Thursday, November 5, 2015

Samak menyamak

Assalamualaikummm...


Awal pagi tadi sedang aku bersiap siap nak gi sekolah tetibe murid datang rumah gitau ada tahik anjing dalam kelas tahun 1. Ada 10 tahik anjing dalam kelas. Wohaaaa! Tanjat la ticer.. sempat pulak ko kira ye ada bape ketul. Terus aku siap cepat cepat pergi jenguk kelas.


Haa aa..ada sekelompok tahi di hujung kelas. Kuang asam betol. Berak berjemaah ke apa ni???? Banyak betol tahik kecik kecik..adoi.. Banyak kali dah aku pesan kat budk budak ni suruh tutup pintu kelas lepas keluar. Dorang ni petang petang suka main dalam kelas pastu dah balik tak tutup pintu..


Aku pon mintak tolong cikgu S gitau aunty kat situ mintak tolong buangkan tahik tu. Nanti petang baru aku gi samak. Dibuatnya pulak petang tadi hujan renyai renyai sampai tertido . Sedor sedor dah pukul 430. Aku terpikir pikir nak gi samak arini ke nak samak esok jerlah.. perasaan malas menguasai diri nampaknya.


Bila pikir ni fardhu ain so aku cepat cepat bersiap gi ke kelas.  Panggil murid murid yang nak membantu. Saje guna ayat umpan budak.. 'siapa tolong ticer, nanti ticer bagi choki choki..' wah! Ramai cepat2 nak tolong..Takkan nak harapkan anak anak tahun 1 yang 3 orang kecik cenonet tu jer. Dah kumpul budak budak aku suruh dorang angkut air. 1 baldi aku buat air tanah pakai sabun samak pastu lagi 6-7 baldi air biasa. Yamboiiii.. kemain seronok dorang ni cuci kelas padahal seronok main air.


Untung jugak kelas tahun 1 ni kecik jer. Alhamdulillah dah setle sertu kelas ni. Yakin suci dan bersih. Say thank you kat budak budak nanti malam ticer kasi choki choki. Kebetulan aku beli banyak aritu. Selalu beli cokelat jajan banyak banyak bukan aku makan sangat pon. Untuk murid murid sebagai peneguhan positif..


Harap anjing jangan buat onar lagi di kelas lepas ni. Huhuhu...

Tuesday, November 3, 2015

Manja

Assalamualaikummm...

Balik sekolah arini aku terperuk jer dalam bilik. Lepas setle print kertas soalan exam untuk esok aku baca buku sampai habes. Sampai la malam aku duk dalam bilik. Rasa bosan keluar tengok tv ngan kaksa.. tetibe hujan turun ngan sangat lebat.

Aku xtau kenapa tetibe aku rasa sunyi sangat padahal aku tengah tengok tv ngan kaksa sambil gelak gelak but deep down in my heart i feel LONELY..

Pastu aku masuk bilik tutup lampu bukak zikir aku nangis puas2.. xtaw kenapa wifi malam ni lembsss giler so alu off fon. Ada sebab bakpe aku bukak zikir sambil nangis puas puas selaju hujan lebat di luar. Aku takut jadi pape x diingini macam tak waras ke kan so better aku ingat tuhan..

Lepas tu aku on balik fon. Still xde line tenet.. malam ni aku sangat sangat sangat rindu kawan kawan dan family.

Sebenarnya aku duk sini aku rasa sangat sunyi. Dulu aku ada kawan kawan di maktab. Bila di rumah aku ada kezen n adik2. Walaupon aku anak sulong tapi aku suka ngat manja manja ngan dorang sampai dorang kata "mu ni sulong saje jer" sebab tu orang xkan dapat cam yang aku ni sulong.. antara mak ngan ayah plak aku paling manja ngan ayoh ah.

Aku jenis kalau kat rumah akan keluar bila family aku keluar. So kalau xde sape nak ajak keluar atau aku x ngada ngada nak ikut keluar, aki akan duduk je di rumah 24 jam pon xpe. Selalu yang akan keluar ngan aku, ayoh la jadi mangsa. Contohnya macam aku gitau "ayoh, nak gi wat ic barulah. Ayoh antor neh". "Ayoh, nak gi PSI nak beli buku" padahal reti je drive sendiri. Hahahaha.. jarang lah aku keluar ngan kawan kawan boleh kira ngan jari.

Ngan kawan kawan aku suka bermanja jugak. Salah satu sebab bakpe aku suka tinggal di hostel sebab sana ada ramai orang yang akan ada ngan aku. Walaupon last last semester ramai kawan kawan aku keluar hostel but no worries i still have my juniors and my roomates.. aku tak leh kalau x bersembang bergurau senda rasa macam.lonely sangat.

Bila kat maktab aku sangat rapat ngan classmates aku fantasticfour terutama kawan kawan pompuan. Sokmo gi nyendeng nyendeng kat dorang manja manja walaupon ada yang rimas. Hahahaha. Kaklong tak suka tau tengok aku nak manja manja ngan dia. Lagi kaklong x suka lagi aku akan buat. So lama2 kalo bermanja jugak ngan aku sampai berpegangan tangan. Pastu cikwe pulok bila ye rimas ye akan kata " oloh laaa, serabut wehh lokk.. gi main jauh gak." Hahahaha..

Yang selalu layan aku..moknik, ruby, ika, tinton.. ruby kan macam mak mak so dia la banyak layan kerenah aku ni. Moknik ika tinton suka berhuhaa huhaa jugak..dulu kat maktab aku x rapat sangat ngan kawan lelaki kecuali kawan kawan lelaki dalam kelas aku tu jer aku  paling rapat siap kena bahan lagi. Bergurau senda merepek repek. Sape tak rindu kan kalo dapat kawan kawan gila macam tu..

Dah boleh agak kan life aku macam mana dulu. So bila dah tercampak kat sini kehidupan perlu jadi semakin matang but at the same time kau masih nak bermanja..jadi macam nilah..sini ramai lelaki ofkos xdw nyer aku nak gi bergurau sesaje ngan dorang. Yang ada cuma kakak kakak. Haa aa..aku paling muda kat sini.

Bila kat sekolah aku hepy la kenkadang dorang sume melawak jugak. Tapi bila start je aku masuk bilik aku rasa sunyi sangat..
Tak de lagi roomate.
Tak de lagi teman nak baring sembang sembang
Tak de lagi yang akan call " zi, jom gi makan"
Tak de lagi orang nak melawak kena bahan sampai redho
Tak de lagi nak manja manja ngan aku
Tak de lagi semuaaaa tu..

Malam ni aku sangat rindu so aku wasap kawan kawan aku I MISS U.
Ada yang pelik..ada yang reply n ada yang dapat agak azi ni mesti jadi pape kat dia ni..

Aku sangat berterima kasih if u read all this story sampai habis. Terima kasih kawan kawan yang memahami dan maaf lah jika ada yang tertanya tanya bakpe tetibe say i miss u..hahahahaha..
Dah lewat malam.
Bye. Goodnyte from LJ.
Xoxo

Saturday, October 31, 2015

Celoteh murid : Spender


Alkisah semasa kelas english year 2.

Suatu hari aku bawak murid-murid tahun 2 belajar di luar kelas di sekitar pentas sekolah yang terbuka. Selepas mengajar aku bagi mereka kerja dan aku pantau seorang demi seorang.

Tiba-tiba...

Murid: Ticer..! Ada spender atas kepala ticer..!

Ticer : Mana???  (sambil menyapu-nyapu tudung di kepala)

 oleh kerana terkejut dengan jeritan murid, otak ticer tidak mampu berfikir dengan waras apa yang murid katakan

Murid: itu ticer..!

jatuh lah seekor anak labah-labah dari tudung aku..

Ticer : Ini bukan spender..! ini spider..!

Murid : oh! yaka.. hehehehe..


Adoiii.. apalah anak murid aku ni.. spider ngan spender pon boleh tertukar.. yang ticer nyer pon satu. Taklogik la spender nak duk atas kepala. tsk. tsk (T_______T)



Sunday, June 28, 2015

Web Sekolah

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni aku ada create blog untuk blog kelas fantastic four, pastu bila masuk JPP aku handle blog JPP pulak sekarang dah masuk sekolah handle blog sekolah pulak. Tapi kali ni untuk blog sekolah aku tak pakai blogspot. saje nak cuba yang baru. Aku try pakai weebly. Menarik jugak weebly ni. Templete dia boleh dijadikan macam laman web terus.

Nak kasi promote web sekolah siket. Kalau free boleh lah ushar ushar perkembangan sekolah kami di pedalaman ni.

sklongjeeh.weebly.com


Tapi aku tak janji untuk selalu update. Almaklumlah line wifi sekolah sangat sendu. Kalo nak upload gambor memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hahahaha.. Ni kebetulan aku keluar ke bandar dapatlah aku edit edit siket dan upload gambor.

Ok. Tu jer nak cerita. Maybe aku jarang nak update blog dah. Tak fun bila kita eksaited nak blogging tapi line tenet semput. Takde semangat terussss....

 latest aktiviti di sekolah. Kem motivasi upsr. bersama guru-guru dari sekolah zon sama.



Sambutan hari ibu. Masa ni warga bapa dan bakal bapa yang siapkan makanan dan segala persiapan.



Hari Usahawan Muda. Masuk paper tau gambor ni..



 Nah! Kalau ada yang merindui. =P


 Bye.
Xoxo


Monday, June 22, 2015

Tukar templete

Salam ramadhan...

Memandangkan templete blog yang sedia ada sekarang ni agak keanak anakan dan sudah tidak sesuai dengan peningkatan usia aku sekarang. Aku nak lah tukar templete yang nampak kedewasaan sket. Cuma  masa dan internet connection tak cun pulak. Tu yang kadang kadang spoil mood nak mengedit dan update blog. Insha allah kalau ada kesempatan aku baiki lah mana yang patut.. Okey, nak sahur. Bye! Xoxo~