Sunday, July 13, 2014

Pemandangan Kuala Lumpur waktu malam



Pemandangan dari tingkat 14 area rumah cikwe. Boleh nampak KLCC ngan KL Tower. Kalo tak nampak ce zoom sket gambar tu. Maklumlah kamera biasa jer acik mampu milik. 


Tahun depan mungkin tak dapat tengok dah pemandangan gini. Sebab aku tak mintak pon nak posting KL. Harap-harap tak dapat KL. Tak sanggup lagi.. dah 5 tahun aku kat sini. Umpamanya mendewasakan diri di kedah, mematangkan diri di KL. Giteeeww.. Euww.


Saturday, July 12, 2014

Junior terakhir


Assalamualaikum..

Aku sekarang dah final semester. Aritu ada kemasukan student baru kiranya ni junior aku yang paling last lah sebelum aku habes belajar. Kalau dikira-kira perbezaan umur antara aku ngan yang baru masuk ni adalah 6 tahun. Wohaaa..!! Terasa diriku begitu berusia..Tapi aku tetap rasa aku masih muda masih boleh geng ngan junior-junior kat hostel ni. 


Kalini aku tak terlibat ngan orentasi dorang. Cuma malam kebudayaan orentasi jer aku luangkan masa untuk tengok and support walaupon agak hambar lah. Biasalah tu malu-malu lagi nak beraksi. Hehehe.. =)


Get ready untuk beraksi.. hoyeah...! 



Terer budak ni menari. Tapi sayang, muzik pulak slow. Adoyai...Yang duduk tu semua junior.  


Ramai jugaklah junior kali ni berbanding yang lepas. Aku kenal yang duk satu level ngan aku jerlah. Budak level lain aku kenal muka je setakat ni. Tak sempat nak berkenalan masa orentasi. 


Ramai jugak budak-budak muzik. Biasanya yang amek muzik ramai yang ada basic main gitar atau keyboard. Kat sini ada kos muzik. Dulu pernahlah jugak aku pergi belajar main keyboard ngan gitar daripada junior-junior. Kalo ko suruh aku main sekarang memang kompem aku dah lupa dia punyer kod. Hahaha... Lagu keluang man jer aku tau strumming. belajar ngan amna. 


Last persembahan junior, senior pulak buat persembahan. Yang baju merah tu budak PJ (pendidikan jasmani). Suara sedap oooo.. Nyanyi dangdut lagi tuu.. Bukan budak muzik je tau main alat muzik atau nyanyi.. Pendek kata ramai berbakatlah kat maktab ni. Tak caya tengok si Tasha Manshahar.. Cuma dikembangkan atau tak. Tu jerr..


So, kesimpulannya duduk kat hostel ni best. Ramai orang kata duduk hostel budak skema. Mana adaaa.. Tak yah skema sangat. Setakat ikut peraturan dan jangan cari pasal okeylah tu. Harap-harap junior kali ni okey,.. Setakat ni masih behave. Bagus lerr...

Tu jer nak citer..Tata~


Friday, July 11, 2014

Bila free?


Assalamualaikum..


sementara menunggu masuk kelas mengajar atau masa free kat bilik guru beginilah keadaannya..
Main fon, main game (dulu layan candy crush, sekarang tak dah) , main word search atau bukak laptop bukak youtube..
Tapi bab menanda buku students semua dah setle. ok :)

Tapi sekarang dah strat bizi ngan 4 projek kena buat kat sekolah campur lagi dengan assignment dan kajian final year. Dalam bizi bizi pon ada jugak masa untuk melagho. Tak mau lah stress je memanjang pastu asyik cakap perkataan "AKU SIBUK lah AKU BIZI..Jangan kacau aku"..Haaa... tak maulah sampai tahap macam tu.. Relex relex sudah.. chill la beb walaupon tahu keje berlambak lambak..

Ok. Bye~



Tuesday, July 8, 2014

Membeli tiket bas secara online


Assalamualaikum..


Memandangkan sekarang kita semua dah masuk bulan Ramadhan dan lepas ni kita akan sambut hari raya, mesti  ramai yang masih tercari-cari tiket untuk balik beraya. Kali ni aku nak share macam mana nak membeli tiket bas secara online. Jadi, kamu tak payah lah lagi tercari-cari masa nak pergi kaunter tiket untuk dapatkan tiket pastu pergi sana tetiba tiket yang kita nak dah tak de. 


So, tahukah kamu sekarang kita dah boleh beli tiket bas secara online.??


Meh aku ajar camne cara nak beli tiket bas secara online. Tapi tak semua bas menggunakan sistem online ni. Masih ada bas yang masih tak canggih untuk buat sistem sebegini.


Langkah 1: 

Kamu pergi ke lawan web http://www.eticketing.my/ . Kat situ ada senarai perkhidmatan bas yang menggunakan sistem tiket online.  Pilihlah bas mana yang kamu suka. 


Langkah 2:

Dah pilih bas mana yang kamu nak.. (aku ambik contoh bas sani express). Klik pada check your trip atau buy ticket online. 



Yang ni untuk tengok tarikh dan masa perjalanan bas. Dah pilih tarikh dan masa, tengok pulak seat/tempat duduk yang kamu nak. Available lagi ke tidok. 


Langkah 3:

Sebelum purchase tiket tu, kamu kena register atau log in dulu. Baru boleh beli. 


Nanti kamu isi lah borang yang dia bagi. 


Langkah 4: 
Sesi mencari seat yang available.



Oh! nampaknya tiket raya nak balik alor setaq masih available sehari sebelum hari raya. Ok lettew ada la jugak tiket nak balik beraya daripada tak dapat balik langsung kan. Yang petak-petak bernombor warna biru tu maksudnya seat tu tak de orang beli lagi. Yang star/bintang-bintang tu dah ada orang. Jadi, kamu pilih la seat mana yang kamu suka. 


Langkah 5:
Sesi pembayaran. 

Kamu klik sama ada nak bayar melalui web cash atau credit card atau online banking. Aku selalu guna online banking melalui maybank2u. 

Nanti akan keluar pop out box demi box. Kamu setle kan isi mana yang patut yang dia nak sampailah kamu connect dengan bank pilihan kamu untuk membuat pembayaran. 


Langkah 6:
Print tiket. Kat sini aku tak tunjuk gambar tiket untuk di print sebab aku tak de pon nak balik raya ke alor setaq. Tu contoh jer tadi.

Lepas print nanti kamu simpan tiket tu baik-baik. Sebelum naik bas nanti tunjuk kat pakcik driver tiket tu jer. Tak perlu ke kaunter untuk tukar semula tiket asal. Tak perlu tukar. Pakai je yang kamu dah print. Valid. 


Dan. Selamat pulang ke kampung untuk berhari raya. 
Salam sayang, 
~Zazi =) ~


Monday, June 30, 2014

Makin belajar makin rasa bodoh


Assalamualaikum..

Sekarang aku dah masuk fasa final semester in final year. Lagi 5 bulan nak habes belajar. Dah 5 tahun aku kat maktab. Tatau lah kenapa sem kali ni aku rasa macam bodoh jahil masih banyak ilmu aku tatau. Masih banyak lagi perkara aku tatau. Pastu dapat pulak lecturer yang hebat-hebat. Bila disoal, terkebil-kebil mencari jawapan. Cuit-cuit orang sebelah mohon simpati untuk tolong jawab.


Diam jerlah. Sebab aku memang tak tahu.


Lecturer duk selalu ingatkan. Kena banyak membaca. kena banyak tahu isu-isu semasa. Sejarah-sejarah jangan lupa. Nisbah buku yang dibaca antara orang jepun dan orang malaysia dalam setahun adalah 20:2. Nampak sangat kita jarang membaca. Sebab tu tatau banyak benda. 


Aku rasa aku kena tukar genre buku yang aku baca. Selalu asyik duk baca buku motivasi jer. Lepas ni nak kena baca buku sejarah lah pulak. Tak pon baca paper. Daripada duk bukak instagram baik baca newspaper online. Tu jelah plan aku setakat ni. 


" Kita tak pandai semua, tapi kita tak boleh bodoh semua;
Kita pandai satu perkara, kita kena usahakan pandai banyak perkara"