Thursday, April 21, 2011

Video best dari YouTube -anwarhadi, matluthfi, shortnap


Kalini aku nak share video dari orang-orang yang suka buat video upload kat youtube. Walaupon agak mengong-mengong sket tapi menghiburkanlah. Tak caya meh tengok. opssss... Pada sape-sape yang mengalamai masalah nak tengok video tu macam susah nak loading ke youtube kena block ke line lembab ke i'm sorry (style amir raja lawak). Aku tayang 3 video je lah. Nak tengok lebih cari kat youTube -__-"


Anwar hadi





MatLuthfi


dan yang paling best video nih. Blogger femes oooohhh...


Maria Elena!


Video maria elena tu aku tujukan khas buat classmate aku. Pokdin, Aus, Fatin dan Ika!

Wednesday, April 20, 2011

Kalau orang utara baca malu aku bahasa utara tak betul


Kali ni aku bercakap pasai orang utara. Bila nak bercerita pasai orang utagha jadi kena la berbahasa utagha. Walaupon tak berapa nak reti sangat speaking utagha tapi aku try la siket siket. Okey. Kita start la ni jugak. 


Pasai pa ang suka oghang utagha? 


Ampa jangan pikiaq sebab marka aku oghang kedah aku nak wat ceghita nih. Bukan pasai tu na. benda first aku suka sebab depa punya bahasa. 5 taun aku duk kat kedah membesaq ngan memba memba speaking utagha mula mula masuk tak paham lama lama baru la paham pe dia depa duk cakap. Penah jugak la depa duk pekena aku. Kalu nak tau pe dia ampa pi kat link nih. saya cemuih la dengan makanan mak cik Aku try la jugak nak speaking utagha nih. Tapi memba memba aku duk kata. “ ang tak payah la cakap kedah, bunyik macam siam kat baling uh” cissss…  Jadi aku cakap jela bahasa baku atau bahasa ganu aku. Ikang makang kepok lekong. 


Aku penah duk kat umah nenek member aku. Senang cerita nama nenek dia Tok Som. Oghang tua-tua kat sana cakap lagi la pekat utagha habaq ang. Laju plak tu. Ambik masa jugak la aku nak paham pedia tok som duk ceghita nih. Nasib baik ade oghang duk translate kat aku. Pastu tok duk kata aku pendiam awat tak banyak cakap. Karang kalo aku cakap kan tok plak yang tak paham. Dua dua tak paham. Niaya ja. 


Dulu aku dah la duk 5 taun kat kedah. Balik sat setahun kat Pahang. Tup tup dapat plak U kat kedah. Mampuih aku sampai ke tua duk kat kedah. Nasib baik dapat maktab kat Key Eyl.(sebut tu biaq sleng sket eh) dapat dapat tau boleh pi key eyl terus kemaih barang blah teruih dari UUM. Good bye sayonara la kedah. 


Benda yang aku tak suka kat utagha nih makanan dia. Pedassssssss. Oh silap taip. Pedaiihhh. Dulu masa aku ka podirama (MRSM PDRM Kulim) kalo mak cik DS masak makanan merah-merah atau kari ke aku habaq siap siap kat mak cik. “ Mak Cik, buh kuah sikit je kat saya” atau ada cabai kat makanan teruih aku bagi yang part pedassss tu kat member. Kawan-kawan aku ramai suka pedas. Depa duk gelak kat aku makan pedas siket meleleh ayaq mata. Sampai la ni aku tak makan pedas. 


Eh, mintaq maaf la no kalo aku tulih ampa tak paham. Oghang utagha jangan duk gelak kat aku plak speaking tak betoi. (MINTA MAAF KALAU PE YANG AKU TULIS NI KAMU TAK FAHAM, ORANG UTARA JANGAN GELAKKAN SAYA YEK)


Tapi yang sadis nyer selama aku duk kedah aku tak penah pi Langkawi habaq ang. -_-“


Sunday, April 17, 2011

Kereta cikgu Shazika [repost]


Tahun lepas saya daftar akaun ASB menabung untuk masa depan. Berkira-kira nak beli kereta la bila dah jadi cekgu nanti. Takkan nak  bawa motor 125z kot pergi sekolah. So kena berusaha simpan duit tahan segala nafsu demi sebuah MINI COOPER.




Wohaaa..Saya datang ke sekolah dengan mamandu kereta melalui jalan-jalan kampung. Ceh, bajet dapat sekolah yang bukan dekat KL atau bandar besar. Dapat sekolah yang kat area kampung dan bukan dekat kawasan pedalaman.





Pastu sampai kat sekolah bergaya giler ah nanti saya park kereta tepi bangunan sekolah. Cekgu Shazika keluar dari kereta murid-murid semua ushar. Pak guard, tukang kebun ngan mak cik cleaner pon ushar. Weeewiit..



Ish ish ish..selesanya kat bahagian dalam. Stereng kecik dan kusyen empuk yang agak tinggi sket sebab saya ni pendek.



So, people klik-klik lah saya punyer nuffnang. Duit lebihan kahwin boleh beli mini cooper idaman hati. Tapi kalau tak dapat mini cooperr, mmmmm....



Kelisa pon boleh lah labu..




Wednesday, April 13, 2011

Hasil selepas dalam dua hari cuma tidur tiga jam



Sangat lega bila dah siap print dan tape-kan asignment untuk hari ini..!

gambar kenang-kenangan!

Aisgnment kali ni memang paling dahsyat pernah aku buat. nak tidur pon terbayang-bayang sebab tak siap lagi. Duduk je atas kerusi ngadap laptop pastu rehat jap antor meseg kat sape-sape yang berkenaan pastu sambung balik duk atas kerusi pastu lari-lari gi toilet sebab minum air banyak sangat untuk tahan ngantuk pastu sambung balik sampai lah pagi. Bila dah print rasa lega giler sebab ni asignment paling lama aku penah buat. Pertama kali bertungkus lumus buat asignment macam nak buat tesis amek PhD. Lepas ni nama aku ada title Dr. kat depan. 

Orang cakap dah siap print jangan tengok balik sebab kompen ada silap taip. Tapi aku tak tengok pon tiba-tiba ternampak ngan sendiri contohnya perkataan unsur jadi unsure. -___-" bior jerlah. Ponat dah eden ni ha. Sarapan pagi pon tak sempat just amek satu sudu madu je. Lapor sangat-sangat..


Sekrang tinggal lagi 1 asignment. Hoyeh! Perkembangan kanak-kanak. Banyak jugak mende alah nak kena masukkan dalam asignment tu. Dah dapatkan tidur dalam beberapa jam tadi harap dapat bertahan. Mata pon dah lebam kalah kungfu panda. o_O'

Tuesday, April 12, 2011

Shazika on twitter


Eh, shazika ada twitter.???


 Dont forget to follow me \(^_^)/ 


Friday, April 8, 2011

Apa perasaan kau kalau tarikh hantar asignment di tunda?


Sekarang rasa lega siket sebab tarikh hantar asignment di tunda. Sebelom nih aku ada post entry yang aku sibuk nak wat PhD. Maaflah, bukan aku nak sambung buat phD tapi asignment projek tu dah macam nak buat thesis kau tau. Lecturer siap cakap lagi kalau asignment awak bagus dia akan bukukan macam jurnal. Wohaaa.... Seronok jugak eh kalau nama tertera kat jurnal tu.  Padahal baru masuk semester 1 degree. Mungkin sebab aku dah masuk degree cara buat asignment degree dah tak sama macam waktu pra dulu.  Kalau ikutkan harini (jumaat) kena hantar asgment tu tapi budak kelas aku mendesak nak mintak hantar lambat sebab tak sempat kot nak siapkan harini. lainlah kalau kau jenis yang tak tido duapulohempatjam. Nasib baik boleh hantar hari selasa.


Pastu tadi kat kelas ketua kelas nak buat taklimat siket pasal asignment perkembangan kanak-kanak. Suspen jek takut ada apa apa perubahan. Sekali ketua kelas cakap


"yang asignment PKK tu (perkembangan kanak-kanak), puan cakap hantar hari khamis"


Semua budak kelas aku berteriak kegembiraan. Yeayyyy!! Siap joget joget lagi macam tengok perlawanan bola Malaysia lawan Indonesia, Safee Sali tendang bola masuk gol. Sepatutnya kena hantar hari senin ni. Aku pon tak tau macam mana boleh tunda sampai hari khamis. So, malam ni boleh lah aku tidur ngan lena selepas 1 minggu tidur tak berselimut kepala bukan atas bantal.

Alhamdulillah....



Thursday, April 7, 2011

Aku ambil PhD


Sekarang aku sedang menyiapkan asignment PhD. 

Status: Sangat sibuk dengan kertas bertaburan sana sini

Harapan: Dapat siapkan ONTIME dan dapat buku kan asignment ni ngan hard cover kaler pink siap ada glitter glitter gitu. 

Doakan aku ye semua. :) tq

Monday, April 4, 2011

Cari nahas sebelum hantar asignment

Semalam kami pergi main ais skating kat sunway pyramid. Dalam beberapa hari je plan ngan budak kelas pastu sewa kereta semua hujung minggu gerak gi sana.


Kami semua kepam satu kereta kancil yang disewa.Yang lain-lain pergi ngan motor.



Pemandangan dari tingkat atas. Wohaaa... Teruja giler nak main ice skating tapi bila kau dah berada atas ais tu kau rasa la sendiri penangannya. Kalau kau baru pertama kali main memang tipu la kalau tak pernah jatuh langsung atas ais tu.TIPU TIPU TIPU..emo tiba-tiba.


bayaran masuk untuk hujung minggu RM20 kalau weekdays RM18 jek. Pastikan kamu bawak stokin sendiri yang bersih jangan bawak yang seminggu tak basuh. Kalau ada glove bawak lah. Kalau tak ada boleh beli glove kat situ ngan harga  RM8. Pastu kamu leh enjoy skating sepanjang hari. Tapi jangan lupa nak solat plak. Kalau dah masuk situ tak boleh keluar dah. Untuk gi solat kamu gitau kat mak cik guard tu nak gi semayang jap pastu kamu diberi masa 15 minit. INGAT! LIMA BELAS MINIT JE JANGAN LEBIH KALAU TAK MENJAWAB LAH KAU DENGAN MAK CIK TU. Aku dah pesan siap siap dah ni.


Kami dah bersedia! Dari segi mental dah fizikal. Mental untuk perasaan kau untuk cuba berskating atas ais tu sambil di acah oleh mereka-mereka yang dah pro. Fizikal untuk kau jatuh atas tu tanpa sempat berpaut pada sesiapa. Dah jatuh basah satu hal nak bangun plak satu hal.


Ceceh setelah beberapa kali jatuh dah boleh dah siket-siket meluncur atas ais tu. bergerak la jugak kan daripada berpegang kat dinding tepi gelanggang tu. 


 
Amboi. Dah boleh berlagak balance badan berdiri sambil posing


tag yang digunakan untuk scan masuk dan keluar.



Dah habes main kami nak gerak gi semayang asar kat masjid shah alam.






Besar giler masjid tu. Melilau kami cari tempat semayang ngan tempat wuduk. Pemandangan pon cantik dan tenang.


Oleh sebab nak gi ICT lampu tak nyala lagi pastu nak masuk kena bayar kami pon gerak gi umah wan harith



Bergambar bersama mak wan harith dan dato' mukhriz (rujuk televisyen)


Balik hostel dah malam tak ada mood nak tengok anugerah bintang popular walaupon sam menang. Bersengkang mata siapkan asignment esok nak kena hantar. Tulah kau, ber-ais skating tapi asignment tak siap lagi. Alah, satu malam pon boleh siap. Hahahahaha..

Friday, April 1, 2011

Stokin yang sangat annoying


Kat hostel aku ada banyaaaaakkkkkkk sangat kucing. Dan ada lah 1 ekor kucing yang sangat annoying. Pantang bukak pintu bilik siket terus dia nak masuk. Kalau tolak dengan penyapu pon dia buat dek jek. Sepak pon dia tak kesah. Penghuni hostel panggil dia STOKING. Apasal stoking. Sebab body dia hitam Cuma kaki dia jek putih. Macam pakai stoking. Macam ni ha (rujuk gambarajah).


Pernah 1 hari stoking nak masuk bilik junior aku. Budak TESL. Mother tongue dia English. Dibantainyer halau si stoking kut English. “go away, don’t enter my room” lebih kurang macam tu lah kot. Stokin ni mestilah wat dek jek. Cakap melayu pon dia tak layan inikan pulak cakap omputih. Kami syak stoking tu pekak sebab tu dia tak takut kalau marah-marah dia ngan penyapu ke, halau kita wat syhhh syhhhh ke. Kalau kucing lain wat syhhh syyhhhh pon dah tak berani masuk.



Semalam, aku masuk toilet tiba-tiba stoking meluru masuk dulu toilet tu. Kuang asam. Tak taulah dia nak minum air kat dalam mangkuk jamban tu atau dia pon nak buang air. Aku pon apalagi tolong lah dia tutup pintu kurung dia dalam toilet tu. Pastu aku blah gi baca komik lawak kampus tinggal stoking sorang sorang dalam toilet. Tiba tiba wujud ase bersalah aku gi chek apa stoking sedang buat.

Pintu toilet dah terbukak. Taktau sape yang bukak opkos la bukan stoking yang bukak. Mesti orang yang bukak tu terkejut tengok ada kucing dalam toilet.