Sunday, May 26, 2013

Menconteng dinding sekolah


Assalamualaikum..

Semasa kat SKKR aritu, kami di request oleh guru kat situ untuk lukis mural dan mencantikkan kawasan sekitar sekolah mereka. Sekolah tu sangat baru kalo tak silap aku tahun 2012 baru mula sesi persekolahan. So, dinding bangunan sekolah tak terconteng pon lagi. Alang-alang kami datang sekolah tu jadi kami pon diminta oleh phak sekolah untuk melukis mural. Ada 13 dnding kami kena lukis. So, setiap sorang akan dapat 1 dinding dan dah siap dengan apa benda yang kami kena lukis. Aku pon menggelabah lah sebab aku memang takde bakat langsung untuk melukis apatah lagi nak lukis dinding sekolah baru. Dan oleh kerana lagi 2 orang fesi, bos dan pali  baru sambung tido sebab berjaga malam, aku kena lukis 3 dinding. Wohaaa..!


Aku kena lukis peralatan kat bilik KH. Ada spanar, pahat, tukul, paku dan lain-lain. Mula-mula aku lukis kecik jer pastu aku pikir kalo lukis kecik nanti nak kena lukis banyak pastu renyah pulok nak kaler. So, dinding pertama dan kedua ada 3 alatan. Mai dinding ke tiga tudiaaa punyer besar aku lukis ada 2 alatan jer muat. Tapi dalam ramai-ramai aku nyer paling senang nak lukis kot. Siap melukis kena warna pulok. Tapi nasib baik bos, pali dan ruby mai tolong setlekan.


Panas oi cameron time mewarna ni. Tahan jerlah sampai siap. Ko tengok spanar yang ruby sedang kaler tu. Punyer besar gambar last yang aku lukis. Kalo lukis besar senang la kan nak kaler. Berus pon pakai yang besar tak perlu nak berebut yang kecik.



Sape yang dapat bahagian  kena lukis huruf-huruf dan piramid makanan tu siyes susah dan renyah. Tapi dorang lukis cantik-cantik. Cikgu mestilah serba boleh walaupon pada mulanya tak reti dan tak pernah pon lukis mural. Wan Harith selaku ketua yang incharge aktiviti mural ni gitau, maybe lukisan ni akan kekal lama sebab lukisan kami tu yang pertama di lukis di dinding tu. Insha allah kalo ada umur panjang nak pergi melawat sekolah tu lagi nak ushar ada lagi tak lukisan kami. hehehehe..


Sepagi tu kami buat aktiviti melukis mural ni jer. Pastu beberapa orang fesi lagi tolong incharge murid-murid untuk main explorace. Tak sangka dalam amsa beberapa jam jer kami mampu siapkan mural tu. Daebak! (bahasa korea). Pastu mana yang dah siap tu pergi tolong kawan lain yang tak siap lagi.


Yang ni bukan aku yang lukis, Vanitha yang lukis, aku cuma tolong kaler siket siket dan posing bergambar jer.. 


Next sekolah nanti tataulah apa lagi yang kami akan tinggalkan sebagai kenangan kat sekolah. Ermmmm..kalo tak silap aku planning seterusnya nak gi sebuah sekolah kat Perak. Insha allah..Moga-moga berjalan lancar seperti program di sekolah ni.


Friday, May 24, 2013

Apa dalam make-up bag saya?


Assalamualaikum...

Sebelum ni aku bukanlah jenis girlish sangat. Tak de pon bawak make up bag sumbat dalam bag (beg dalam beg -_-" ) . Main letak jer compact powder yang masa tu aku pakai compact powder Miyami dan satu lipice. Tu jerrr... Tapi bila dah makin dewasa sekarang  (ceceh dewasa) malahan insha Allah bakal bergelar seorang guru, otomatik kita punyer penampilan dan characteristics akan/perlu berubah.


So, lets straight to our topic. Apa dalam make-up bag saya??


Perempuan kalo keluar jalan-jalan mesti akan bawak sekurang-kurangnya satu jenis bedak dan satu jenis gingu/lipice. Betol tak wanita-wanita sekalian?? Kali ni aku nak citer apa yang ada dalam beg mekap aku. mesti ada yang cakap "alah, cliche sangat, sama jer apa ada dalam beg mekap ko akan ada jer dalam beg mekap orang lain". Ok tak pe, kita tengok dulu.



Tadaaaa.... Ni lah barang-barang yang ada dalam make-up bag aku. Sila rujuk gambar rajah, aku dah siap buh nombor .
  1. Herbalife Radiant C face quencher 
  2. Tony Moly liptint
  3. kerongsang
  4. Herbalife Radiant C skin booster
  5. Herbalife lip refiner
  6. lip ice sheer colour
  7. compact powder Maybellie
  8.  Herbalife eye gel 

Ini jerlah yang aku mampu bawak kehulu-kehilir kalo keluar ngan kawan-kawan dan family. Senang bila letak semua dalam satu beg, tak derlah berterabur semasa nak cari bila perlu terutama selepas solat kat luar.


Oh ya! Ada satu benda aku nak tanya. Selalunya selepas solat, kamu taruk apa dulu kat muka untuk make up balik? Kan masa wuduk kita dah hilangkan semua kesan mekap tu.


Kebiasaanya lepas solat, pompuan suka sapu terus bedak compact kat muka. Berdebu dan bertepung habes muka dengan bedak. Hehehehe.. Aku pon dulu macam tu jugak. Sekarang lepas solat dah tak berbedak dah. Aku sapu skin booster jer.  Best sangat sangat sangat skin booster ni. Bila sapu jer kat muka masha Allah, kulit rasa lembut bak baldu dan gel tu akan terus meresap ke muka. So, jangan risau muka akan jadi berminyak ke apa ke bertepung ke. No no no... Malah, skin booster ni akan repair sel-sel kulit muka kita yang kusam dan tak bermaya tu. Kalo rujuk gambar rajah ada jer compact powder. Aku pakai kadang-kadang jer kalo ada event atau dinner. Kalo tak, biasanya aku bawak sebab nak tengok cermin untuk betulkan tudung . (^_^)~


Rejim pemakaian mekap aku bila lepas solat di luar tak lah renyah sangat. Lepas solat pakai tudung dulu baru sapu skin booster, dab dab kan liptint kat bibir dan sapu lipice. Sonang ajo..Tak perlu lama-lama nak mekap. Kalo yang lip refiner dan eye gel tu pakai bila rasa perlu je semasa kat luar. Salah satu sebab bekas kawan lelaki (sila translet kut omputih) tak puas ati ngan aku sebab aku tak mekap sangat. Pernah jer aku mekap. Okey!


See. The sunglasses is too big for me. Dah nama pon pinjam spek Ruby. Time ni memang aku mekap. 


Sebelum berakhir, sape sape yang nak tambah barang dalam beg mekap dia macam barang-barang yang ada dalam beg mekap aku boleh contact/whatsapp aku. 013-9454928. Aku distributor dan personal wellness coach Herbalife. Aku pakai apa yang perlu untuk sihatkan kulit, bukan semata-mata nak cover muka dengan make up. =).  


Thursday, May 23, 2013

Mau jadi wanita anggun




Habes exam nanti nak sambung baca buku ni. Baru baca beberapa bab. tergendala pembacaan sebab nak exam. Lama dah aku aim nak beli buku ni sebab dalam usia sekarang aku perlu baca buku motivasi yang agak kewaniitaan lah sket. Oh ya! terbeli buku ni semasa pesta buku antarabangsa aritu. Sementara tunggu nak jumpa customer aku melilau-lilau dulu kat PWTC tetibe nampak buku ni ada sale aku apalagi rembat terus jerlah. Papehal nanti aku update. Girls, aku suggestkan baca buku banyak-banyak especially motivasi. Mahu jadi perempuan yang berilmu macam saidatina Aisyah.

pi es: aku suka buku-buku dr. HM Tuah =)


Exam week


Assalamualaikum...

Minggu ni sampai minggu depan kehidupan akan jadi sangat-sangat hectic ngan jadual exam yang berderet dan tak de gap langsung..!!

Isnin 20/5 Pengurusan dan pentadbiran PJ
Selasa 21/5 English for Language Teacher
Rabu 22/5 Sumber P&P
Khamis 23/5 Pentaksiran dalam pembelajaran

Berderet oooo jadual. Taip banyak tak guna, so better study. Ok bye!

pi es: entry baru selepas entry ni..sila scroll  down. Selepas ini adalah entry auto-post sebab aku tengah exam. :)


Tuesday, May 21, 2013

Tulisan buruk


Assalamualaikum

Dalam kesibukan study sempat jugak aku nak update kisah yang berlaku semasa exam tadi. Tadi aku exam paper english. Aku tatau lah apa masalah aku ni. Apa yang aku tumpu mesti tak keluar pastu yang aku ignore tulah yang keluarnya. Macam contoh tadi, ada 1 soalan struktur keluar apa yang aku tak baca langsung..!!


Semasa exam tu kepala aku duk teringat bahagian nota yang aku ignore tu. Ingat dengan jelas kedudukan dalam fail nota aku, selak satu muka surat terus nampak nota tu, siap aku buat peta minda lagi tapi masalah nya aku tak baca. Sebab tulisan aku buruk tak dak mood nak baca nota tu. So, aku wat donnoe je ler. Sekali tengok tengok dia keluar plak ehhh..


Beberapa minit sebelum lecturer nak kutip kertas baru aku isi. hentam sajalah labu.. Dah memang salah aku sebab tak baca. Apa yang aku hentam tu opkoslah salah. (T___T)~ sigh.


Aku tataulah nak baiki macam mana lagi masalah tulisan aku ni. Sejak zaman sekolah lagi cikgu duk tegur. Pernah cikgu zul (cikgu matematik dan add math aku) tegur,


"Burukyer tulisan kamu datin" (till now i donnoe y cikgu call me datin)


Direct teruihhh cikgu kata tulisan aku buruk. Dalam kelas aku sangat adore ngan tulisan kak long. Meced giler. kadang-kadang aku ambil nota kak long copy balik sebab nak tiru tulisan dia. Menjadilah siket. Tapi bila time jari jemari dah letih adoyaiiii dia start balik hodoh tu. Takpe no problem, praktis make perfect. So, usaha lagi mencantikkan tulisan.

Tak cantik sangat pon tak per asalkan kemas dan ada la mood nak baca nota. Kannnn... Okeylah, esok exam lagi. Aku nak sambung study. XoXo~