Thursday, October 9, 2014

Eidul Adha family zazi

Assalamualaikum...

Lama ku menghilang. Tetiba muncul lepas raya haji. Saje post arini nak gitau blog ni masih wujud dan akan terus di update. Sekarang ada tenet dalam kelas aku pon tatau nak buat apa so update blog jap. Kat depan kelas Bibah tengah buat pembentangan. Aku wat donnoe je. Hihihihihi.. Sory Bibah.

Back to the topic.

Alhamdulillah cuti raya dapat balik kampung. Yippeee!
Walaupon xda tiket nak balik, aku tumpang Moknik. Dia nak balik kelantan tapi lalu kut ganu. Kami bertolak pagi sabtu. Esoknya raya..huhuhu..



Dari KL lagi jalan jem menggila oiiii... Sampailah ke Bentong bawak 20 jerrr.. Bertolak dari Cheras pukul 7 (yeke ?) Pastu sampai je Bentong berhenti beli KFC drive thru pon kna beratur panjang. Sampai turn kitorang tetibe set yang diminta dah habes.  Hangin betol acik yang sedang kelaparan..main bedal je beli apa jer yang tinggal. Jangan banyak songeh..

Jalan sesak banyak kereta. Nak kencing pon kena beratur panjang. Tahan jela pundi kencing sampai masuk ganu nanti baru buang.

Lepas je temerloh baru jalan lengang siket. Amboiii...kemain moknik bawak kete Kat highway sampai 140. Lepas gian sebab tadi bawak 20 jer.. Laju kemain myvi tak mahu kasi can BMW kat belakang potong sampai bergegor kereta macam naik kerusi urut ogawa.

Aku ni boleh kira ngan jari je kot berapa kali balik ganu lalu kut Jabor ngan kereta. Moknik ngan Fatin plak xpernah lalu. Redah jer la. Pastu  moknik suruh aku bawak plak kereta. Wohaaaa! Auto kot.. Mana biasa bawak. (T__T) so kira tula pertama kali aku bawak auto jauh jauh.


Tak reti nak rotet gambor. Kamu pusing sendiri la.


Bosan jugak bawak auto. Paling laju aku mampu bawak 80 jer. Hihihi... Moknik duk bising suh aku tekan minyak lagi sampai 100.

"Tekey gak lagi minyok tu"
"Tekey lgi"

OK. Tekey

Sampai ganu pukul 5 camtu. Moknik taruk aku penghujung highway pastu dorang teruskan perjalanan ke Kelantan. Aku plak mak ayah mai amek lepas tu.


Pagi raya bersiap siap gi Rumah tokwan. Gi jalan kaki sebab kena tinggal. Aku ingatkan mak aku nak tunggu tetiba dah keluar gate. Motor plak semua dah bawak gi sana. So jalan kaki lerr jawabnyer.

Aku dan makcik makcik Ku. Yang tudung kuning bukan makcik. Tu adik aku.
Ni kezen kezen yang masih bersekolah rendah. Baya baya anak murid aku jela.

Meriohhhh gilo raya bila berkumpul ramai ramai. Tak gi mana mana pon juz lepak rumah tokwan makan makan sambil tengok tv . berebut TV ngan yang kecik kecik sebab yang besor nak tengok kpop pastu yang kecik nak tengok ceria.


Yang lelaki plak main badminton. Memang pakcik aku siap buat gelanggang sebab nak bagi anak anak sedara main kasi berpeluh siket. Kemain semangat raya raya camni pon nak main badminton. Kadang kadang dorang buat pertandingan.

Pastu malamnya kita ada bbq. Bakor daging je pon tapi hingaq jugak.

Sbesok nya aku dah kena balik KL. Raya aku satu hari satu malam jer. Huhuhuhu... Asalkan boleh balik beraya.pastu balik KL ngan bas alhamdulillah bas malam tak jem.

Sekian sahaja cerita raya aku. Bye!

Thursday, August 28, 2014

Road to JDT


Assalamualaikum..

Hari terakhir internship, aku dan classmates menjelajah ke johor.
Tahun lepas event besar kelas kami ruby kawen.
Tahun ni mami pulak yang bertunang.
Alang alang gi johor kami pon singgah la rumah Nabil jugak.






Tahniah buat mami dan dedi to be..
Habes majlis bertunang kami konvoi beraya ke rumah nabill pulok.


Jauh jugaklah perjalanan nak gi sana
Sempat lagi buat video klip dalam kete


Sampai kampung nabill kami terus cari sekolah dia
Sebab nama sekolah dia unik.
Semua macam curious pertama kali dengar


Bila puteri menangis, pergi sekolah senang hati

Makan banyak Kat Sana.
Ada bakso sedap ngat...
Fatin sampai mintak tapau bangkit cheese.
Pastu gi dusun. Banyak giler nyamuk.
Sape yg pakai baju gelap memang tumpuan nyamuk n de geng

Ambik buah banyak tapi makan siket je
Bungkus bawak balik kl
Sebelum balik sempat bergambor ngan tuan Rumah


Otw balik kl sempat singgah melaka.
Makan makan sana pastu sampai kl dekat  2 pagi.
Memang jauh perjalanan ke johor
Pastu cikwe bawak kete memang fuhhhh sampai berpegangan tangan aku ngan moknik kat belakang
Alhamdulillah sampai ngan selamat.

Bye. !


Minggu yang sangat sibuk


Assalamualaikum...

Apa khabar semuanya?
Ni cubaan pertama update blog melalui fon.
Lama sungguh rasanya tak blogging.
Hidup sebagai student final year sngat hectic.
Tapi aku try keep calm..
Masih mampu bergelak ketawa ngan kawan-kawan

Sekarang kami semua sibuk menyiapkan laporan kajian.
Semua muka ketat je menaip depan laptop.
Aku try wujudkan stress dalan diri tapi tataula kenapa aku tak rasa tekanannya
Malam malam masih sempat tido sedangkan Ada kawan kawan yang dah beberapa hari tak tido malam

Takutnyerrrr
Habes pos ni aku sambung menaip.
Cuba wujudkan stress dalam diri...


I miss blogging~


Friday, July 25, 2014

plan membeli belah yang agak hampa


Assalamualaikum..

Beberapa hari lagi jer kita semua nak sambut hari raya.. Harini kat sekolah ramai giler murid tak datang. Ni kalo aku masih kat maktab, awal-awal lagi aku dah balik. Memandangkan sekarang kat sekolah, so kenalah ikut takwim sekolah kan. 


Ni aku nak citer pasal minggu lepas. Kan ada KL Raya Festival yang diadakan di PWTC. 
2 hari festival tu berlangsung. Sabtu dan ahad. 
Kami plan gi hari ahad sebab memang kompem sabtu ramai giler orang.
Memang pon....
Sabtu tu aku duk ushar ushar kat instagram je apa terjadi kat sana.
Punyerlah ramai manusiaaaa..Sampai ada yang pengsan. 
Wohaaa...!! Dahsyat sungguh..


Ahadnyer pulak, kami pergi lepas asar sampai pwtc pukul 6 lebih macam tulah. 
Jem oiii jalan.. KL ni kalo dah start jem tau tau jerlah macam mana.
Bila dah sampai sana tanjat gegirl tauuuu..
Sebabnyer dah banyak gerai yang sedang berkemas nak tutup.


Aku plan gi sana sebab cala qisya jer. Nak beli maggie shawl.
Tak pon nak rembat dress.. Tapi hampa....
Cala qisya dah tutup gerai. Maggie shawl pon tinggal 1 jer lagi.



Tak dapat maggie shawl, dapat bergambor ngan owner CQ pon ok laaa..
Dulu zaman rancak berblogging selalu jugak berbalas-balas komen ngan peti suara hentak belipat. Sekarang dah bukak butik femes dah dorang. Comelnyerrr lahaii si hanabelipat..!


Pastu merondalah kami bertiga dalam tu mencari-cari gerai yang masih available.
Yang kami peliknyer, kat iklan kata tutup pukul 10 malam,..
ni baru pukul 6 setengah dah pakat berkemas.
Ape citerr plak niii...
Tak perlah, ronda-ronda jerlah dalam tu..


Sedang ronda-ronda terjumpa plak kak rina salleh ni.


Yang ni pon aku mula-mula kenal melalui blog jugak. 
Pon sekarang dah bukak butik sendiri, Rinasalleh clothing.


Sambil ronda-ronda dalam tu adalah jugak yang sempat di beli.
Siap tawar menawar lagi..Alhamdulillah..
Untong jugak kedai banyak tutup, tak derlah memborong lebih banyak.




Ruby kata,..
Orang yang datang hari sabtu ramai giler sampai tak nampak owner kedai,
kita datang hari ahad bukan setakat owner kita nampak, ngan troli-troli kedai pon kita nampak..Moknik siap tolong tolak troli lagi.. Hahahaha...



Kami haraplah lain kali buat iklan kalo kata sampai pukul 10, pukul 10 lah baru tutup.
Elok bagitau awal-awal dengan terang dan jelas dalam iklan tu. 
Kesian customer mai dari jauh nak shopping.. 
Kami takperlah, dekat jer. 





Sunday, July 20, 2014

Ihya Ramadhan


Assalamualaikum...

Jumaat lepas sekolah adakan majlis khatam al-quran. Program mula dari pagi sampai waktu rehat je..Lepas rehat kelas berjalan seperti biasa. Pagi tu, semua murid berkumpul kat dewan. 





Sebelum majlis bermula, aku gi tengok tasha ngan wardina praktis sebelum buat persembahan. Sedap jugak suara wardina ni. High-pitch. 



empat orang kat belakang tu saje je interfrem nak masuk dalam gambor. Macam kumpulan kugiran la plak. Yang buat persembahan nanti tasha ngan wardina jer. Cukup-cukuplah kami menari atas pentas aritu. Huaaaa~ Kali ni gi sekolah tambah lagi  2 orang cikgu praktikum. Tasha ngan Michelle. Dorang junior kami kat maktab.



Majlis dimulakan dengan bacaan tadarus al-quran daripada murid-murid. Semua bacaannya bagus. Ermmm ada yang bacaannya dengar macam dia tengah nerves. Mungkin sebab duk atas pentas kat bawah ramai plak penontonyer.



Lepas tadarus ada persembahan nasyid pulok. Kebanyakkan yang nasyid ni murid tahun 5. Dorang nyanyi lagu bulan ramadhan ngan ya hanana. Yang yahanana best. Teringat dulu masa kat SKSB masa bulan ramadhan waktu rehat semua murid muslim berkumpul kat dewan. Pastu baca qasidah beramai-ramai. Kat sekolah ni waktu rehat mereka adakan tadarus dalam kelas. 



Pastu persembahan akustik dari tasha. Nyanyi lagu maher zain lagu number one for me. Oh ya..! Dah dengar lagu baru tasha ngan syed? Aku menjadi tersuka ngan lagu tu. Paling ku suka part syed rap. This is special for u baby, selamat ulangtahun cinta. 



Habes semua persembahan murid dah mula gelisah dah. Ada yang menyembang. Ada yang duk keluar masuk nak gi tandas. Keadaan dah tak terkawal. Biasalah budak-budak bukan boleh bertahan lama nak duk diam. Sabor jerlah cikgu-cikgu semua. Last acara pembahagian sumbangan kepada murid-murid yang memerlukan. Pastu majlis bersurai semua masuk kelas masing-masing belajor macam biasalah. 


Aku ni taip citer macam buat laporan lah plak. Ah lantaklah.. Janji update kannnn.. 
Best wey update blog kisah, event atau perkara yang berlaku dalam hidup kita. Sebab kenkadang bila tengah bosan-bosan aku suka ushar entry lama-lama. 
Eh..Korang ada blog? Haa...apalagi. update ler blog tuu..


Saje tempek gambor ootd aku aritu. Lama plak tak tempek gambor sensorang kat blog sendiri. Aritu pakai baju tak payah iron. Tudung je aku terpaksa iron kalo tak nampak nau pemalasnyer. Malu ler siket ngan anak murid kalau cikgu pakai pakaian berkedut gi sekolah. Hehehehe...

Ok bye!