Tuesday, June 29, 2010

Kak Eton


Hye. Saya dah start kelas. Cuti sem saya dah berakhir sedang kawan-kawan masih bercuti. Jeles nyer . Tapi tak pe, demi kerjaya masa hadapan saya korbankan diri pulang ke maktab.



Kelmarin pendaftaran kemasukan pelajar baru. Saya kena uruskan petempatan pelajar di asrama. Letih jugak lah naik turun tangga nak tunjukkan bilik untuk adik-adik junior/ pelajar baru. Berpeluh ketiak den ni haa.



Roomate saya, Fatin dah tak tinggal kat asrama. So, saya dapat roomate baru. Harap dapat sesuaikan ngan dia nanti.



Malam ni ada perjumpaan dengan pelajar baru. Senior masing-masing kena tukar nama. Tak boleh pakai nama real semasa orientasi. Saya nak guna nama ETON. Cool kan bila junior panggil Kak Eton. Ok tak?



Saturday, June 26, 2010

Tips shopping kasut



Kebiasaanya perempuan bila keluar ronda-ronda kat mall atau window shopping suka melilau di semua pelusuk kawasan mall tu. Pastu bila jumpa kedai kasut pura-pura berlakon nak beli kasut. Okey, semua pakat try. Ada yang lagi annoying siap suruh pembantu kedai carikan saiz kasut.




Eh..Lele? Lama tak keluar shopping ngan Lele



Yang kat belakang tu pembantu kedai. Saya mintak dia tolong carikan saiz kasut 37.



Lepas try kasut yang agak-agak secocok ngan kaki dan pastikan kau puas hati dapat try walaupon tak beli. kamu cakap kat pembantu tu.." Emmmm tak pe lah. Kita datang beli nanti."



Kadang-kadang saya try je barang tanpa beli sebab kadang-kadang poket kering. Kadang-kadang juga saja buang masa lepak kat kedai kasut.



Eh, kalau pembantu kedai cakap kasut yang kamu berkenan tu tinggal yang kamu sedang try je jangan beli. Tak best la pakai kasut orang dah try. Bekas kaki sape kita tak tahu. Kita nak kasut baruuuuu. Bau kilang lagi bukan bau kaki.




Tuesday, June 22, 2010

Tarian yang sama, pakaian berbeza



Sekarang semua layan tarian Wonder Girl lagu Nobody. Suka tengok dorang menari. Yang aku tengok setiap kali performance dorang menari tarian yang sama je. Tapi pakaian dan hair style yang berbeza. 5 gadis cantik ngan bentuk badan yang sama. Memang gorges la. Dengar cerita buat plastic surgery. Iye ke? ish ish ish....


Tak kira perempuan, lelaki, kanak-kanak semua pakat nak menari dengan lagu Nobody ni. Mamat kepit pon try menari jugak...





Nice dance, nice figure,

Monday, June 21, 2010

Taylor Swift dipukul angkara curang






Yang part last tu macam cibai jek. JANGAN COBA MAIN KAYU TIGA!




Saturday, June 19, 2010

Pen-pal dan phone-pal


Dulu masa zaman sekolah, aku ada satu kawan nama dia Salihah. (Kalau tak silap lah). Aku selalu berutus surat ngan dia. Kami bercerita tentang pelajaran, kesukaan, dan masa tu pulak kami bakal menduduki PMR. Dalam masa yang sama dia menaruh perasaan kat sorang jejaka kat MRSM aku. Sal ni budak MRSM jugak. Kadang-kadang kami saling hantar Salam Maresma. Budak-budak MRSM tau la benda alah ni.



Nak tambah lagi kenalan aku ambil alamat rumah siapa-siapa je lah kat dalam Utopia, Quest, Mangga (euwwww, tapi tak antor pon surat). Biasanya aku ushar jejaka ensem jer. Pernah lah ada yang balas tapi bukan jejaka. Pompuan yang balas. Awek dia wohhhh...Tobat aku tak berkenalan dah lepas tu.




Aku antor surat kat salihah je. Pastu sampai sekarang aku dah tak berhubung ngan Salihah lepas dia dah tak duk MRSM.



Pastu bila lepas SPM aku dapat la sebijik henfon. Mula lah orang main passing-passing nombor talipon. Apa lagi kerja budak lepas SPM, perabih duit PaMa beli topup main meseg. Member yang meseg ngan aku melekat sampai sekarang adalah sorang nama Ajim.



Zaman sekarang ada lagi ke budak-budak main balas-balas surat, taruk bedak dalam surat kasi wangi, pastu permulaan penulisan tulis "Apa khabar awak di sana? Harap-harap sihat selalu macam saya" ??