Monday, December 20, 2010

Musim cuti musim hujan musim kawen


Hye semua. Lama asenya tak tayang gambar sendiri. T____T"

Hai awak. Saya azie. Sekarang saya dalam perjalanan ke rombongan kawen member zaman kecik-kecik saya. Yang belakang tu tak siap-siap lagi mekap. Macam la dia yang nak kawen. Ceh!

Oleh sebab lama sangat terperap kat umah jadi aku pon join la orang-orang kampung aku pergi rombongan ni. Nasib baik beberapa minit sebelum kami berarak ke rumah pengantin perempuan hujan berhenti. Kalau tak, habes lah kami berarak dalam hujan. Aku pulak kena jadi kamerawoman tapi tiba-tiba memory kamera full. Adoi. Nasib baik ada kamera enfon. Tapi terasa kerdil bila berdiri tepi kameraman bertauliah yang pegang nikon DSLR siap ngan lens panjang. Okey lah people, sementara menunggu pengantin lelaki bersiap ngan tengkolok dan kerisnya, jom kita berposing dulu heh.



Baiklah. Pengantin dah siap. Jom semua kita rock the world. Rombongan tipah vavavooommmm...



Walaupon hanya menggunakan kamera 3.2megapix je, aku tabah berdiri di sebelah nikon dan berhadapan ngan orang ramai. Tiba-tiba teringat masa hari sukan haritu snap gambar ngan kamera besar. tsk.

Sekarang acara renjis-renjis pulak. Sampai tergelak-gelak si pengantin.


Acara bersanding dah setle. Jom kita melantak nasi minyak pulak. Nasib baik nasi masak ngan eloknya walaupon hujan kayu api basah sket-sket. 


Haritu teman istimewa dari Kedah datang Terengganu pastu dia pergilah kenduri kawen. Dia pelik kenapa kenduri kat terengganu makan cuma disediakan kerusi. Tak ada meja untuk tetamu makan. Eh, kat tempat kamu pulak macam man eh? Sebab aku tak pernah pergi kenduri kawen kat negeri lain. 


Pengantin makan mewah oh! Rasa mahu join je dorang makan. Wohaaa.. Ada puding koktail...

Blurpppp... Aku kalo time hujan perut lapar. Mentedarah nasi kenduri sepinggan. Lepas kenyang semua ajak balik. Tinggal pengantin dan family dorang je.

Semua berdiri tegak. Nyanyi lagu Negara-ku



Okey. Dah selesai kenduri kawen.  Tata semua. 


Saturday, December 18, 2010

Saga kemalangan di hadapan rumah


Haritu kereta keluarga aku kemalangan lagi. Bukannya kemalangan di jalan raya. Tapi di hadapan rumah sendiri. Puncanya semua sama. Tak lepas nak masuk pintu pagar. Mula-mula aku yang meng-kemalangankan kereta tu. Masa tu aku bajet dah lepas ah. Tiba-tiba, terkena gate. Bajet calar siket je, keluar tengok lengkuk dalam jugak lah.




Sila rujuk gambarajah.



Kamu nampak tak kesan warna merah tu. Ayah dah tampung dah. Tu bekas kemalangan yang aku buat.



Lepas beberapa bulan kemalangan, mak aku pulak pergi langgar pintu pagar depan rumah. Masa tu aku ada sekali dalam kereta. Masa mak aku drive nak masuk gate tu aku bajet dah, ni mesti tak lepas ni. Memang komfem tak lepas. Mak aku langgar gate. Ayah aku ada dalam rumah masa kejadian. Dia duk kata,



“Ni mesti azi punyer keje gi langgar pintu pagar”.



Bila dia keluar, tengok-tengok bukan aku yang langgar. Bini dia yang langgar. Lagi teruk kali ni. Lampu signal depan pecah.





Kamu tengok, sape punyer keje lagi banyak. Mak aku atau aku?


Thursday, December 16, 2010

Bukan lemang hari raya

Semalam ayah ke Kemaman. Dia belikan lemang untuk kami. Kalau lalu jalan Kemaman pasti kamu akan nampak deretan gerai menjual lemang di kiri dan kanan jalan. Jangan lupa untuk singgah membeli untuk di bawa pulang.



Kalau makan lemang, bahagian mana yang paling kamu suka makan?




Aku suka bahagian yang hujung tu sebab dia lembik. Bukannya aku tak ada gigi nak makan. Cuma rasanya lagi sedap bahagian tu nak nak kalau masih panas. Pergh! Yummy..



Kalau rasa nak goreng, tak sedap goreng yang bahagian lembik tadi. Goreng bahagian sederhana dan keras. Kalau terasa nak makan lemang pada bukan musim raya, pergilah ke Kemaman cari lemang. ^__^”


Tuesday, December 7, 2010

Disaat aku mencintaimu Dadali Band

Kali ni nak share lagu best. Masyuk punyerr dan jiwang patah hati :(





Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,


Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….


Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….


Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,


Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

Sunday, December 5, 2010

Masa menggedik di musim hujan

Aktiviti masa lapang di kala hujan sepanjang masa.

Hye, ni azi dan wawa....







Dan yang last sekali




Gambar menggedik adik aku.