Tuesday, August 27, 2013

Instagram Shazika

Assalamualaikum..

Orang dah lama dah up ngan instagram.
aku baru nak join menda alah ni. 
 


Do follow mine yaw! (^_^)~


Monday, August 26, 2013

Token kawal tingkah laku budak

Assalamualaikum..

Macam mana nak behave kan budak seramai 29 orang dalam satu masa?
Perkara pertama aku buat pada hari first aku masuk kelas
Bagi PERATURAN KELAS
Antara peraturan yang aku bagi then murid-murid semua kena setuju
nak tak nak dorang mesti ah kena setuju ah kan..
aku kan cikgu =p

1. Jangan bising
2. Bila cikgu cakap PERHATIAN, semua mesti duduk sedia. (duk lek lok lah nak belajar)
3. Kalau nak jawab atau tanya soalan kena angkat tangan dahulu.
4. Mesti bawak buku teks dan buku latihan
5. Siapkan kerja sekolah (tapi selalunya aku tak bagi kerja pon)

Lepas semua setuju aku suruh dorang baca ikrar ramai-ramai.
Kenkadang aku sedih jugak.
Aku ulang PERHATIAN! dorang wat donnoe jer..
hampeh betoi la dorang ni..

Cara yang kedua: Bagi token

Ni token untuk kelas 4 Intan.
Dorang kena kumpul diamond sebanyak mana dorang nak.
Pastu nanti cikgu bagi hadiah ikut diamond yang dorang dapat.
5 diamond: satu batang pensel kayu
10 diamond: Pensel warna warni gambar smiley dan gula-gula
15 diamond: Satu set alat tulis
20 diamond: Hadiah misteri

Mudah jer nak kumpul diamond.
Siap kerja cikgu bagi, dapat diamond.
Jawab dengan betul, berkelakuan baik, bagi kerjasama kumpulan nanti cikgu tampallah diamond.

Tapi...
kalo masuk kelas lewat, nakal, tak bawak buku
cikgu cabut balik diamond tu.
hari ni aku cabut 5 diamond dah
sebab lewat masuk kelas gi melilau mana ntah
pastu tak bawak buku teks dan buku latihan.

Aku dah tegas sekarang.
Kita tengok nanti siapa dapat paling banyak diamond.
Mampu ke idok nak kumpul sampai 20. ???



Saturday, August 24, 2013

Mencari picagari

Assalamualaikum..

Nak bagi aktiviti mengajar menarik kenalah guna bahan bantu mengajar yang menarik.
Aritu nak ajar PJ.
tajuk penyalahgunaan bahan.
Lebih spesifik nak kena ajar pasal ubat, racun dan dadah.
Aku pon pikir.
apa bahan aku nak guna untuk set induksi.?

Set induksi ni langkah pertama sekali kita kena buat sebelum mengajar dan aktiviti tu untuk buat budak rasa ghairah nak tahu eh cikgu nak ajar apa yek arini??. Gitteww...


So aku pon pikir aktiviti main music box,
dalam box tu ada ubat ngan picagari.
Bila muzik stop pastu budak bukak jer box tu  tengok tengok ada picagari
 mesti dia akan rasa tertanya-tanya
then aku pon gitau arini ada doktor datang suruh cikgu cucuk kamu semua.
 Wohaaa..!


Aku ingat picagari mahal.
Nak jimat duit aku pon gi cari kat kedai Mr.DIY
kot-kot ada mainan budak-budak yang main doktor-doktor tu.
Tapi hampeh btol tak de.
Pergi kedai duahengget pon tak de jugak.

Last-last aku gi farmasi.
laaa...Murah je pon picagari seringgit enam posen satu.
Punyerlah melilau bazir masa cari menda tu.

Ni la picagari tu.
Kotak tu aku mintak tolong roomate yang balutkan.
Beriya aku cari benda ni tapi pakai tak sampai pon 5 minit.
Semata-mata set induksi.
pfftt~



Thursday, August 22, 2013

Mana satu nak buat ni?


Assalamualaikum....

Lepas je habes cuti berhari raya, sekarang masanya untuk fokus kepada urusan-urusan di sekolah pulak.
Masa cuti semangat jer bawak balik asignement dengan harapan nak buat masa cuti tu.
Tapi..............

Tinggal harapan jer lah.

Bila dah start sekolah ni macam-macam benda nak kena buat. Aku masuk kelas satu hari satu jam jer dan satu kelas jer tapi preparation sebelum masuk kelas tu yang ambil masa lama satu hari satu malam nak kena prepare dan kengkadang sampai tak tidor. Kalo tido pon mesti dekat-dekat pukul 3 pastu bangun balik sebelum pukul 6. Pukul nak 6.30 nak kena gerak gi sekolah dah.

Apa yang lama sangat aku prepare tu?

1. Rangcangan pengajaran. atau kami panggil lesson  plan. Nak kena pikiaq aktiviti-aktiviti yang best nak mengajar masa dalam kelas nanti. Takkan nak masuk kelas cakap "okey, keluarkan buku teks. Buka muka surat 58 dan baca kemudian jawab soalan dalam tu". Kompem bosan!

2. Nak kena setelkan folio bagi cantik dan kemas. Sekarang aku nak kena organize balik fail ni. Setiap kali lepas kelas kena buat refleksi, tulis jurnal setiap minggu, tengok sukatan pelajaran pikir aktiviti dan macam-macam lagi.

3. Sediakan bahan bantu mengajar. Untuk bagi budak rasa syok belajar dan dorang sume terlibat dalam kelas kena lah sediakan BBM yang seronok. Kenkadang nak kena cari video, buat kad perkataan dan kalo nak mudah pakai power point jer. Dan lagi satu kena cipta soalan-soalan lembaran kerja. Ni semua otak mesti mau kreatif ooooo.

 Pukul 2 pagi aku ambil gambar ni. Ni lah ruang kerja aku setiap malam. Printer, semua kertas warna liptop semua kat situ. Senang.


Orang luar selalu kata SENANGNYER JADI CIKGU!

Realitinya... indah khabar dari rupa je kak oi.
Nak jadi cikgu betol-betol berkualiti memang kena buat pengorbanan yang besar dari segi masa dan juga kewangan.

Orang kata: Bestlah cikgu boleh balik awal. pergi sekolah 7.30 pagi balik 1.30 petang. Orang kerja pejabat balik pukul 5.00 petang. 

Realitinya: Cikgu keluar awal pagi sebelum pukul 7.30 dah kena ada kat sekolah. Kadang-kadang balik lewat sebab ada aktiviti kokurikulum. Cikgu mai sekolah bukan hanya mengajar tapi dan macam kerani jugak. kena key in data murid, tanda buku latihan, ada macam-macam program lagi seperti protim dan pbs. Kalo nak citer memang banyak. Ini realiti. Tu baru kat sekolah. Balik rumah kena uruskan rumah tangga pulak. Yang mak mak tu nak kena masak, mengemas rumah dan jaga anak. Adoi!...Tak sanggup nak bayang masa depan aku cemana nanti.


Tu kisah pasal realiti kehidupan dan kerja cikgu kat sekolah. Sekarang kisah aku pulak. Sejak masuk sekolah lepas cuti aritu sampai ke hari ni setiap malam aku tidur selepas pukul 3 pagi pastu bangun balik pukul 5.30 pagi. Aku hanya tido beberapa jam jer sebab nak setelkan lesson plan dan bbm.

Arini aku kena observe ngan guru pembimbing. So far so good. Esok aku kena observe ngan pensyarah pulok. Emmm saaangat not so far not so good sebab.....

ESOK AKU KENA SUBMIT 2 ASSIGNMENT(!)

aku buntu nak setlekan pasal observation atau assignment?

dua dua penting untuk dapat pointer tinggi. So aku plan lepas ni aku touch up fail, siapkan bbm dan soalan latihan pastu malam baru pulun buat assignment berkumpulan. Yang individu hantor senin jerlah.


pi es: aku rindu nak tidor awal. At least before pukul 1 pagi pon dah syukur rahmat dah (T____T)~

Wednesday, August 21, 2013

Masih perlu by Tasha Manshahar


Assalamualaikum...






Tuesday, August 20, 2013

Kawan kite kawen


Assalamualaikum..

Cuti raya kali ni sambung terus ngan cuti raya. Ehem ehem untongler sape yang dapat cuti lama.. =P
Syawal kali ni ramai jugak kawan-kawan yang kawen. Kawan kat maktab jemput gi rumah dia tapi tak dapat aku nak pergi sebab berebut kereta ngan adik aku. Kawan masa MRSM pon ada yang kawen hujung minggu aritu. Best la kawan-kawan mrsm yang duk dekat ngan kedah dorang berkumpul ramai-ramai. Tak sangka Ard kawen awal. hehehehe.. 

Yang aku sempat pergi kenduri kawen kawan-kawan kat kampung berkawan sejak dari kecik tetiba dah kawen sorang demi sorang.

Yang ni kenduri Bayu. Bayu ni sama umur ngan adik aku kiranya dia muda 3 tahun dari aku. Alhamdulillah muda-muda dah kawen. Masa kecik duk main sesame sekarang dah jadi isteri orang. 

Beberapa hari sebelum kawen dia mai umah aku
"ni kad kawen aku. Mari eh raya ke 5"
"Tahun ni tak dapat kad raya tapi dapat kad jemputan kahwen plak eh"
"mung bila plak zie?"
" hahahaha."

Just gelak tapi dalam kepala keluar . . . . . titik titik macam ni. Siapa layan running man mesti pernah tengok simbol camni masa dorang tengah blurrr..


 Yang lelaki ni plak member time mengaji. Lepas  masing-masing masuk boarding school jarang dah aku nak jumpa dia ni lagipon aku bukan selalu ada kat kampung sejak form1 lagi. Time kenduri ambil gambar ngan ister dia je la takkan nak bergambar ngan dia pulok kannn..Lawa sangat dia. Aku suka baju dan mekap pon nice. 


Ada lagi sorang member aku dari sekolah rendah bertunang pada raya ke 3. Sehari sebelum tu ada contact Zira. Zira ajak aku gi rumah dia raya ke 3. Tapi aku macam biasa lah asyik ikut mak ayah pergi beraya jer. So raya ke 4 aku keluar beraya ngan fidia (kawan sekolah rendah) tetibe fidia cakap Azira dah bertunang. Wah wah wah... secreto de amor sangat. Taw pon dari facebook.

Barakallah semuanya ya. :)

Pasal jodoh aku plak ermmmm..aku memang nak kawen awal kalo boleh lepas spm nak kawen dah. WOhaaa..!! Sebab tu serius couple lepas spm je. Tapi jodoh kan ketentuan Tuhan so at the age of twentythree i'm a single lady. Hahahaha..

Takpe. Allah noes what the best for us. chillax~