Masa lapang selama 2 hari dah habis. Oleh kerana annoying giler first day nak ke kuliah aku dah bangun seawal 7 pagi. Ceh awal ke 7 pagi. Ye lah awal bagi aku sanggup tak tidur lepas subuh buat preparation untuk kelas pertama, tamadun islam dan asia yang dalam jadual pukul 11 pagi. Tapi kerana teruja lebih pukul 8.30 dah keluar tunggu bas sanggup tak sarapan lagi takut tertinggal bas. Sight. T_T
Okey. Bila dah sampai ke kawasan akademik, perkara pertama nak di setlekan adalah pergi activekan akaun bank islam dalam kad metric pintar. Lokasi: panggung eksperimen terletak belakang dewan muazam shah. Nak jalan macam mana weh tak tahu jalan dan tak de peta, tourist guide, penunjuk jalan dan sign board yang ada pon kecik je. So, kitorang jalan ikut kata hati je kerana masa yang ada masih panjang. Perjalanan harus diteruskan. Dan akhirnya bila sampai sana kena beratur panjang pulak.
Muka buruk bermandi peluh di pagi hari dengan perasaan lega dah sampai ke lokasi.
ini matrik kad aku. Rasa terkilan sebab gambar tudung aku senget terpaksa di gunakan sampai sem akhir. Redha je lah.
Selepas tu destinasi di tuju adalah library sultanah bahiyah untuk ambil kupon nak sertai bengkel cara nak menggunakan lirary yang besar tu. Sekadar berlegar kat foyer je belum masuk dalam kerana bajet masa nak pergi kuliah. Ceh ceh
Setelah di tolak masa breakfast dan masa sesat dalam kampus nak cari DKG3/1 akhirnya baki yang tinggal adalah lagi 1 jam sebelum kelas nak start. Lepas tu merungut pasal apa pintu kuliah tak bukak bukak lagi. Oleh kerana ni kuliah pertama kena cop tempat best bagi selesa belajar. Mesti duduk tengah tengah sebab kalau depan sangat kena langut kepala kalau belakang sangat orang rabun macam aku ni tak nampak pulak.
-SETELAH 1 JAM SETENGAH DALAM DEWAN KULIAH KELUAR DEWAN TERASA MACAM BARU KELUAR DARI FREEZER-
kelas seterusnya asas keusahawanan dalam jadual pukul 5 petang tapi pukul 3.30 dah bertolak. Setelah melilau cari DKG2/1 akhirnya sampai kat pintu masuk pukul 4.15. weh korang, bukan aku yang paling awal kerana dalam dewan dah ramai datang. Ewah ewah lawan tokey Nampak.
Reaksi tunggu bas
*Tamat hari pertama attend kuliah.*
2 comments:
wooo..
sungguh bz nmpk nya..
=)
wah ada blog ek.. pandai plak dia cr kita..hehehe.. tahniah la dpt masuk uum.. best x?
Post a Comment