Tuesday, March 22, 2016

Slang

Assalamualaikum


Kalini nak cerita pasal slang. Berada di banyak negeri dan bergaul ngan ramai kawan dari negeri negeri lain buat aku terpengaruh untuk terikut loghat dorang.

Ada 1 kisah masa aku gi kelantan masa cuti sekolah aritu. Aku gi kedai runcit kat stesen minyak.

Azi: ada topap ka sini? (Slang sarawak)
Pekedai: ada

Lepas bayor member aku mai tegur.

Kawan azi: doh bakpe mung cakap sarawak ngan dia.
Azie: eh..yeke?? Dok sedor pulok aku..

Dah la aku kat kelantan masa tu..koya lah kalo aku cakap luar. Adoiii...

Dah balik sarawak pulak. Lain pulak jadinya. Aku nak beli barang kat shopping mall tanya la kat pekerja situ..


Azie: sini ada ke jual polisterin putih?
Pekerja : aderrrr (orang sarawak dia ni) nak berapeee?
Azie: se je.
Pekerja : se?
Azie : eh..satu je
Pekerja : orang semenanjung kerr?
Azi : haa aaa..


Eh dia ning...


Itulaaa..lain tempat lain bahasanya.. tapi aku sokmo kena berhati hati masa bercakap bila balik ganu kena set mind.. jangan koya cakap luar ngan ahli keluarga dan kawan kawan ganu. Nanti tak pasal pasal kena bahan..

Saturday, March 19, 2016

Seat belt

Assalamualaikum..

Sokmo aku perhatikan ramai manusia bila drive kereta mereka tak suka pakai seat belt. Kalau alarm kereta bunyi dorang akan pasang seat belt tapi sangkut ke belakang. Pastu bila tebgah tebgah jalan ada roadblock or nampak polis cecepat tarik seat belt.. kannn....


Aku ada 2 kisah benar terjadi kat family sendiri pasal tak pakai seat belt..


Kisah 1

Peristiwa ni berlaku masa aku belajar di emaresem lagi. Sokmo aku ulang alik dari kedah ke ganu ngan bas jer. Boleh kira ngan jari je berapa kali balik naik kereta ngan family. Satu hari aku balik ganu naik bas bertolak malam dari kedah. Sampai ganu sebelum subuh. Sampai jer stesen bas terus cari public fon call ayah suh mai ambil. Masa zaman belajar aku tak de fon.


Tunggu lah aku dan kawan kawan di stesen bas menanti parents masing masing mai.. lepas sorang demi sorang kawan kawan dah balik. Tinggallah aki sensorang. Adoii.. lama pulak ayoh ni. Gi public fon sekali lagi call.


Ayoh gitau tak dapat mai ambil ada kat hospital nanti maksu mai amek. Wohaaa! Parents aku eksident otw mai amek aku. Ada hilux langgar dan kepala mak ayoh terhantuk pada cermin depan sampai retak cermin. SEBAB TAK PAKAI SEAT BELT. teruk jugak la perlanggaran tu sampai stereng tercabut.


Keadaan mak aku.. dahi bengkak macam ikan flower horn. Ayoh plak ada habuk habuk kaca atas kepala tapi tak banyak sangat sebab ayoh pakai kopiah masa tu.  Alhamdulillah semua selamat.


Kisah 2

Peristiwa ni baru berlaku beberapa hari yang lalu masa aku balik cuti sekolah. Pagi pagi lagi kami menerima panggilan talifon gitau su ani meninggal sebab eksiden. Kes nya suami su pandu kereta pukul 3 pagi di LPT dan maybe mengantok tak nampak lori kat depan dah nak dekat dengan lori maybe baru dia tersedar dan terus brek mengejut. Su yang tak pakai seat belt terhantuk ada kesan luka di hidung dan patah tengkuk meninggal di tempat kejadian. Tak de pape luka pon di badan dan kereta tak teruk. Suami patah kaki dan anak dia tak de pape kecederaan.


(Al-fatihah untuk arwah su ani)


Sejak dari peristiwa parents aku lagi dah jadi tabiat semulajadi aku untuk pakai seat belt kalau berada di bahagian depan. Readers sekalian, jangan rasa rimas nak pakai seat belt neh.. itu untuk keselamatan kita semua. Semoga kisah kisah ni jadi peringatan pada kita semua.


Friday, March 4, 2016

Letih

Assalamualaikum..

Sejak bekerja ni..rasa letih dia tu boleh buat sakit kepala berdenyut denyut. Kalau masa belajar letih badan dan otak.. ni bila dah ngajor letih otak. Badan tak de letih sangat.

Pernah aku ngadu letih nye lahai keje mengajar ni. Sekali aduan tu dibalas dengan balasan dari my bro ajim wat iols terus tersentap..katanya..

"Syukur lah tu keje 7 pagi sampai tengah hari. Orang lain keje pagi sampai pukul 5 petang".

Betol jugak tu bro.. tapi kenkadang aku keje sampai malam terutamanya hari rabu dan khamis. Sebab ada kelas tambahan. Kalau khamis memang aku letih tahap gaban lah.. pagi sampai tengah hari ngajor, petang persatuan, malam pulok kelas tambahan. Balik rumah lepas solat isyak terus pengsan..

Pokoknya..setiap orang bekerja ada lelah dan penat masing masing.. kenkadang kita kena jugak bersyukur..kalau kita rasa kita susah, ada lagi rupanya orang yang susah. Kalau kita rasa kita letih, ada lagi rupamya orang yang letih.

So sekarang masoh dalam fasa mengawal keletihan. Ayuhlah berehat sampai tertidur.. 

Wednesday, March 2, 2016

Review buku: Head with serban

Assalamualaikum...

Hye...aku ada satu buku best nak share ngan kamu. Penulisan dalam buku ni sempoi jer dan kenkadang semasa aku baca adalah jugak tersentap secara halus. Bagus jugak ada sentapan macam tu kasi kita sedor siket.

Tajuk:  Head with serban.
Penulis: Najmi nawawi
Harga: rm20
Sinopsis siket:
jangan sibuk nak 'bergetar tulang rusuk', kalau subuh pun kena kejut sampai 'bergegar tiang rumah'.


Hahahahaha...
Ohya!

Suatu malam aku bacalah buku ni. Sedang aku baca tu sampailah satu muka surat ni.

 Tersentap ahkak wokeyyy... terus sedor diri sebab lama dah tak baca almulk. Dulu masa kat hostel sokmo baca bersama sama siap ingatkan kawan kawan yang lain dan lead. Tapi sekarang tak de sape nak ingatkan terus dah tak istiqamah. Siapa lagi nak ingatkan kalo bukan diri sendiri.

Terus aku pi amek wuduk baca almulk. Sebab takut nanti mati dalam kubur duk sensorang takde sape nak teman.

Sadis kan..