Thursday, July 30, 2009

Camping kelab kembara

Jumaat dan sabtu lepas aku join kelab kembara punyer KIC kat hutan sintok. First thing kitorang punyer cabaran adalah jungle trekking malam nak pergi ke camp site. Dah lah aku lupa nak bawak henfon Aku Hero aku yang ada torchlight to so tak pasal pasal kena menumpang lampu kat orang lain. Tengkiu kat Tasik (nama gelaran) sebab jalan ngan aku dan suluh pakai fon torchlight dia. Dalam 3 jam perjalanan sampailah kat campsite. Alah, tempat tu belakang kolej aku je pon sebenarnya. Duk pusing dalam hutan tu punyer lah jauh.ceh! Hahahaha.

Antara aktiviti yang aku tempoh pagi esoknya adalah:

taklimat from mr press, jaluk (tak reti nak eja). Dia ni seior sem berapa ntah lupa pulok. Senior-senior ni dah pernah buat ekspedisi mendaki 7 puncak gunung kat Malaysia ni serentak dan buat rekod.



orienteering. Aku dapatlah berkenalan ngan member baru dan kena jelajah kampus.fuh! Hampir separuh UUM kami berlarian untuk cari chek point. Belajar baca kompas orientering tu, FEREARI MERAH MASUK GARAJ.


makan ramai ramai best. Erat silaturahim. Kami makan dalam bekas apa ntah nama dia. Yang senior hampar plastik sampah kaler itam tu pastu longgokkan nasi dan semua lauk. Macam best jugak makan macam tu tak yah basuh pinggan. lepas makan campak jer plastik masuk tong sampah.


absailing. Sangat gerun dan sempat berpesan kat abang yang jaga aku tu supaya  pegang tali kuat-kuat sebab aku belum kahwin. Nasib baik ada akak senior tolong perketatkan tali tu.



wall climbing. Masa dah separuh jalan kudarat dah nak habis tapi malu ah rasa nak turun balik so aku teruskan menuju puncak.


Waktu malam pulak kitorang main ‘WAR GAME’ dalam hutan. Wajib duduk dalam kumpulan dan yang akan serang kitorang adalah gerila yang sangat dahsyaaaattt. Peluru yang di bekalkan korang nak tahu apa???? SOYA MASAM YANG DIPERAM BEBERAPA HARI NESCAYA TERKENA KAT KORANG BAU MACAM MUNTAH BABY. Nasib aku malang dah lah dalam berlarian dalam hutan gelap tetibe aku jatuh pastu kena hentam ngan PELURU tu. Eeeeeeee. Busuk oi tatau sape nyer idealah tu peram soya masam.


(tiada gambar nak siarkan sebab tak berani nak bawak fon dalam hutan takut cicir)


Perang sampai 5 pagi. Letih ooooo


Esoknya tengok fon battery dah low teruk tak leh nak pose masa kayak dan berendam dalam tasik. Best sangat belajar water confident pastu belajar berkayak. Sebelum ni aku kayak pon main kayak jer asalkan bergerak dan tak terbalik. Yang tambah lah lagi pengetahuan aku nak berkayak. Tapi melecet jugaklah tangan aku ni pegang pedal. :'(
Ni roomate aku yang join jugak kelab kembara dan gi camping sama-sama.
Dari kiri acik, aku dan ika.

SO next aktiviti apa lah yek.??



Tuesday, July 21, 2009

Cita-cita saya nak jadi PETANI


Hari ni semua orang relek layan tido kat bilik sebab tak de kelas cuti israk mikraj. Aku?? Ada kelas biologi yang sepatutnya pada waktu malam. Sight. Seawal 6 pagi aku bangun nak pergi online kat café Kena cari bahan untuk discussion group Tamadun Islam dan Asia (kat UUM tak de streamyx zone macam kat kempah yang bila-bila masa je bangun tido terus online ngan ailio basi masih tersisa di pipi)



Dulu bila orang Tanya apa cita-cita kamu nazihah? Si nazihah pon jawab ah nak jadi doctor. Tapi selepas insiden aku nak pitam masa eksperimen biologi test blood group masa form 4 terus otomatik aku tukar cita-cita nak jadi petani. Tambah-tambah bila mantan PM, Pak Lah cakap PERTANIAN ADALAH PERNIGAGAAN. Perghhh giler ah time tu ada orang kutuk aku macam bangsat je aku rasa nak sekeh je budak tu kata apa kes aku cita-cita jadi petani. Belajar kat MRSM masuk matrik jurusan sains fizik melencong jauh nak jadi petani. Jadi engineer ah baru stailo.

Actually bukan budak tu je terkejut ngan statement aku nak jadi petani. Puan dan encik Shahrim, family aku, orang kampong dan sahabat handai pon will stare at me seems like not believe with my statement macam cobaan berani mati. T_T sebenarnya bukan lepas matrik je aku letak pilihan 1 sampai 5 jurusan berkaitan pertanian untuk UPU. UPU lepasan SPM pon aku taruk first choice pertanian dan aku dapat offer buat diploma pertanian kat UPM Bintulu. Tapi aku tak pergi sebab jauh woh. So, puan shahrim cakap pergi je Kempah nanti lepas matrik isi lain.

Alhamdulillah aku dapat jugak pertanian kat UUM plus UUM is the best U for management. Oppsss bukan kos pertanian. Kos perniagaan tani benefit dua dua macam Pak Lah cakap PERTANIAAN ADALAH PERNIAGAAN. Doaakan aku dan rakan-rakan agri business wil be a superb usahawan pertanian in the future.

agri bussiness sem 1 uum

Sunday, July 19, 2009

What have u DONE!!!

Sejenak tadi aku godek-godek ah blog ni nak bagi kasi menawan dan pembaca senang nak view dengan perasaan tenang dan tak serabut kepala dengan font yang terlalu neon dan kaler background yang terlalu buruk sehinggakan sesiapa yang terlink kat blog ni terasa mahu jadi the first time and the last time to come here. Aku terjeles ngan blog kutin yaya yang kaler pink and white siap ada strowbery gitu. lepas tu ngan perasaan teruja lebih aku pergi ah google girly blog template. Ceh ceh nak bagi jadi girly jugak laman aku nih. T__T



Dah dapat website yang diyakini senang nak download template tu dan curi template yang agak agak geli tu. Ish, tersilap taip plak. Yang agak-agak girly aku pon try ah attach and preview. Lepas satu satu aku try dan rasa tak puas hati sebab rasa tak geli sangat aku pon cari lagi. Tup tup aku tersilap tertekan apa ntah membuatkan blog aku jadi cenggini ha sekarang. BUUURUUUKKK giler ah aku rasa. Dah lah sume bloglist aku semua dah kena delete. Semua dah tak ada yelek tara ada NOT here now. Kesal kerana tak boleh nak link ngan senang ke blog follower yang havoc, member lama, member baru, akak-akak yang cun, barang-barang online seperti tudung dan henfon walaupun tak mampu beli sekadar ushar jek. Tsk. Sungguh kesal.



Semua tu nak kena build up balik nak make up kasi lawa-lawa, nak kena link semua followers, blog yang best,member- members,website yang selalu aku pi lepak dan oh bernasib baik aku tak kehilangan follower aku.fuh! sayang weh aku kat korang. So, sape yang nak jadi kesayangan aku sila jadi follower aku. Acewah. Malam kang wa belanja lu ceketiauw tapi bayar sendiri punyer duit ah.



OMG lagi sedey terasa sunyi sepi tanpa kedai kopi aku tempat korang datang relek walaupon aku tahu bukan korang terasa nak baca pon ape aku mencarut membebel mengumpat menstory telling buat letih tangan kat laman ni. Its ok la daripada jadi orang yang tak pernah datang langsung melawat laman shazika shahrim.



Lepas ni aku dah serik nak main tukar-tukar blog template. Tak pasai-pasai laman ni jadi macam sampah langsung tak da orang nak singgah. Harap maaf kalau kadang-kadang korang nak masuk tak dapat kat laman ni sebab tuan rumah nak kena renowet rumah dia buat sementara waktu. Sebarang kesulitan amatlah dikesali seperti aku sedang kesal gatal tangan nak tukar template. So…adios semua. Cekedaut.

Monday, July 6, 2009

Hari pertama kuliah di UUM


Masa lapang selama 2 hari dah habis. Oleh kerana annoying giler first day nak ke kuliah aku dah bangun seawal 7 pagi. Ceh awal ke 7 pagi. Ye lah awal bagi aku sanggup tak tidur lepas subuh buat preparation untuk kelas pertama, tamadun islam dan asia yang dalam jadual pukul 11 pagi. Tapi kerana teruja lebih pukul 8.30 dah keluar tunggu bas sanggup tak sarapan lagi takut tertinggal bas. Sight. T_T



Okey. Bila dah sampai ke kawasan akademik, perkara pertama nak di setlekan adalah pergi activekan akaun bank islam dalam kad metric pintar. Lokasi: panggung eksperimen terletak belakang dewan muazam shah. Nak jalan macam mana weh tak tahu jalan dan tak de peta, tourist guide, penunjuk jalan dan sign board yang ada pon kecik je. So, kitorang jalan ikut kata hati je kerana masa yang ada masih panjang. Perjalanan harus diteruskan. Dan akhirnya bila sampai sana kena beratur panjang pulak.




-->
Muka buruk bermandi peluh di pagi hari dengan perasaan lega dah sampai ke lokasi.
-->
ini matrik kad aku. Rasa terkilan sebab gambar tudung aku senget terpaksa di gunakan sampai sem akhir. Redha je lah.
Selepas tu destinasi di tuju adalah library sultanah bahiyah untuk ambil kupon nak sertai bengkel cara nak menggunakan lirary yang besar tu. Sekadar berlegar kat foyer je belum masuk dalam kerana bajet masa nak pergi kuliah. Ceh ceh
Setelah di tolak masa breakfast dan masa sesat dalam kampus nak cari DKG3/1 akhirnya baki yang tinggal adalah lagi 1 jam sebelum kelas nak start. Lepas tu merungut pasal apa pintu kuliah tak bukak bukak lagi. Oleh kerana ni kuliah pertama kena cop tempat best bagi selesa belajar. Mesti duduk tengah tengah sebab kalau depan sangat kena langut kepala kalau belakang sangat orang rabun macam aku ni tak nampak pulak.

-->
-SETELAH 1 JAM SETENGAH DALAM DEWAN KULIAH KELUAR DEWAN TERASA MACAM BARU KELUAR DARI FREEZER-
kelas seterusnya asas keusahawanan dalam jadual pukul 5 petang tapi pukul 3.30 dah bertolak. Setelah melilau cari DKG2/1 akhirnya sampai kat pintu masuk pukul 4.15. weh korang, bukan aku yang paling awal kerana dalam dewan dah ramai datang. Ewah ewah lawan tokey Nampak.

-->semua sibuk nak chek in masuk dewan padahal bila semua dah ready bawak keluar note book dan pen teruja nak belajar tiba-tiba dah pukul 5.30 lecturer tak datang-datang.


Reaksi tunggu bas

*Tamat hari pertama attend kuliah.*

Saturday, July 4, 2009

Shazika menjadi mahasiswi


What a fine sunny bright wonderful superb dan lain lain day. Hari ni rasa free je. Esok tak tahu lagi camana. So, baik kita nikmati hidup yang bahagia buat masa sekarang sebelum datang what a busy day kan. Jom berblogging dan lepak kat laman aku sambil makan kuaci.


Masa pendaftaran emak saya adalah orang yang paling busy nak bagi yang sempurna buat saya. tengkiu Puan Shahrim. Yang menyemak tepi mak tu lah si kepoh. Sibuk nak ikut jugak hantar aku. Nasib baik kecik muatlah sumbat dalam kereta yang penuh dengan barang-barang aku.



Presiden MPP tengah berucap. Aku respek ah kat dia jadi pemimpin untuk ntah berapa ribu orang aku tak sure. Aku boleh jadi cenggitu tak?????? Ting tong..we wait and see wokeh


ramai giler woh persaingan aku kat uum. Bukan setakat kat uum je tapi untuk masa depan jugak. Kesian lelaki dah semakin pupus. Julat lelaki pompuan 1:4 so, sorang laki cukup kuota berbini 4. Hahahaha


Muka ready nak baca ikrar sebagai student UUM.



Poyo lah ko azi publish muka sendiri manyak kali. Dah lah tangkap sendiri. (tak de orang nak tolong tangkapkan T__T)


Ni kesan daripada kena jalan jauh lebey kurang 5 kilometer nak pergi dewan muazam shah. Kasut makan kaki aku.


rindu joo, pika and yasmin. bilik kat matrik lagi besar dari bilik aku sekarang yang kena share 4 orang. dah la katil macam budak asrama sekolah menengah. ni dah peringkat u wehhhh. tolong ah up to date sikit.



Sekarang penyeksaan kesusahan kepayahan kesukaran panca roba telah berakhir minggu suai kenal. Tapi ingat, jangan terlalu senang kerana takut kesukaran bakal datang tanpa di minta dan di jemput. Ceh, mana ada orang sukarelawan pergi jemput kesusahan kan.