masih sempat berposing.





Tiba-tiba... Kak long! Tunggu aku. Jerit si Fatin kegayatan. Hahaha..






Wohaaa.... Keyyy eLLL.. Kan dah cakap tadi hutan dalam bandar. Dari atas kanopi ni boleh tengok Kuala Lumpur. Kuala Lumpur! Saya nampak awak.





Gambar skema 2. Bergambar dihadapan galeri penyelidikan dan muzium FRIM.




Gambar skema 3. Dalam pejabat FRIM untuk menemuramah kakitangan dan staf.




Gambar tak skema. Kamilah chekgu Pengajian Shoooooosiiaallll..




Apa lagi caption nak taruk nih. Okey. Gambar geli aku dan mok nik. Sekian saje. Bai!


Sunday, August 15, 2010

Mantapkan subjek Additional Mathematics bagi calon SPM



Dah 3 tahun saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kali ni kita sembang pasal subjek add math. Sebut je add math mesti calon SPM akan kata ooooo ni kiler punyer subjek ni. Serius weh, saya masa form 4 bengap giler add math. Setiap kali ada exam markah selalu dapat sipi-sipi nak fail. Tapi tak fail la. Markah fail 30. Biasa dapat 31 32 tu pon pi merayu kat Cikgu Zul kasi tambah siket markah tak mahu bagi dapat F. Kalau tak efek saya nyer CGPA (MRSM panggil PNG: Purata Nilaian Gred).



Oleh sebab trial SPM pon sipi-sipi nak fail, maka Puan Shahrim pon daftar saya untuk join kursus Easy Math. Masa tu dorang buat kat UKM Bangi. Ramai giler yang join. Tapi berbaloi lah bayar RM100 dengan ilmu yang saya dapat. Cikgu-cikgu yang mengajar pon kelakar giler memang rasa seronok sangat belajar add math yang dulu rasa add math payah nak mampos.



Alhamdulillah, dengan ilmu yang saya dapat dan apa yang cikgu-cikgu kat MRSM ajar saya berjaya dapat A untuk subjek yang dulu saya label sebagai subjek pembunuh SPM. Terima kasih cikgu semua.



So, saya suggest kamu calon-calon SPM pergi join kursus Easy Math ni. Tapi kena jugak banyak buat latihan. Ingat! Latihan-latihan -latihan. Jangan malas. Okey


Tuesday, August 10, 2010

Dressing likes Selena Gomez


This entry i wanna share about hollywood chick fashion icon. One of the girls that i addore is Selena Gomez. Fall in love with her in Another Ciderella Story and Princess Protection. She has a cute face, nice body and sweet voice. (erkk voice panggil sweet ke?)



Let dress up likes Selena Gomez. This girl's outfit is striped cardigan, white tank top, striped bag, flat shoes, black skinny jeans and ray-ban. And Shazika in pinky striped cardigan, white long sleeves and black skinny jeans. Without ray ban.




Here's another outfit yang si Selena ni pakai. Black cardigan, shinny jeans, white handbag, and white tank top. Si Shazika plak pakai black cardigan, skinny jeans, white handbag and white shirt.



You can find it more here. Have fun!


Sunday, August 8, 2010

Novel yang mesti dimiliki


Setelah lama giler saya cari novel bertajuk Rosie Dunne yang dikarang oleh Cecilia Ahern, akhirnya saya dapat tahu yang novel tu dah bertukar tajuk rupanya. Cover depan novel tu pon dah berubah. Oooo pandai eh bertukar wajah macam sesumpah pastu buat saya tercari-cari awak. Dah la awak novel english pertama yang saya khatam. Biasa kamu eh.





Ni cover lama cerita tentang Rosie dan Alex. Tajuk novel ni Rosie Dunne. Jalan cerita menarik dan bahasa yang digunakan senang nak faham. Saya mula kenal dan jatuh hati nak baca novel english ni masa form 5. Pinjam dari Fatin Inani.






Sekarang novel ni dah berubah wajah. Tajuk dah tukar jadi Where Rainbows End. Tapi jalan cerita semua masih sama.




Buat pertama kali dalam hidup, saya dah memiliki sebuah novel. Bukan novel bahasa melayu yang jiwang-jiwang Alaf 21 tu. Dah lama nak aim nak beli novel ni. Hari tu alang-alang ada duit saya terus masuk MPH just grab and pay. Nanti kalau berkira-kira lagi nak beli ke tak nak beli ke tak sampai bila-bila tak beli.






See. Dah dapat P.S. I LOVE YOU. Harga RM31.90. Lepas khatam yang ni nak beli Where rainbows end. Hey, cukup-cukup la tuh baca novel BM. Jom baca buku-buku english pulak. Memperkasakan Bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Melyu.


Saturday, August 7, 2010

1 tahun yang lepas

Di mana saya 1 tahun yang lepas?



Oh, saya berada di UUM dalam kos Agribussiness. Walaupun masuk situ 1 bulan lebih je tapi rasa bertuah sangat dapat jugak menjejakkan kaki ke menara gading. Hoyehh... terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang belajar di universiti.



Lets recalled what happened last year.




Muka busuk masih berusia 19 tahun. Its me, Azie.





Kawan-kawan yang rapat ngan saya. Oh, teringat nasi kandar zainab. Ni masa kami pergi lab kat UiTM Perlis.





Bersama kawan-kawan Agribussiness. Kalau tak silap kami semua dalam 30 orang je. Tak macam budak-budak kos lain yang ramai sangat.



Gambar-gambar perlu publish dalam hitam putih sebab zaman lampau. Itu semua kenangan . Sekarang saya tak lagi student of Agribus. Perlu terima kenyataan. Bai ^__^


Thursday, August 5, 2010

Saya anak tukang jahit


Sekarang semangat nak beraya dah muncul. Nak beli baju raya, kasut raya, kuih raya, perabot raya, tudung raya dan macam-macam lagi lah. Semua tu nak kena pakai duit. Mana nak cekau duit banyak-banyak kalau tanpa usaha kan.



Tempahan untuk baju melayu semakin meningkat. Macam biasa ayah akan jadi busy potong kain sampai ke malam. Tahun ni ayah start buat baju melayu awal. Tak mahu jadi macam tahun lepas. Kesian pelanggan tak dapat pakai baju raya sebab tak sempat siap. Pekerja mogok pe ntah tak siapkan tempahan. Ayah saya buat baju melayu je bukan baju kurung.



Emak pulak dengan agendanya menjahit manik. Siang kerja malam pulak duk menjahit manik. Sekarang ramai orang buat baju dan tudung ada manik.





Pada mulanya mak saje je jahit manik kat tudung bawal dia. Pastu ramai pulak member-member dia berkenan nak taruk manik kat tudung jugak. Dari situlah mak saya semakin dapat tempahan jahit manik. Saya punyer tudung sampai sekarang tak siap-siap sebab duk buat customer punyer.





Dulu ada trend sulaman kat bahagian leher dan lengan baju kurung. Sekarang trend manik manik pulak.



Jahitan manik pada lengan baju.



Gigih mak ayah cari duit. Saya pun sedang usaha cari pendapatan sendiri. Layan belog sambil buat duit. Alhamdulillah, lepas cash out earning nuffnang hari tu sekarang sedang tunggu untuk cash out kali kedua. Sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan berniaga. Harap-harap dapat tampung duit bulan puasa ni.


Tuesday, August 3, 2010

Minah kilang buat kertas


Lepas SPM sementara nak tunggu keputusan SPM keluar, saya kerja kat sebuah kilang percetakan kertas. Saya belajar macam mana nak buat buku, buat kertas peperiksaan, buat bil, buat buku latihan pelajar, buat majalah sekolah dan macam-macam lagi.



Kilang ni ambil tempahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. So, tiap kali musim peperiksaan pekerja kena buat overtime dan akan ada pekerja baru muncul sebab perlukan tenaga kerja yang ramai. Nak riso kerta soalan untuk budak sekolah rendah sampai la STPM punyer kertas. Memang saya tahulah soalan pe yang keluar untuk exam. Tapi tak bawak lah kertas soalan balik umah tunjuk kat adik-adik.




Ni saya dan pekerja-pekerja sedang packing kertas untuk sekolah-sekolah seluruh Terengganu. banyak giler sekolah banyak giler kertas dan penat GILER (!)





Ni masa buat overtime. Bos belanja makan KFC sorang 2 ketul. Pastu sambung buat kerja. Pernah 1 hari tak tidur kena siapkan kertas soalan tu. Beberapa hari lepas tu saya dapat tawaran masuk Matrikulasi terus saya stop kerja. Penat seyhh.



Sekarang tak tahu apa jadi kat kilang tu. Dengar citer macam nak bankrup je. Tapi pengalaman bekerja lepas SPM memang seronok. Dapat bergaul ngan orang yang lebih matang dari saya. So, bekerjalah lepas SPM sementara tunggu result.


Sunday, August 1, 2010

Akhirnya saya pulang jua

Selepas rasa homesick aritu akhirnya saya dah berada atas kerusi mengadap komputer di rumah sambil layan line bodben celcom yang lembab macam fbsdswswye la kan. Rasa nak angkut je komputer ni gi tempat strategik saya kalo tiap kali online di rumah. Kat mana tu? Tepi tingkap. Oh! Saya balik ni pon kejap je. Malam ni nak bertolak balik IPIK dah. Sob3...


Semalam Joey BPR ( bumiputerarockers) mai maktab buat perfomance untuk batle of the band. huwaaa..... Melepas nak tengok BPR perform live punyer lagu-lagu kesukaan saya yang selalu kalau gi karoke akan nyanyi lagu BPR. Kawan kawan kol saya pasang loudspeaker kasi saya dengar Joey goreng gitar. Lagu apa semalam eh? Tak clear semua pakat duk menjerit. Hingaq..



Okey. Ni lagu yang saya pernah nyanyi masa karoke jamban. Dari sinar mata- BPR


*
Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia


Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu


Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu



Di rumah sedang dalam mood preparation untuk raya. Rumah dalam proses mengecat, langsir raya pon dalam proses dijahit, ayah terima banyak tempahan buat baju melayu, emak terima tempahan jahit manik sambil tolong mak long ambil tempahan kuih raya. Hey, baju raya saya dah siap. Yeay (!)