baju raya kamu kaler apa tahun ni? berapa pasang? aku punyer sepasang je kot. mak aku yang bagitahu cenggitu. tahu mak saja cakap gitu kan. tak mahu aku excited beraya macam lah usia aku masih muda sangat nak beraya sampai 5-6 pasang. 19 tahun muda lagi ah. lagi 2-3 tahun boleh lah nak kahwin kan. cehceh, gatai kamu ye shazika.
memang suprise kejutan gampang giler ah baju raya aku tahun ni. hari ni nak raya baru dapat tengok. annoying kan treat aku macam sampai tahap ni. ni mesti mak aku ambil ukuran baju yang lama-lama. kompem gedabak besar baju aku. mak masih tak dapat terima hakikat bahwasanya anakandanya ni dah shrink tak macam dulu lagi. sight (T__T)
tema kaler baju family aku tahun ni oren nak macam cokelat gitu. yang ni pon mak aku yang cakap. bukan aku. giler kau tak dapat imagine lagi ni rupa paras baju raya aku. (~~.") terasa mahu esok terus raya nak tengok baju raya. hahahaha
tak sampai seminggu puasa dah nak terus raya. apa yang pasti, semakin dewasa semakin sikit jumlah duit raya terkumpul. dulu aku ngan adik-adik akan berjalan satu kampung sapai ke kampung sebelah pergi kutip duit raya. pernah jugak konvoi ngan anak-anak jiran tidak kurang dari 20 orang pergi serbu dari rumah ke rumah. syioookkk woh.
semua tu kenangan je lah sekarang dah tua bangka gini hari raya tinggal di rumah hidang juadah untuk tetamu.
ni buat tatapan yang rindu kat i. chow dulu yek. daaaaa



oh..ramainya yang rindu i rupanya. tadi tak nak ngaku. ewah
