Thursday, November 12, 2015

Saleng


Assalamualaikum…

Tinggal lagi 1 minggu je nak cuti sekolah dan balik kampong sendiri.. Yahoo..! Dalam masa yang sama aku sedang menghadapi masalah besor ni. Macam mana aku nak menghadap keluarga aku selepas habis tahun pertama bergelar guru di LJ? Ofkos dorang akan tengok luaran dulu.


Apa yang membimbangkan ko sangat ni ?


Aku sedih sebab dah nak habis sekolah ni muka aku makin saleng (bahasa kenyah) kalau dalam bahasa melayunya gelap/hitam. :’(


Bila ushar-ushar gambor lama-lama kan masa awal-awal dulu aku sampai ke LJ boleh Nampak lah aku ni berisi sket dan cerah hasil sental muka ngan tabita kan. Berbanding sekarang saleng dan Nampak kecik sangat muka dan badan sendiri. Aku dah siap analisa (ceceh analisa) punca sebenar.. jom kita siasat..


Memang di LJ ni aku nak cakap ‘crazy damn hot’ bila waktu siang dan sejuk pada waktu malam. Tambah pulak bilik aku mengadap mentari so kalo aku tidur petang umpama aku bersauna sambil bersantai di tepian pantai umpama minah saleh. Tudiaaaaaa…

Pastu cuti sekolah bulan 9 aritu aku gi Sabah. Eh, lupa pulak nak update pasal Sabah kat belog. Hehehehe.. Antara aktiviti kami di sana adalah island hoping. Dari pagi sampai ke petang seharian duk berjemur di pulau. Pastu tetengah hari aku boleh releks jer ber snorkeling di tepian pantai sekali lagi gunakan perumpamaan umpama minah saleh. So hasilnya dapatlah sunburn.


Balik sekolah member aku tegur
 “ Zi, bakpe aku tengok mung koho gelap eh?” (cakak ganu sket..hihihi)

Sentap achik tauuuuu..


Seminggu lepas balik dari holiday, nama aku naik kena ikut budak pergi sukan. Habisss laaaa… Makin dahsyat saleng nyerrr.. Masa nama aku naik tu, sekali lagi member aku yang tadi tu tegur 


Habis la zi..koho gelap ah mung”. Huaaaaa…
Sekali lagi achik redhooo..


Dah citer panjang labor ni mesti uols nak tengok result dia kan. Hahahaha.. Tau sangat dah. Lepas tengok gambor ni jangan carut aku wokey..


Tadaaaa… Betol betol gambor ni di ambil masa otw balik dari sukan. Tengok anak murid aku walaupon burn jugak tapi tak lah se saleng ticer nya. Tsk. Ts..


ok lah. Nak gi tempek aloe vera lagi ke muka sampai habis sebotol.
Bye.!



Nightmare di LJ

Assalamualaikum…


Selalu duk cerita benda yang best best jer kan so kali ni kita kasi cerita seram sket la. Selepas cuti sekolah bulan 9 , sekolah aku ada buat bbq pada malam tu. Selalu jer kami berkumpul ramai-ramai cikgu-cikgu dan staff sekolah. Sambil-sambil makan kami berborak bercerita mengeratkan silaturahim. So keluar lah cerita pasal penanggal. Aku dengar jerlah kan. Tak lama lepas tu kami terdengar ada orang menjerit. Slow jerlah bunyinya. Aku beranggapan bunyi tu dari tv rumah cikgu E sebab dia bukak tv pastu bukak pulak pintu rumah. Bila habis bbq kami pon balik rumah masing masing.


Pada malam tu aku tidoq macam biasa jerlah. Basuh kaki baca doa tido. Masa ni aku cuti solat. Tiba-tiba tengah malam aku terjaga. Memang sokmo aku terjaga tengah tengah malam. Tapi kali ni lain macam. Aku rasa macam ada orang duduk atas katil aku. Korang pernah tak tengah baring-baring pastu member mai duk sekali atas katil. So rasa macam ada punggung duduk atas tilam kita.


Lepas tuuuuuu.. start lah tak boleh gerak. Orang kata kena tindih. Ni first time aku kena tindih di LJ. Tetiba ada tangan pegang kaki aku. I can feel the skin from the hand of ‘that person’ was touching my leg..!! Aku baca segala ayat al-quran, ayat kursi dengan sungguh-sungguh. Bila dah lepas aku keluar bilik ketuk pintu bilik kak sa.


Kak sa..!

Kak sa..!


Bila kak sa keluar terus aku ajak kak sa nak tidur sama ngan dia. Huaaaa..!
Sokmo kalau kat maresem atau kat maktab kalau terjaga tengah malam takut takut aku akan pi tidoq ngan orang. Tapi kak sa kata gi tidur bukak lampu jangan bergelap. Masuklah aku ke bilik semula pusing kanan pusing kiri berusaha nak tidur sampailah tertidur. Esoknya bangun  siap-siap nak gi sekolah buat macam biasa.


Selepas pada kejadian itu sampai sekarang aku tidoq bukak lampu sambil letak towel atas mata sebab aku ni silau tak dapat aku tido kalo tak gelap. Dan aku akan pasang bacaan al-quran guna fon lampu suluh sampailah ke pagi. Hasil lepas sebulan lebih tido pasang lampu aku rasa mata aku makin lebam dan kulit kusam sebab tidor bawah cahaya is really not good for our skin.. Begitulah ceritanya..


sebab tu aku marah kalau orang main-main citer hantu ngan aku.  Bukanlah nak kata penakut sangat atau terlalu berani sangat. Kadang-kadang kena beringat jugak kan.. aku harap ni last aku kena macam tu. Huhuhu…. Serik!


Saturday, November 7, 2015

Peneman kebosanan di LJ

Assalamualaikummm...

Hidup di LJ kalau pandai buat aktiviti xda la bosan sangat. Tapi memandangkan aku sekarang dah malas nak beriadah, bila balik dari sekolah duk rumah jer. Aktiviti yang selalu aku buat memasak tengok tv pastu membaca. Kenkadang kalau tengok tv jer selalu x boleh jugak. Kenkadang tv pon x de siaran so aku kena jugak ada stok bacaan.

Ni lah peneman di kala kebosanan..hehehe

Setiap kali keluar ke bandar aku akan make sure beli beberapa buah buku. Aku pon dah buat member card popular. Sebab nak dapat diskaun. Hehehe..

Tu lah antara buku buku aku di LJ. Ada beberapa buah aku mintak tolong kezen aku belikan dari KL pastu pos kat aku. Sebab kat bandar M tak de buku yang aku nak tu.

Setakat ni dah habis baca:
1. Opkos la lawak kampus
2. Tribulasi 365
3. Diagnosis

Yang lain lain tu semua separuh jalan jer baca. Ikut mood lah nak baca buku agama ke buku english ke atau buku motivasi. Aku rasa kena beli lagilah buku motivasi sebab duk dalam ni rasa macam lack of motivation la pulok. Tak mau lah asyik sedih sedih jer kan. So aku beli buku chicken soup for the soul; teacher tales.


Haa! Buku motivasi dr.HmTuah tu aku ingatkan macam buku buku motivasi dia yang selalu aku beli tu. Rupa rupanya buku bab alam rumah tangga.. hadoiiii.. tak perlah prepare untuk masa hadapan.

Nanti nak angkut buku yang dah baca bawak balik kampung. Tambah koleksi dalam mini library aku.. yahoo..!


Thursday, November 5, 2015

Samak menyamak

Assalamualaikummm...


Awal pagi tadi sedang aku bersiap siap nak gi sekolah tetibe murid datang rumah gitau ada tahik anjing dalam kelas tahun 1. Ada 10 tahik anjing dalam kelas. Wohaaaa! Tanjat la ticer.. sempat pulak ko kira ye ada bape ketul. Terus aku siap cepat cepat pergi jenguk kelas.


Haa aa..ada sekelompok tahi di hujung kelas. Kuang asam betol. Berak berjemaah ke apa ni???? Banyak betol tahik kecik kecik..adoi.. Banyak kali dah aku pesan kat budk budak ni suruh tutup pintu kelas lepas keluar. Dorang ni petang petang suka main dalam kelas pastu dah balik tak tutup pintu..


Aku pon mintak tolong cikgu S gitau aunty kat situ mintak tolong buangkan tahik tu. Nanti petang baru aku gi samak. Dibuatnya pulak petang tadi hujan renyai renyai sampai tertido . Sedor sedor dah pukul 430. Aku terpikir pikir nak gi samak arini ke nak samak esok jerlah.. perasaan malas menguasai diri nampaknya.


Bila pikir ni fardhu ain so aku cepat cepat bersiap gi ke kelas.  Panggil murid murid yang nak membantu. Saje guna ayat umpan budak.. 'siapa tolong ticer, nanti ticer bagi choki choki..' wah! Ramai cepat2 nak tolong..Takkan nak harapkan anak anak tahun 1 yang 3 orang kecik cenonet tu jer. Dah kumpul budak budak aku suruh dorang angkut air. 1 baldi aku buat air tanah pakai sabun samak pastu lagi 6-7 baldi air biasa. Yamboiiii.. kemain seronok dorang ni cuci kelas padahal seronok main air.


Untung jugak kelas tahun 1 ni kecik jer. Alhamdulillah dah setle sertu kelas ni. Yakin suci dan bersih. Say thank you kat budak budak nanti malam ticer kasi choki choki. Kebetulan aku beli banyak aritu. Selalu beli cokelat jajan banyak banyak bukan aku makan sangat pon. Untuk murid murid sebagai peneguhan positif..


Harap anjing jangan buat onar lagi di kelas lepas ni. Huhuhu...

Tuesday, November 3, 2015

Manja

Assalamualaikummm...

Balik sekolah arini aku terperuk jer dalam bilik. Lepas setle print kertas soalan exam untuk esok aku baca buku sampai habes. Sampai la malam aku duk dalam bilik. Rasa bosan keluar tengok tv ngan kaksa.. tetibe hujan turun ngan sangat lebat.

Aku xtau kenapa tetibe aku rasa sunyi sangat padahal aku tengah tengok tv ngan kaksa sambil gelak gelak but deep down in my heart i feel LONELY..

Pastu aku masuk bilik tutup lampu bukak zikir aku nangis puas2.. xtaw kenapa wifi malam ni lembsss giler so alu off fon. Ada sebab bakpe aku bukak zikir sambil nangis puas puas selaju hujan lebat di luar. Aku takut jadi pape x diingini macam tak waras ke kan so better aku ingat tuhan..

Lepas tu aku on balik fon. Still xde line tenet.. malam ni aku sangat sangat sangat rindu kawan kawan dan family.

Sebenarnya aku duk sini aku rasa sangat sunyi. Dulu aku ada kawan kawan di maktab. Bila di rumah aku ada kezen n adik2. Walaupon aku anak sulong tapi aku suka ngat manja manja ngan dorang sampai dorang kata "mu ni sulong saje jer" sebab tu orang xkan dapat cam yang aku ni sulong.. antara mak ngan ayah plak aku paling manja ngan ayoh ah.

Aku jenis kalau kat rumah akan keluar bila family aku keluar. So kalau xde sape nak ajak keluar atau aku x ngada ngada nak ikut keluar, aki akan duduk je di rumah 24 jam pon xpe. Selalu yang akan keluar ngan aku, ayoh la jadi mangsa. Contohnya macam aku gitau "ayoh, nak gi wat ic barulah. Ayoh antor neh". "Ayoh, nak gi PSI nak beli buku" padahal reti je drive sendiri. Hahahaha.. jarang lah aku keluar ngan kawan kawan boleh kira ngan jari.

Ngan kawan kawan aku suka bermanja jugak. Salah satu sebab bakpe aku suka tinggal di hostel sebab sana ada ramai orang yang akan ada ngan aku. Walaupon last last semester ramai kawan kawan aku keluar hostel but no worries i still have my juniors and my roomates.. aku tak leh kalau x bersembang bergurau senda rasa macam.lonely sangat.

Bila kat maktab aku sangat rapat ngan classmates aku fantasticfour terutama kawan kawan pompuan. Sokmo gi nyendeng nyendeng kat dorang manja manja walaupon ada yang rimas. Hahahaha. Kaklong tak suka tau tengok aku nak manja manja ngan dia. Lagi kaklong x suka lagi aku akan buat. So lama2 kalo bermanja jugak ngan aku sampai berpegangan tangan. Pastu cikwe pulok bila ye rimas ye akan kata " oloh laaa, serabut wehh lokk.. gi main jauh gak." Hahahaha..

Yang selalu layan aku..moknik, ruby, ika, tinton.. ruby kan macam mak mak so dia la banyak layan kerenah aku ni. Moknik ika tinton suka berhuhaa huhaa jugak..dulu kat maktab aku x rapat sangat ngan kawan lelaki kecuali kawan kawan lelaki dalam kelas aku tu jer aku  paling rapat siap kena bahan lagi. Bergurau senda merepek repek. Sape tak rindu kan kalo dapat kawan kawan gila macam tu..

Dah boleh agak kan life aku macam mana dulu. So bila dah tercampak kat sini kehidupan perlu jadi semakin matang but at the same time kau masih nak bermanja..jadi macam nilah..sini ramai lelaki ofkos xdw nyer aku nak gi bergurau sesaje ngan dorang. Yang ada cuma kakak kakak. Haa aa..aku paling muda kat sini.

Bila kat sekolah aku hepy la kenkadang dorang sume melawak jugak. Tapi bila start je aku masuk bilik aku rasa sunyi sangat..
Tak de lagi roomate.
Tak de lagi teman nak baring sembang sembang
Tak de lagi yang akan call " zi, jom gi makan"
Tak de lagi orang nak melawak kena bahan sampai redho
Tak de lagi nak manja manja ngan aku
Tak de lagi semuaaaa tu..

Malam ni aku sangat rindu so aku wasap kawan kawan aku I MISS U.
Ada yang pelik..ada yang reply n ada yang dapat agak azi ni mesti jadi pape kat dia ni..

Aku sangat berterima kasih if u read all this story sampai habis. Terima kasih kawan kawan yang memahami dan maaf lah jika ada yang tertanya tanya bakpe tetibe say i miss u..hahahahaha..
Dah lewat malam.
Bye. Goodnyte from LJ.
Xoxo