Thursday, July 17, 2014

Berbuka puasa beramai-ramai


Assalamualaikum..

Harini kat ada majlis berbuka puasa perdana. So harini jimatlah tak perlu membeli makanan. Semua pergi makan kat dewan. Memang setiap tahun kat maktab akan buat majlis berbuka puasa perdana. Yang wajib pergi adalah budak asrama. Yang tinggal kat luar digalakkan hadir.


Tadi aku pergi dewan lewat siket. Balik sekolah dah lewat pastu tido sampai petang. Letih oi harini buat projek mengecat kat sekolah. Hasilnya nanti aku citer bila dah siap. Sekarang masih in the making.



Sebelum berbuka puasa kita ada majlis tadarus al-quran dulu. Sepanjang bulan puasa ni kami dibahagikan mengikut kumpulan usrah. Setiap kumpulan usrah perlu habiskan tadarus satu juzuk bersama-sama. Mula dari juzuk 1 sampai 30. So, harini kiranya majlis khatam al-quran bersama-sama. Memang setiap tahun ni aktiviti wajib bersama ahli usrah. Oh ya! Tahun ni group usrah aku semua semester 8. Sempoi siketlah aktiviti usrah nyer sebab masing-masing bizi final sem.

 Dah nak masuk waktu berbuka dah. Semua pakat beratur nak ambil makanan. Yang lelaki ambil makanan kat luar dewan. Panjang beraturnya nasib baik semua sempat. Harini makan nasi beriyani pastu kuih-muih. Tadi ada cream puff sedap giler. Cicah pulak ngan sos karamel. Sempat lah makan sebijik sorang. 


Get ready untuk berbuka. Amna duk wat candid baca doa nak berbuka padahal lambat lagi azan. 


Sudah semua habes makan, barulah solat maghrib berjemaah dalam dewan. Pastu sambung teraweh. Ni ramadhan last lah aku berbuka bersama-sama. Saje update. Nanti dah tua boleh ushar balik memori lama masa bergelar student kan....hihihi =)



No comments: