Saturday, January 9, 2016

Allah lebih tahu

Assalamualaikum..

Kalau ikutkan hati nak jer aku luah segala benda kat blog memandangkan ni kan personal blog. Tapi aku pikir panjang jugak. Buat apa nak luah segalanya kat manusia. Tambah plak ni media sosial. Nak kasi 1 dunia tahu buat malu jer.

Sejak masuk LJ buat aku belajar yang kita hanya perlukan tuhan sentiasa untuk kongsi segala galanya. Selalu monolog dalam bilik dengan allah kadang dalam sujud. 

Kalo kita citer masalah kat manusia, kadang kadang mereka tak faham dan tak dapat tolong. Betol tak?


Elakkan buat luahan perasaan di laman sosial especially perempuan. 


Okey..


Thursday, January 7, 2016

Ujian

Assalamualaikum..


Kenkadang aku sokmo jugak merenung masa depan kenapa banyak ujian tuhan bagi kat aku. Selalu berjauhan ngan family dan kawan kawan. Asyik merantau je. Pastu duk pulak pedalaman yg serba kekurangan. Pernah aku ngadu kat ruby. Katanya hanya orang yg mampu je tuhan bagi ujian gitu. Cer bayang kalo xxx yang duk tempat awak. Betol jugak tu apa ruby kata tu.




Sunday, January 3, 2016

Siap sedia

Assalamualaikum..

Sambil sambil tunggu transport datang sempat aku update blog sebentar. Rehat jap. Nanti nak kena tempuhi perjalanan panjang 7 8 jam laluan balak. Get ready la sakit sakit badan besok pagi. Hahaha. Dah ready salonpas dah nak pakai malam ni.

Barang barang pon dah siap bungkus. Memanh setiap kali keluar atau masuk Lj kena bungkus plastik sebab jalan yang berdebu atau hujan. Kan lori balak duk lalu kalo x bungkus berdebu betol lah nanti walaupon belakang hilux dah bungkus jugak. Langkah keselamatan baik bungkus jgk lagi barang tu.



Oh ya!

Malam ni sampai LJ. Esok nya sekolah. Rumah tinggal sebulan lebih nak kena kemas malam ni. Banyak benda nak kena settle oiiiii... esok tak sedia lagi aku nak ngajor. Buat aktiviti berkenalan jela walaupon dah kenal. Hahahaha..


Saturday, January 2, 2016

Hikmah umur tua

Assalamualaikum...


👳🏻HIKMAH UMUR TUA

Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yg Allah takdirkan dgn mata hati supaya kita dpt muhasabah diri. Contoh2 yg diberikan.


SATU •
Bila tua, keinginan utk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbykkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.


DUA •
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap.
Hikmahnya : Bangunlah utk berkiamulail, mengerjakan solat2 sunat spt tahajjud, solat taubat & lain2. Brgkali sewaktu muda tdk pernah melakukannya, maka Allah bg peluang utk melakukannya sblm berakhir usia.


TIGA •
Bila tua, sdh tdk gemar menonton tv. Tdk lg ada rancangan  tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yg terluang itu, perbykkan membaca AlQuran. Mgkn sewaktu muda tdk pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah utk khatam, paling tdk pun sekali setahun.


EMPAT •
Bila tua & sudah bersara, byk waktu lapang. Byk waktu senggang. Anak2 sdh dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita blh mengurus masa dgn lbh bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan blhlah digunakan utk hal2 berfaedah yg manfaatnya blh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Bykkan menghabiskan masa berkorban keluar ke jalan Allah.. buat usaha maqami, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.


Wallahualam. Sekadar berkongsi.

***di copy dari fb prof dr. Muhaya.

Haa aa laa... terasa sikit la diri ni dah tua. No 1 2 3 dah berlaku..so elok lah ikut hikmahnya tu. Insha allah...


Friday, January 1, 2016

Malam new year

Assalamualaikum..

Semalam bosan giler cam krik krik sangat sensorang dalam bilik. Yang aku heran pehal tak de sape nak wasap aku time tu or call? Heran sungguh aku.. hahaha

Nak jer aku masuk tido. Tapi kang jadi macam moknik plak tido tahun 2015 bangun bangun dah 2016..


Aku bukak fb..sekali tertengok gambor ni.

Kuang asam betol.. perli aku ke apa ni?

Dah la aku tengah bengang campu stress hardisk aku tak leh nak read. Banyak harta karun dalam tu oiii. Yang penting fail dan dokumen kerja kerja di sekolah. Gambor gambor tu pon penting jugak.. buntu aku ni haa..

Maybe tahun baru kena mulakan kehidupan baru. Beli hardisk baru dan masukkan benda benda baru..

Entoh ler labuuuu..