Friday, November 13, 2015

Ke Sabah Ke Kiter : Part 2

                                           
Assalamualaikum… 
Hye! 

Bersambung lagi kita pada hari kedua. Untuk ke pulau ni ecah dah book pakej ngan kak zaza. Kami dapat pakej RM300 untuk seorang siap dengan bot, makan, peralatan nak snorkeling, parasailing dan sea walking. Tak tahulah aku bagi korang Nampak berbaloi ke idok rm300 seorang tu sebab bagi kami okey lah tu. Awal pagi kami turun sarapan kat kedai mamak bawah hotel kami jer. 

Tetibe hujan turun ngan lebatnya. Pulak dahhhhh.. macam mana ni nak naik bot pergi pulau hujan-hujan camtu. Kami pon pulun pergi beli baju hujan sorang satu siap sama kaler lagi.. Kuning..! Oh, Bersamamu Digi. Tunggulah kami kak zaza tu sampai hujan reda.




Alhamdulillah, tak lama lepas tu hujan pon berenti. Habis tu, baju hujan tadi sia sia jerlah kami beli. Takperlah simpan bawak balik ke sekolah masing-masing. Oh ya! Lupa nak gitau. Kami 4 orang ni semua cikgu. Cuti-cuti sekolah ni cikgu-cikgu holiday lah hilangkan stress. Yamboii yamboii.. ingat jadi cikgu ni tak stress ke. Masa cutilah kita nak holiday sakan.


Okey. Sambung cerita..


Oleh sebab hotel kami berdepan dengan laut jer, so kami naik bot depan tu jerlah dekat pasar filipin. Pengalaman pertama aku naik bot atas laut. Sebelum ni naik bot merentas sungai jer. (sekolah pedalaman). Kebas bontot bontot bila bot terhembas ke ombak. Perjalanan ke sana dalam 30 minitlah kot.


Sampai-sampai jer kat pulau sapi.. Subahanallah..!!! cantik sungguh ciptaan tuhan. Air nya biru baq hanggg. Cakap banyak tak guna..Nah! ushar gambor jer.



Kat sana kami snorkerling. Tetiba aku nak berterima kasih pada BIG sebab masa BIG lah aku belajar percaya pada life jacket untuk apungkan diri dalam air terutamanya laut. Water confident orang panggil.  Tapi sendu jugaklah sebab mereka 3 orang pandai berenang. Aku jer tak reti so aku berpaut pada dorang jerlah. Sokmo wani lah tolong tarik aku. Hehehe..





Kemain lagi bersnorkeling di tepian laut bila matahari terpacak atas kepala. Panas gilerrr oi. Siap sapu sublock spf150 lagi tuu


Setle snorkeling, kami dibawa ke satu pelantar untuk aktiviti sea walking pulak. Kat sana kami dapat masuk ke dasar laut tengok ikan-ikan dengan lebih dekat. Ha! Masa nilah SJ Cam aku masuk air sebab tekanan air tinggi sngat kot pastu maybe casing waterproof kamera tu tak cukup ketat. Sekarang dah arwah dah kamera tu.. Nasib baik ecah punyer xiomiyi masih mampu bertahan dengan jayanya.

bila dah semakin turun ke dasar laut kan, telinga jadi bengang sangat sangat macam nak terkeluar segala yang ada dalam telinga aku ni haa...



Air masuk casing (T______T)~




Berat giler benda alah tu. 25kg okey! lenguh bahu aku. 


Settle seawalking, kami balik ke pulau ambil barang-barang dan berangkat ke pulau mamutik pulak. Sana kami diberikan makanan. Alhamdulillah kenyang.. kat sana kami besnorkeling lagi. Tapi memandangkan aku ta reti berenang, tak dapat aku join dorang pergi jauh dari darat untuk tengok nemo dan landak laut.




Lepas tu, kami main parasailing. Teruja sangat nak try sebab tak pernah try.
Bila dah ditarik naik ke atas, Subahanallah..! cantik sungguh alam ciptaan tuhan. You can see the sky, the sea and the land and u are in the middle. 





Tapii….tengah syiok syiok tengok pemandangan tudiaaa…kena rendam dalam laut pastu angkat balik naik ke udara pastu rendam lagi dan angkat ke udara kembali.. Huaaaaaa… Banyak sungguh aku telan air masin.


Dah habis parasailing, kami balik ke pulau bersiap-siap untuk balik ke hotel. Kami tak salin baju pon. Balik jer ngan baju basah merentas pasar sebab hotel kami dekat jer ngan jeti.
Malamnyer pulak, kami keluar makan dekat dataran todak. Kali ni baru kami pekena seafood. Yummy.. dapat makan seafood fresh dari laut.


Esoknya kami akan berangkat ke kundasang dengan menyewa kereta viva rm300 untuk 4 hari.



..to be continued…

Ke Sabah Ke Kite : Part 1


Assalamualaikum…


Sebenarnya trip aku dan kawan –kawan ke Sabah ni lama dah berlalu. Kami pergi masa cuti sekolah bulan 9 aritu tapi memandangkan line tenet kat sekolah sangatlah lembssss tak dapat nak update blog tambah pulak kalau cerita jer ngan ayat-ayat tanpa gambor tak syiokkk lerrrr kan. Alang-alang aku keluar ke Bandar ni ada masa lapang aku update lah cerita lama tu.


Pada mulanya trip ke Sabah aku dan beberapa orang kawan dah rancang masa bulan 4 kalau tak silap.. sebelum gempa bumi di Ranau tu. Siap beli tiket dah masa tu alang alang tiket flight tengah murah. Tapi lepas kejadian gempa bumi tu last last tinggal aku ngan each je yang on untuk join. Aduhaiiii… tak best lah kan dah rancang semua pengangkutan penginapan nak share sesame last last nak berdua jer. Pastu aku ngan each try tanya kawan-kawan yang lain kot kot ada yang nak join. Alhamdulillah sangat sangat bila apis dan wani join the trip..yahoooo..!



So, inilah team tak balik cuti raya haji ke kampong halaman masing masing tapi berholiday sakan ke negeri di bawah bayu.. ceewahhh..


Touchdown KK :)

Fligh aku ngan ecah tak sama ngan flight apis dan wani. Dorang sampai lambat siket. So bermulalah pengembaraan kami di sini. Sampai-sampai je kat epot KK kami terus gi kaunter Tanya bas untuk ke Bandar KK. Tambang bas ke sana RM 5/person. Dah naik bas jangan lupa gitau driver ko nak berenti kat mana. Kami berenti kat centre point pastu jalan kaki heret beg pikul beg yang berat besar gedabak melilau lilau cari hotel. Perghhh..! memang traveler habes la. Hotel yang kami menginap tu Iskandar Guest house. Dah sampai tempat orang kalau tatau silalah bertanya so sampailah kami ke hotel tersebut yang berdepan dengan Pasar Filipin dan berdepan jugak ngan laut.. Yahooo..! sekali lagi..

The view from our window.

Sementara tunggu apis ngan wani sampai, kami pon melilau lilau dahulu ke pasar depan tu. Macam-macam makanan laut ada. Aku ngan ecah decide jangan makan seafood lagi sebab baru first day sampai karang takut sakit perut tak pepasal spoil ko punyer holiday.





Malamnyer pulak kami keluar ngan keluarga Mak Lang iaitu makcik kepada wani. Nak dijadikan cerita, aku ngan ecahh orderlah nak makan bakso. Bila sampai baksonya ada kuah jer. Eh! Mana nasi impit?? Rupa-rupanya bakso kat sabah ni memang tak de nasi impit. So orderlah kami sepinggan nasi share dua orang ganti nasi impit.. huhuhuu.



Balik dari dinner masuk tidur ler. Esok kami akan island hoping ke pulau sapi, mamutik dan manukan..



….to be continued…

Thursday, November 12, 2015

Saleng


Assalamualaikum…

Tinggal lagi 1 minggu je nak cuti sekolah dan balik kampong sendiri.. Yahoo..! Dalam masa yang sama aku sedang menghadapi masalah besor ni. Macam mana aku nak menghadap keluarga aku selepas habis tahun pertama bergelar guru di LJ? Ofkos dorang akan tengok luaran dulu.


Apa yang membimbangkan ko sangat ni ?


Aku sedih sebab dah nak habis sekolah ni muka aku makin saleng (bahasa kenyah) kalau dalam bahasa melayunya gelap/hitam. :’(


Bila ushar-ushar gambor lama-lama kan masa awal-awal dulu aku sampai ke LJ boleh Nampak lah aku ni berisi sket dan cerah hasil sental muka ngan tabita kan. Berbanding sekarang saleng dan Nampak kecik sangat muka dan badan sendiri. Aku dah siap analisa (ceceh analisa) punca sebenar.. jom kita siasat..


Memang di LJ ni aku nak cakap ‘crazy damn hot’ bila waktu siang dan sejuk pada waktu malam. Tambah pulak bilik aku mengadap mentari so kalo aku tidur petang umpama aku bersauna sambil bersantai di tepian pantai umpama minah saleh. Tudiaaaaaa…

Pastu cuti sekolah bulan 9 aritu aku gi Sabah. Eh, lupa pulak nak update pasal Sabah kat belog. Hehehehe.. Antara aktiviti kami di sana adalah island hoping. Dari pagi sampai ke petang seharian duk berjemur di pulau. Pastu tetengah hari aku boleh releks jer ber snorkeling di tepian pantai sekali lagi gunakan perumpamaan umpama minah saleh. So hasilnya dapatlah sunburn.


Balik sekolah member aku tegur
 “ Zi, bakpe aku tengok mung koho gelap eh?” (cakak ganu sket..hihihi)

Sentap achik tauuuuu..


Seminggu lepas balik dari holiday, nama aku naik kena ikut budak pergi sukan. Habisss laaaa… Makin dahsyat saleng nyerrr.. Masa nama aku naik tu, sekali lagi member aku yang tadi tu tegur 


“Habis la zi..koho gelap ah mung”. Huaaaaa…
Sekali lagi achik redhooo..


Dah citer panjang labor ni mesti uols nak tengok result dia kan. Hahahaha.. Tau sangat dah. Lepas tengok gambor ni jangan carut aku wokey..


Tadaaaa… Betol betol gambor ni di ambil masa otw balik dari sukan. Tengok anak murid aku walaupon burn jugak tapi tak lah se saleng ticer nya. Tsk. Ts..


ok lah. Nak gi tempek aloe vera lagi ke muka sampai habis sebotol.
Bye.!



Nightmare di LJ

Assalamualaikum…


Selalu duk cerita benda yang best best jer kan so kali ni kita kasi cerita seram sket la. Selepas cuti sekolah bulan 9 , sekolah aku ada buat bbq pada malam tu. Selalu jer kami berkumpul ramai-ramai cikgu-cikgu dan staff sekolah. Sambil-sambil makan kami berborak bercerita mengeratkan silaturahim. So keluar lah cerita pasal penanggal. Aku dengar jerlah kan. Tak lama lepas tu kami terdengar ada orang menjerit. Slow jerlah bunyinya. Aku beranggapan bunyi tu dari tv rumah cikgu E sebab dia bukak tv pastu bukak pulak pintu rumah. Bila habis bbq kami pon balik rumah masing masing.


Pada malam tu aku tidoq macam biasa jerlah. Basuh kaki baca doa tido. Masa ni aku cuti solat. Tiba-tiba tengah malam aku terjaga. Memang sokmo aku terjaga tengah tengah malam. Tapi kali ni lain macam. Aku rasa macam ada orang duduk atas katil aku. Korang pernah tak tengah baring-baring pastu member mai duk sekali atas katil. So rasa macam ada punggung duduk atas tilam kita.


Lepas tuuuuuu.. start lah tak boleh gerak. Orang kata kena tindih. Ni first time aku kena tindih di LJ. Tetiba ada tangan pegang kaki aku. I can feel the skin from the hand of ‘that person’ was touching my leg..!! Aku baca segala ayat al-quran, ayat kursi dengan sungguh-sungguh. Bila dah lepas aku keluar bilik ketuk pintu bilik kak sa.


Kak sa..!

Kak sa..!


Bila kak sa keluar terus aku ajak kak sa nak tidur sama ngan dia. Huaaaa..!
Sokmo kalau kat maresem atau kat maktab kalau terjaga tengah malam takut takut aku akan pi tidoq ngan orang. Tapi kak sa kata gi tidur bukak lampu jangan bergelap. Masuklah aku ke bilik semula pusing kanan pusing kiri berusaha nak tidur sampailah tertidur. Esoknya bangun  siap-siap nak gi sekolah buat macam biasa.


Selepas pada kejadian itu sampai sekarang aku tidoq bukak lampu sambil letak towel atas mata sebab aku ni silau tak dapat aku tido kalo tak gelap. Dan aku akan pasang bacaan al-quran guna fon lampu suluh sampailah ke pagi. Hasil lepas sebulan lebih tido pasang lampu aku rasa mata aku makin lebam dan kulit kusam sebab tidor bawah cahaya is really not good for our skin.. Begitulah ceritanya..


sebab tu aku marah kalau orang main-main citer hantu ngan aku.  Bukanlah nak kata penakut sangat atau terlalu berani sangat. Kadang-kadang kena beringat jugak kan.. aku harap ni last aku kena macam tu. Huhuhu…. Serik!


Saturday, November 7, 2015

Peneman kebosanan di LJ

Assalamualaikummm...

Hidup di LJ kalau pandai buat aktiviti xda la bosan sangat. Tapi memandangkan aku sekarang dah malas nak beriadah, bila balik dari sekolah duk rumah jer. Aktiviti yang selalu aku buat memasak tengok tv pastu membaca. Kenkadang kalau tengok tv jer selalu x boleh jugak. Kenkadang tv pon x de siaran so aku kena jugak ada stok bacaan.

Ni lah peneman di kala kebosanan..hehehe

Setiap kali keluar ke bandar aku akan make sure beli beberapa buah buku. Aku pon dah buat member card popular. Sebab nak dapat diskaun. Hehehe..

Tu lah antara buku buku aku di LJ. Ada beberapa buah aku mintak tolong kezen aku belikan dari KL pastu pos kat aku. Sebab kat bandar M tak de buku yang aku nak tu.

Setakat ni dah habis baca:
1. Opkos la lawak kampus
2. Tribulasi 365
3. Diagnosis

Yang lain lain tu semua separuh jalan jer baca. Ikut mood lah nak baca buku agama ke buku english ke atau buku motivasi. Aku rasa kena beli lagilah buku motivasi sebab duk dalam ni rasa macam lack of motivation la pulok. Tak mau lah asyik sedih sedih jer kan. So aku beli buku chicken soup for the soul; teacher tales.


Haa! Buku motivasi dr.HmTuah tu aku ingatkan macam buku buku motivasi dia yang selalu aku beli tu. Rupa rupanya buku bab alam rumah tangga.. hadoiiii.. tak perlah prepare untuk masa hadapan.

Nanti nak angkut buku yang dah baca bawak balik kampung. Tambah koleksi dalam mini library aku.. yahoo..!