Thursday, August 22, 2013

Mana satu nak buat ni?


Assalamualaikum....

Lepas je habes cuti berhari raya, sekarang masanya untuk fokus kepada urusan-urusan di sekolah pulak.
Masa cuti semangat jer bawak balik asignement dengan harapan nak buat masa cuti tu.
Tapi..............

Tinggal harapan jer lah.

Bila dah start sekolah ni macam-macam benda nak kena buat. Aku masuk kelas satu hari satu jam jer dan satu kelas jer tapi preparation sebelum masuk kelas tu yang ambil masa lama satu hari satu malam nak kena prepare dan kengkadang sampai tak tidor. Kalo tido pon mesti dekat-dekat pukul 3 pastu bangun balik sebelum pukul 6. Pukul nak 6.30 nak kena gerak gi sekolah dah.

Apa yang lama sangat aku prepare tu?

1. Rangcangan pengajaran. atau kami panggil lesson  plan. Nak kena pikiaq aktiviti-aktiviti yang best nak mengajar masa dalam kelas nanti. Takkan nak masuk kelas cakap "okey, keluarkan buku teks. Buka muka surat 58 dan baca kemudian jawab soalan dalam tu". Kompem bosan!

2. Nak kena setelkan folio bagi cantik dan kemas. Sekarang aku nak kena organize balik fail ni. Setiap kali lepas kelas kena buat refleksi, tulis jurnal setiap minggu, tengok sukatan pelajaran pikir aktiviti dan macam-macam lagi.

3. Sediakan bahan bantu mengajar. Untuk bagi budak rasa syok belajar dan dorang sume terlibat dalam kelas kena lah sediakan BBM yang seronok. Kenkadang nak kena cari video, buat kad perkataan dan kalo nak mudah pakai power point jer. Dan lagi satu kena cipta soalan-soalan lembaran kerja. Ni semua otak mesti mau kreatif ooooo.

 Pukul 2 pagi aku ambil gambar ni. Ni lah ruang kerja aku setiap malam. Printer, semua kertas warna liptop semua kat situ. Senang.


Orang luar selalu kata SENANGNYER JADI CIKGU!

Realitinya... indah khabar dari rupa je kak oi.
Nak jadi cikgu betol-betol berkualiti memang kena buat pengorbanan yang besar dari segi masa dan juga kewangan.

Orang kata: Bestlah cikgu boleh balik awal. pergi sekolah 7.30 pagi balik 1.30 petang. Orang kerja pejabat balik pukul 5.00 petang. 

Realitinya: Cikgu keluar awal pagi sebelum pukul 7.30 dah kena ada kat sekolah. Kadang-kadang balik lewat sebab ada aktiviti kokurikulum. Cikgu mai sekolah bukan hanya mengajar tapi dan macam kerani jugak. kena key in data murid, tanda buku latihan, ada macam-macam program lagi seperti protim dan pbs. Kalo nak citer memang banyak. Ini realiti. Tu baru kat sekolah. Balik rumah kena uruskan rumah tangga pulak. Yang mak mak tu nak kena masak, mengemas rumah dan jaga anak. Adoi!...Tak sanggup nak bayang masa depan aku cemana nanti.


Tu kisah pasal realiti kehidupan dan kerja cikgu kat sekolah. Sekarang kisah aku pulak. Sejak masuk sekolah lepas cuti aritu sampai ke hari ni setiap malam aku tidur selepas pukul 3 pagi pastu bangun balik pukul 5.30 pagi. Aku hanya tido beberapa jam jer sebab nak setelkan lesson plan dan bbm.

Arini aku kena observe ngan guru pembimbing. So far so good. Esok aku kena observe ngan pensyarah pulok. Emmm saaangat not so far not so good sebab.....

ESOK AKU KENA SUBMIT 2 ASSIGNMENT(!)

aku buntu nak setlekan pasal observation atau assignment?

dua dua penting untuk dapat pointer tinggi. So aku plan lepas ni aku touch up fail, siapkan bbm dan soalan latihan pastu malam baru pulun buat assignment berkumpulan. Yang individu hantor senin jerlah.


pi es: aku rindu nak tidor awal. At least before pukul 1 pagi pon dah syukur rahmat dah (T____T)~

3 comments:

Mysara Ab Rahman said...

tu la slalu dgr rmi prg ckp jd ckg senang

Lelaki said...

2 pagi amik gambar yer...mcm seram.

Aimacomel said...

betul.. bestnya jadi cikgu =)