Assalamualaikum...
Pernah jugak beberapa kali rumah kami black out pada waktu malam. Nasib baik waktu malam di LJ ni sejuk kiranya kalau tak pasang kipas pon tak pe masih boleh tidur. Cuma rasa sunyi sepi la tanpa bunyi kipas.
Pernah suatu malam, seluruh sekolah tak de letrik. Waktu tu jugak hujan renyai renyai dan kedengaran bunyi serangga, bunyi katak dan anjing menyalak..mungkin sedang mengawan.
Dalam pukul 3 pagi macam tu tetiba aku dengar sesuatu mencakar cakar dinding..dekat betol ngan telinga aku ni..ah sudahhh.. dalam hati dah cuak dah ni. Mulut terkumat kamit baca ayat ayat quran.. dah lah sunyi sepi jadi bunyi cakaran tu jelas kedengaran.. aku beranikan diri ketuk dinding dengan harapan bunyi tu hilang. Tapi tak. Dia stop kejap je pastu datang balik bunyi tu. Dah lah esok aku ada kelas awal pagi.. naya aku macam ni kalau tak dapat tidoq.. aku alih posisi tidur menjauhi dinding dan tutup telinga ngan bantal. Nak tak nak aku kena jugak tido malam ni dan aku terlena sampai subuh.. legaaa..
Keesokan malamnya letrik dah berfungsi macam biasa. Sekali lagi aku terjaga tengah malam terdengar bunyi cakaran..kalini aku tengok jam dah pukul 4 lebih macam tu.. aku ketuk ketuk dinding. Tak pedulik dah aku kalau kaksa kat bilik sebelah terjaga. Namun bunyi tu hilang sekejap jer. Dan sampai ke siang aku tak boleh tidur.
Lepas solat subuh aku rajinkan diri gosok baju sementara tunggu turn nak mandi..time aku tengah iron baju tu tibe tibe dengar bunyi cakaran tu. Otak aku ligat berfikir camne nak kasi settle bunyi tu..kalau lama lama dibiarkan aku takut nanti tembus dinding bilik ni kang. Aku pon ambik iron yang panas tu tekapkan ke dinding. Bukak kepada suhu paling maksimum dengan harapan benda yang dalam dinding tu akan kepanasan. Tudiaaaa..sampai melekat bentuk iron kat dinding tu dek kerana panas sangat.
Aku duk risau beberapa hari nanti aku akan gi kursus. Takut pulak nanti benda tu rancak duk cakar dinding tak pepasal balik dari kursus nanti tengok dinding dah berlubang. Alhamdulillah lepas je aku panaskan dinding tu adegan cakar mencakar tu dah tak muncul..
Sampai sekarang aku tak tau haiwan apa duk cakar cakar dalam dinding tu..
No comments:
Post a Comment