Tuesday, December 6, 2016

sisters



Assalamualaikum....

Ramai orang cakap ada adik beradik pompuan ramai ni best tapi bagi aku ada yang best ada yang tak best jugak. Kali ni aku nak share kehidupan aku yang ada ramai adik pompuan.


Pros

1. Kalau balik kampung tak bawak balik baju banyak pon tak pe sebab boleh rembat pakaian adik adik jer. Tapi sendu sket la sebab kami semua tak sama saiz. Yang mana muat je aku boleh pinjam. Kenkadang kalau berkenan rasa nak bawak balik hostel aku rembat dulu buh dalam beg nanti dah sampai hostel baru aku mesej 'aku rembat baju mung ni..hehehe'


2. Dalam kalangan kami aku antara yang old fashion dan tak up to date sangat bab bab penampilan ni. So kalau nak keluar girls day out nanti dorang akan tolong stylo mylo kan shawl aku. Kalau ikutkan aku lagi suka bawal jer. Kenkadang kalau nak match pakaian tudung ngan baju aku tanya lah dorang. Kalau aku rasa jawapan dorang tak puaskan hati aku..aku akan gi tanya ayah. Kalau ayoh kata okey baru aku rasa konfident nak pakai.


3. Setiap dari kami ada keebihan masing masing la. Ada sorang pandai masak, ada yang tak rajin kemas rumah tapi kalau mood dia okey gerenti rumah akan kemas, ada yang memang tugas jemur baju akan suruh dia walaupon orang lain yang basuh. Tapi selalunya sebelom nak buat keje tu kompem bertekak dulu la masing masing. Kasi ayat deep sket baru keje jalan.


Contoh ayat deep nak mintak tolong adik adik. "Amboii tak mbuh tolong aku. Ingat sket dik sape tolong basuh berak mu masa kecik kecik dulu" terus gi buat keje.


Cons

1. Aku listkan yang pertama kalau nak keluar girls day out bab bersiap lamaaa gilerrrrr. Contoh kalau plan "okey..nanti pukul 9 kiter gerak gi bandar". Masing masing kena kerahkan sesama sendiri untuk pergi bersiap. Time tula nak berebut toilet, time tula nak berebut baju berebut shawl dan berebut guna iron. Kalau keluar ngan ayoh..ayoh siap buleh tido dulu sementara tunggu anak anak dara bersiap. Dan kompem takkan sharp keluar pukul 9.


2. Ada beradik pompuan ramai ni masing masing nak konker bilik sendiri. Selalu yag jadi pemilik bilik Adalah kakak kakak. Tapi yang lagi kesian adik lelaki lah tak de bilik. Hahahaha. Since dia form 1 mak aku masukkan dia ke hostel cuma bila balik cuti dia kena tido luar or kenkadang kasi la can tido dalam bilik pastu yang pompuan tido luar ramai ramai sambil layan drama korea.


Time cuti sekolah jerla riuh rumah ni. Bila masing masing dah balik hostel balik tempat kerja sepi kejap. Tula pros n cons beradik pompuan ramai ni.

Pengalaman pertama masuk hospital



2 minggu lepas, aku balik kampung cuti sekolah Seminggu pertengahan penggal kedua. seminggu sebelum tu aku pergi jaga UPSR. Habis je jaga kami pengawas UPSR terus turun ke bandar dan balik kampung. Flight aku hari sabtu pagi. Malam jumaat tu aku sempat lagi ngan gumbiranya berGDO ngan kawan-kawan yang sama sama mengawas exam.



Kami pergi window shopping, pastu main boling lawan acah acah wakil sekolah masing masing pastu tengok midnight movie citer Train To Busan.


Sampai je Ganu petang sabtu tu aku sihat walafiat lagi. Start lepas maghrib aku rasa lain macam je lemah badan pastu rasa nak demam. Makan pon aku tak lalu. Keesokan harinya badan aku makin panas sampai mata pon rasa pedih. Ayoh ajak aku gi klinik tapi aku tak nak sebab kat umah dah ada ubat demam. Lagipon aku malas nak tunggu turn lama lama di klinik pastu jumpa doktornya sekejap je. Sarkastiknya aku kan.


Selalunya masa aku berjauan dari family aku handle sendiri je bab sakit demam ni. Rehat minum air banyak banyak tapi jarang aku telan ubat pastu nanti baik la ngan sendirinya. Tapi demam kali ni lain macam betol. Even aku minum air makan ubat pon still tak kebah demam aku. Makin worst jadinya. Makan tak lalu makin lemah siap muntah muntah.


Malam tu ayoh bawak aku gi klinik. Menggigil gigil cerita kat doktor pastu doktor kasi inject ubat tahan muntah. Lepas keluar dari bilik doktor terus aku termuntah. Sempat la aku gi toilet. Hurmmm melayang 80 hengget dapat ubat macam macam. Yang aku makan ubat demam je.


Keesokan harinya dH hari senin. Tak jugak baik demam aku. Ayoh siap basahkan kepala aku ngan air kangkung sebb badan makin panas. Malam tu family paksa aku gi hospital tapi aku tak mau sebab selalunya demam aku tak lama nanti baik sendiri. Dah tengah malam aku jadi makin worst. Terus aku rasa kena gi spital ni. Ayoh bawak aku gi hospital Hulu dia tak bawak ke hospital bandar sebab kompem ramai. Kat hulu kurang sket orang.


Sampai jE hospital aku tunggu giliran  dalam kereta je. Adik aku yang uruskan pendaftaran. Bila nama aku dipanggil baru aku masuk dalam. Tu pon dah pukul 2 pagi. Doktor soal siasat aku pastu cek suhu, tekanan darah semua. Giler tinggi suhu 38! Doc suspek aku denggi atau kencing tikus. pastuaku kena masuk air dalam badan. Kasi aku makan ubat demam. Pastu masukkan jugak ubat gastrik dalam badan. First time dalam hidup aku kena masuk air. Dah tangan serabut ngan wayar kena pulak pergi amek air kencing.


Ohoii cemana nak kencing ngan wayar air bagai ni??


Pedih rasa kena masuk tiub ni. 


Renyah nyer aku rasa time tu. Pastu cuak bila tengok darah masuk dalam tiub salur air tu. Ahh sudah. Cemana ni?


Pastu aku pon tertidur je kat bed hospital tu. Sedar sedar bila adik ngan ayoh kejut aku gitau dorang nak balik dulu. Dah subuh dah. Ayoh tanya doktor tadi gitau aku kena tahan ward. Dorang balik dulu la nanti siang datang lagi.


Huaaaaa..! Jangan tinggal kiter sorang!


Lepas air dalam botol tu habis aku ingatkan dah boleh cabut wayar tu. Sekali nurse gantikan ngan botol air baru laaaa.. alahaii.. pastu aku dibawa naik kerusi roda dan ditolak masuk kedalam ward. First time woooo naik wheelchair. Dok tau nak sukaang atau nak sedih time tu. HAHAHAHHA.. aku dapat katil hujung sekali. pastu nurse datang bagi penerangan dan tolong aku tukar pakaian pakai baju hospital. Bukan aku tak boleh nak pakai baju sendiri cuma wayar air tu yang kacau. Kang tercabut wayar tu tak pepasal kena cucuk lain.


Aku rasa macam renyah giler nak kena bawak wayar air tu kemana mana. Gi solat pon nak kena bawak. Aku solat duduk atas kerusi je. Nasib dah pernah praktis solat orang sakit time eksiden motor dulu. Lepas solat aku gi basahkan badan je sebab aku datang sehelai sepinggan. Henfon pon aku tak bawak. rasa bertenaga sket lepas mandi.


Darah dah masuk dalam saluran air. 

Siap mandi ala kadar tu kami diberi sarapan mee goreng ngan air teh. Aku makan beberapa sudu je sebab tak lalu makan walaupon mee tu sedap. Tak lama lepas tu aku rasa lain macam je. Badan aku rasa sejuk gilerrrr dan mula menggigil gigil sampai menggeletar seluruh badan dan terkacip kacip gigi. Pada masa tu aku pikir aku nak mati dah rasanya. Mungkin malaikat maut sedang mencabut nyawa aku. Aku cuba calm down dan bernafas ngan normal tapi nafas aku mendengus dan bernafas ngan laju giler.


Seriusly aku cuak!


Tak pernah selama aku hidup sendiri ni kena demam sampai teruk macam tu sekali.


Aku minta tolong penjaga katil sebelah panggilkan nurse. Dia pon cuak tengok aku menggeletar sensorang atas katil tu. Nurse pon datang bawak selimut satu lagi dan selimutkan aku ngan 2 selimut still aku menggeletar kesejukan sampai cramp kaki dan otot perut. Nurse tolong urut urut kaki aku sebab dah cramp dan gitau demam aku datang balik suhu makin naik masa tu.


Patutlah aku menggeletar macam orang kena sawan. Aku syak mungkin suhu time tu tinggi giler sampai 40 agaknya.


Lama jugak la aku meggeletar tu sampailah aku tertidur. Bila bangun tengok rasa lamanya masa berlalu. Dalam otak pikir macam macam. Aku okey je baring atas bed hospital. Aku anggap macam duk hostel jela. Baring tenung syiling tengok keluar. Nasib dapat katil hujung sekali tepi tingkap.


Tak lama lepastu mak aku datang ngan barang barang dan makanan. Eh eh tetibe ayoh plak muncul kat tepi tingkap ngan adik aku. Disebabkan bukan masa melawat kan so mak aku jerla boleh masuk. Ayoh tengok anak dia ni dari tingkap jerla. Lepstu ayoh balik tinggal mak untuk jaga aku.


Bila mak aku datang bawak barang mandian semua barulah aku boleh g mandi. Sekali aku tengok orang keluar tandas ada yang tak bawak wayar  botol air pon. Ngam pulak katil aku tu dekat ngan tandas dan surau. Boleh usyar orang lalu lalang.  aku pon apalagi dah tau boleh cabut wayar terus mintak nurse buat macam tu jugak. Nurse tutup saluran darah tu ngan penutup dan buang sekejap tiub air.

YAHOOOO!

Aku rasa lega sekejap. Doh bakpe dok kabor boleh buang gitu masa aku tukar baju dan solat pagi tadi. Takde la terkial kial aku nak jaga botol tu  pastu cuak plak darah keluar masuk tiub. Gi mandi mak aku tolong jugak. Baju hospital ni besr menggelebeh pastu dia bagi kain. Bukannya seluar. Tak pandai aku nak ikat cemana kasi kemas sebab kain tu besar. Aku buat asal tak londeh sudah la.


Kena bawa botol ni kemana mana

Tak lama lepas tu nurse datang ambil darah, cek suhu pastu ambil tekanan darah dan oksigen. Hurmmm rendahnya. Pastu kasi aku makan ubat. Masukkan antibiotik melalui saluran tiub air. Masa antibiotik tu dicucuk aku boleh rasa ada something masuk dalam salur darah aku. Pedih la jugak rasa dia. Pastu doktor pulak datang. Cantik dan ayu doktor ni. Muda lagi. Sekali lagi kena soal siasat.


Aku rasa sume nurse kat ward tu tahu aku ni cikgu dari pedalaman sarawak. Kalau dorang datang rawat aku mesti ada je tanya pasal sekolah. Bila aku citer mesti reaction dorang wohaaaa! Unbelievable. Cenggitu la rupanya.



Duduk kat katil lepak lepak ngan mak aku sambil pikir punca aku jadi gini. Kalau betol kena kencing tikus..aku tatau mana datangnya sebab seminggu sebelum cuti aku gi jaga upsr kt sekolah lain tinggal di sana 5 hari. Pastu singgah bermalam pulak kat sekolab lain lagi yang jadi pusat bilik kebal. Sebelum balik ganu kena singgah lagi kat miri semalaman. Pokoknya aku sihat walafiat pada waktu tu dan terus jatuh sakit beberapa jam lepas sampai ke rumah di ganu.


Petangnya pulak family aku datang melawat. Riuh la dalam wad tu. Tapi aku tak larat giler nak bersembang lama. Aku baring je pastu tertidur. Mak aku la layan family family yang datang. Malamnya pulak adik aku take turn jaga. Sebelom sebelom ni aku banyak dengar cerita scary berkaitan hospital. Bila dh rasa sendiri aku rasa macam duk hostel jer. Tidur nyenyak la jugak. Adik aku pon berhimpit jugak naik tidur sekatil ngan aku. Tak sanggup plak aku nak bior dia tidur kat kerusi.



Esoknya awal awal pagi lagi nurse mai kejut aku untuk cek suhu, tekanan darah , masukkan antibiotik dan ambil darah. Suhu masih tinggi dan tekanan darah rendah sangat. Sampel air kencing pon diambil jugak. Aku masih tak lalu makan pada hari ni. Masih lemah. pada waktu melawat family datang dan ada yang take turn jaga aku.



Dah khamis aku still di hospital melalui rutin yang sama. Kali ni nurse masukkan antibiotik baru. Aku dapat rasa kelainan dia bila nurse cucuk wayar tu terus aku tanya. Mungkin antibiotik baru ni lagi power kesan dia sampai kencing pon bau antibiotik.
Petang tu nurse datang check jantung. Letak wayar wayar di dada aku dan ada satu mesin bacaan. Mungkin jantung aku lemah sangat sebab setiap kali ambil tekanan darah mesti bacaan rendah. Dalam kepala aku duk pikir adakah virus dah serang jantung aku?


Hari jumaat still di hospital. Aku mulai bosan. Buku yang adik aku bawak pon dah habis aku baca. Keep wondering bila aku dapat balik rumah. ? Teruk sangat ke penyakit aku ni? esok dah sabtu. Flight aku untuk balik Sarawak. Aku dah inform GB dan warga sekolah aku tak dapat balik  pada masa yang ditetapkan. Ntah bila aku dapat balik bertugas. Cuti sekolah seminggu tak sempat aku nikmati. Hanya dihabiskan di hospital jer.


Kena makan 3 jenis ubat ni sepanjang di wad. Yang air dalam cawan tu paling aku tak suka. Huhuhuhu..seksanya makan ubat.



Pagi jumaat tu aku tanya lagi doktor bila aku boleh balik. Doktor pon tak pasti lagi. Kena tunggu result darah keluar dulu. Pagi tu mak aku pulak take turn jaga menggantikan adik aku yang nurse. Balik bercuti tapi kena jugak datang hospital jaga kakak. Malam tu adik aku citer dia ada dengar nurse sembang guna bahasa hospital dia faham la istilah istilah dorang. Gitau aku mungkin positif kencing tikus. Terus malam tu tak lena tidur aku. Hahahahaa..


Pakat gantung botol time gi bersembang ngan pesakit pesakit dalam wad tu. Dah kena usung sekali kan. 


Habis 1 buku ni aku baca. Bosan giler dalam wad. Dah la tv tak on.



Kembang tangan aku masuk air. Pastu nurse cabut wayar pasang kat tangan kanan plak. Sepanjang duk sana 3 tempat kena cucuk masuk wayar air. Kalau tak silap aku 8 botol kot air masuk dalam badan. Merasalah aku gemok sebetar. Badan mengembang. 





Tengah hari jumaat nurse bawak berita gumbira gitau aku dah boleh balik. Yahoooo! Terus aku call ayoh suh mai ambil lepas solat jumaat. Mak pulak settlekan GL aku untuk urusan bil hospital. So dah guna GL dapat FOC jela. Baru aku tahu betapa pentingnya kakros selalu suruh updates HRMIS. boleh dapat GL melalui HRMis.


Leganya aku rasa bila wayar air dah cabut. Tak perlu lagi makan ubat hospital. TapI antibiotic still kena makan sampai habis. Kalini bukan melalui wayar air tapi pil.bapak besar pil tu. Aku makan siap potong 4 lagi. Tak celuih aku nak makan 1 biji sekaligus. Yang tak bestnya makan antibiotik ni bila kencing bau kuat sangat antibiotik. Kena makan setiap 8 jam.

Aku bersyukur sangat sangat sangat sebab jatuh sakit time aku berada di ganu. So family ada untuk jaga aku. Family ada untuk datang melawat aku. Family ada untuk teman aku di hospital. Bayangkan kalau aku sakit di pedalaman. Cemana aku nak gi hospital, siapa nak jaga aku nanti, siapa nak tolong teman, dan macam macam lagi. Allah maha adil kan.

Sepanjang duk hospital banyak perkara baru aku belajar. Dah nama pon 1st time ke masuk wad so kalau aku curious about something aku akab terus tanya nurse. Bagus betol semua nurse kat hospital ni. Cucuk salur darah aku pon tak silap dan tak menyakitkan. Pastu layan soalan soalan aku. Pokoknya okeylah nurse hospital ni.

Lagi 1 nak pesan kalau sewaktu sakit kalau korang masih waras please la gi solat. Ada beberapa cara solat orang sakit. Kat hospital aku masuk tu ada disediakan ruang solat dalam wad dan ada risalah cara solat orang sakit.

Lepas keluar dari hospital family aku sangat tekankan soal minum air masak banyak banyak dan kurang minum ais. Setiap kali kencing aku akan make sure air kencing aku jernih.kalau tak maksudnya aku kurang minum air lah tu.

Tu jerla pengalaman aku nak share semasa aku masuk spital. Tak sanggup dah nak masuk lagi.