Thursday, June 17, 2010

Melancong di negeri sendiri-Terengganu

Sekarang sedang musim cuti sekolah. Ramai ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak mereka bercuti. Tapi ibu bapa saya sibuk bekerja walaupun musim cuti sekolah. Saya dan adik-adik terperap saja di rumah. Nasib baik ada teman istimewa yang datang ber-holiday di Terengganu dan memerlukan teman untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.


Oleh sebab saya mempunyai lesen memandu tapi tak reti bawak kereta terpaksalah saya bawa teman saya naik bas dan berjalan kaki sahaja ronda-ronda bandaraya. Ceceh, bandaraya lah sangat.






Ni namanya Bas Bandar. Sangat unik kerana dinding dan atapnya daripada kayu. Bas ni akan membawa kamu ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu. Bayarannya hanya RM1 sahaja.





Antara tempat wajib melawat adalah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Di sini ada monumen masjid-masjid negara lain yang saiznya dikecilkan. Bayaran masuk adalah RM15. Saya tak masuk sebab tak cukup duit. So, ronda-ronda je sekitar Masjid Kristal.





Destinasi seterusnya adalah Muzium Negeri Terengganu. Oleh sebab saya datang dah dekat pukul 5 petang. Muzium dah nak tutup sempat ronda-ronda dengan keretapi comel ni sekitar muzium. Bayaran naik RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.



Tiket untuk masuk tengok pameran dalam muzium Rm5 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak dan pelajar beruniform sekolah harga lagi murah.



Okeylah Setakat ini sahaja kita ronda-ronda. Kamu pula bercuti di mana yek? Melancong dalam Malaysia pon seronok. tak semestinya perlu ke luar negara.




Oh. Ni teman istimewa yang pertama kali datang ke Terengganu.




Sebelum pulang jangan lupa bawak pulang cenderamata untuk ahli keluarga. Tempat bagus dan murah untuk membeli belah di Pasar Payang. harga berpatutan.



Kalau masih tercari tempat menarik untuk ber-holiday, jemputlah datang ke Terengganu, Bandaraya Persisir Air.


Monday, June 14, 2010

Saling meonolong jiran tetangga mengadakan kenduri jimat daripada tempah katering



Musim cuti sekolah ramai yang buat majlis kenduri kesyukuran, aqiqah, bertunang dan berkahwin. Tak lupa juga pada kanak-kanak lelaki yang berkhatan. Ramai yang jemput ke majlis kahwin. Sampai mak saya pon jarang masak. Pergi makan kenduri je. Siapa yang tak ikut kamu masak lah sendiri.



Hari tu mak cik saya mengadakan kenduri. Saya bawak balik baju kurung sepasang je. Terpaksa pakai baju kurung zaman sekolah yang besar menggelebeh. Mak pesan pergi tolong buat kerja. Saya pon tolonglah basuh-basuh pinggan. Nak tolong masak mana saya reti.






Kalau di kampung kebiasaannya semua kerja jiran tetangga yang datang tolong memasak, kupas bawang, masak nasi, basuh pinggan. Tak payah susah susah tempah katering. Itulah yang akan mengeratkan lagi silaturrahim antara orang kampung dan saudara mara. Berbeza dengan cara di bandar.



Kepada kamu semua, Selamat ber-holiday bersama keluarga.



Thursday, June 10, 2010

Pencuri seluar dalam sudah dicekup

Align Center
Hobi pelik seorang lelaki berusia 39 tahun yang suka mengumpul seluar dalam dan coli akhirnya kantoi. Lelaki tu tinggal di kampung sebelah kampung saya. Dalam akhbar ada menyatakan dia mencuri seluar dalam di kawasan perumahan sekitar daerah Marang dan Dungun. Malah, emak saya yang bekerja di sekolah dekat rumah saya mendapat tahu lelaki tu pernah beberapa kali masuk ke asrama sekolah berkenaan. mencuri seluar dalam agaknya.



Setelah di soal siasat, lelaki tu gemar memakai seluar dalam perempuan sejak sekolah menengah lagi. Maakkk aiiiihh. Orang lelaki suka pakai boxer dia pulak suka pakai g-string.



Lelaki ni curi seluar dalam yang berjenama je. Yang beli kat pasar malam dia tak layan. Wohaaaa. Demand jugak lah elaki ni. Kisah ni ada dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Jun 2010.



Kepada mana-mana wanita yang ada kehilangan seluar dalam dan coli di sekitar kawasan Marang dan Dungun diminta tampil membuat laporan dan mengenalpasti barang milik mereka. Erkkk..kamu sanggup ke kata "Encik, yang merah itu seluar dalam saya". Alahai. Tak pelah, simpan je la bang oi buat koleksi.


Monday, June 7, 2010

Meseg peperangan Israel



Sejak berita tentang peperangan di Gaza, beberapa kawan telah forward meseg minta di bacakan beberapa potong ayat dalam beberapa buah surah seperti Surah Yunus dan Surah Al-Fath. Mungkin kamu juga mendapat meseg yang sama dengan saya.


Pada pendapat saya tak ada gunanya kalau kita main forward sahaja meseg tetapi tidak berdoa dan membacakan surah tersebut. Minta pertolongan daripada Allah bukan berharap dengan meseg yang di forwardkan.


Apabila saya balas meseg seorang kawan dengan pendapat itu dia membalas,


“Kau tak pernah tengok berita ke? Kat bumi Gaza tu dah bermandi darah apa lagi yang kita boleh buat. Kau boleh ke pegang senapang perang kat sana? Kalau aku orang yang nak hantar aku sanggup tolong sama perang sanggup mati”


Nampaknya pendapat saya silap. Ramai yang sanggup berkorban demi Islam. Sama-samalah kita berdoa agar peperangan itu dapat dihentikan. Allah sedang menguji kita wahai umat ISLAM. Sedarlah….


Friday, June 4, 2010

Satu penghargaan buat blogger dan silent readers


Setelah berkecimpung dalam dunia blogging lebih daripada satu tahun saya berasa saya mahu memberikan satu penghargaan dan tanda terima kasih saya buat kamu semua yang sudi follow saya dan membaca segala entry saya yang tak seberapa ni. Silalah ambil sijil penghargaan yang direka sendiri oleh Shazika dan sudi-sudikalan tempek kat blog kamu yek.




Okey. Kamu save gambar ni pastu upload kat belog kamu eh. Harap kamu sudi terima penghargaan saya. Emmm. Terima kasih kerana melayan saya dengan baik selama saya ber-blogging. I LOVE U..!!


Nak gitau kamu. Blogging is sooooo interesting than facebooking.