Tuesday, April 12, 2011

Shazika on twitter


Eh, shazika ada twitter.???


 Dont forget to follow me \(^_^)/ 


Friday, April 8, 2011

Apa perasaan kau kalau tarikh hantar asignment di tunda?


Sekarang rasa lega siket sebab tarikh hantar asignment di tunda. Sebelom nih aku ada post entry yang aku sibuk nak wat PhD. Maaflah, bukan aku nak sambung buat phD tapi asignment projek tu dah macam nak buat thesis kau tau. Lecturer siap cakap lagi kalau asignment awak bagus dia akan bukukan macam jurnal. Wohaaa.... Seronok jugak eh kalau nama tertera kat jurnal tu.  Padahal baru masuk semester 1 degree. Mungkin sebab aku dah masuk degree cara buat asignment degree dah tak sama macam waktu pra dulu.  Kalau ikutkan harini (jumaat) kena hantar asgment tu tapi budak kelas aku mendesak nak mintak hantar lambat sebab tak sempat kot nak siapkan harini. lainlah kalau kau jenis yang tak tido duapulohempatjam. Nasib baik boleh hantar hari selasa.


Pastu tadi kat kelas ketua kelas nak buat taklimat siket pasal asignment perkembangan kanak-kanak. Suspen jek takut ada apa apa perubahan. Sekali ketua kelas cakap


"yang asignment PKK tu (perkembangan kanak-kanak), puan cakap hantar hari khamis"


Semua budak kelas aku berteriak kegembiraan. Yeayyyy!! Siap joget joget lagi macam tengok perlawanan bola Malaysia lawan Indonesia, Safee Sali tendang bola masuk gol. Sepatutnya kena hantar hari senin ni. Aku pon tak tau macam mana boleh tunda sampai hari khamis. So, malam ni boleh lah aku tidur ngan lena selepas 1 minggu tidur tak berselimut kepala bukan atas bantal.

Alhamdulillah....



Thursday, April 7, 2011

Aku ambil PhD


Sekarang aku sedang menyiapkan asignment PhD. 

Status: Sangat sibuk dengan kertas bertaburan sana sini

Harapan: Dapat siapkan ONTIME dan dapat buku kan asignment ni ngan hard cover kaler pink siap ada glitter glitter gitu. 

Doakan aku ye semua. :) tq

Monday, April 4, 2011

Cari nahas sebelum hantar asignment

Semalam kami pergi main ais skating kat sunway pyramid. Dalam beberapa hari je plan ngan budak kelas pastu sewa kereta semua hujung minggu gerak gi sana.


Kami semua kepam satu kereta kancil yang disewa.Yang lain-lain pergi ngan motor.



Pemandangan dari tingkat atas. Wohaaa... Teruja giler nak main ice skating tapi bila kau dah berada atas ais tu kau rasa la sendiri penangannya. Kalau kau baru pertama kali main memang tipu la kalau tak pernah jatuh langsung atas ais tu.TIPU TIPU TIPU..emo tiba-tiba.


bayaran masuk untuk hujung minggu RM20 kalau weekdays RM18 jek. Pastikan kamu bawak stokin sendiri yang bersih jangan bawak yang seminggu tak basuh. Kalau ada glove bawak lah. Kalau tak ada boleh beli glove kat situ ngan harga  RM8. Pastu kamu leh enjoy skating sepanjang hari. Tapi jangan lupa nak solat plak. Kalau dah masuk situ tak boleh keluar dah. Untuk gi solat kamu gitau kat mak cik guard tu nak gi semayang jap pastu kamu diberi masa 15 minit. INGAT! LIMA BELAS MINIT JE JANGAN LEBIH KALAU TAK MENJAWAB LAH KAU DENGAN MAK CIK TU. Aku dah pesan siap siap dah ni.


Kami dah bersedia! Dari segi mental dah fizikal. Mental untuk perasaan kau untuk cuba berskating atas ais tu sambil di acah oleh mereka-mereka yang dah pro. Fizikal untuk kau jatuh atas tu tanpa sempat berpaut pada sesiapa. Dah jatuh basah satu hal nak bangun plak satu hal.


Ceceh setelah beberapa kali jatuh dah boleh dah siket-siket meluncur atas ais tu. bergerak la jugak kan daripada berpegang kat dinding tepi gelanggang tu. 


 
Amboi. Dah boleh berlagak balance badan berdiri sambil posing


tag yang digunakan untuk scan masuk dan keluar.



Dah habes main kami nak gerak gi semayang asar kat masjid shah alam.






Besar giler masjid tu. Melilau kami cari tempat semayang ngan tempat wuduk. Pemandangan pon cantik dan tenang.


Oleh sebab nak gi ICT lampu tak nyala lagi pastu nak masuk kena bayar kami pon gerak gi umah wan harith



Bergambar bersama mak wan harith dan dato' mukhriz (rujuk televisyen)


Balik hostel dah malam tak ada mood nak tengok anugerah bintang popular walaupon sam menang. Bersengkang mata siapkan asignment esok nak kena hantar. Tulah kau, ber-ais skating tapi asignment tak siap lagi. Alah, satu malam pon boleh siap. Hahahahaha..

Friday, April 1, 2011

Stokin yang sangat annoying


Kat hostel aku ada banyaaaaakkkkkkk sangat kucing. Dan ada lah 1 ekor kucing yang sangat annoying. Pantang bukak pintu bilik siket terus dia nak masuk. Kalau tolak dengan penyapu pon dia buat dek jek. Sepak pon dia tak kesah. Penghuni hostel panggil dia STOKING. Apasal stoking. Sebab body dia hitam Cuma kaki dia jek putih. Macam pakai stoking. Macam ni ha (rujuk gambarajah).


Pernah 1 hari stoking nak masuk bilik junior aku. Budak TESL. Mother tongue dia English. Dibantainyer halau si stoking kut English. “go away, don’t enter my room” lebih kurang macam tu lah kot. Stokin ni mestilah wat dek jek. Cakap melayu pon dia tak layan inikan pulak cakap omputih. Kami syak stoking tu pekak sebab tu dia tak takut kalau marah-marah dia ngan penyapu ke, halau kita wat syhhh syhhhh ke. Kalau kucing lain wat syhhh syyhhhh pon dah tak berani masuk.



Semalam, aku masuk toilet tiba-tiba stoking meluru masuk dulu toilet tu. Kuang asam. Tak taulah dia nak minum air kat dalam mangkuk jamban tu atau dia pon nak buang air. Aku pon apalagi tolong lah dia tutup pintu kurung dia dalam toilet tu. Pastu aku blah gi baca komik lawak kampus tinggal stoking sorang sorang dalam toilet. Tiba tiba wujud ase bersalah aku gi chek apa stoking sedang buat.

Pintu toilet dah terbukak. Taktau sape yang bukak opkos la bukan stoking yang bukak. Mesti orang yang bukak tu terkejut tengok ada kucing dalam toilet.