Monday, November 30, 2009

Alahai Mak Teh Mak Ngah

salam semua..

Saya masih wujud la. Dont wory selagi akal masih waras dan nyawa masih ada shazika masih akan menaip di sini. Alahai, rindu saya kah?? Hehehe~~

...............................................................................................................................




Mak Teh mempunyai seorang anak gadis bernama Rosnah. Mak Ngah ada anak lelaki bernama Azlan. Mak Teh dan Mak Ngah adalah adik beradik so, Azlan ngan Rosnah adalah sepupu.


Apabila Azlan dan Rosnah meningkat remaja, mereka di lamun cinta dalam diam tanpa pengetahuan family mereka. Sehinggalah satu hari mereka bercadang untuk bertunang dan berterus terang akan hubungan mereka. Akhirnya, mereka pon di tunangkan.


Hubungan yang terjalin tidak kekal lama. oleh kerana terdapat salah faham antara Rosnah dan Azlan menybabkan family mereka turut masuk campur. masing-masing ingin menegakkan kebenaran. tak mahu beralah. Si anak pula makin gelisah hubungan ibarat retak menanti belah. Akhirnya tali pertunangan mereka pon terputus.


Oleh kerana frust dengan cinta mereka, Azlan telah mendirikan rumah tangga tapi bukan dengan Rosnah. Manakala Rosnah juga telah mendirikan rumah tangga bukan juga dengan si Azlan. Masing-masing telah mempunyai cahaya mata hasil daripada pasangan masing-masing.


Persengketaan tak terhenti di sini. Mak Ngah dan Mak teh masih bergaduh. Jika ada family gathering salah satu family mesti tak hadir. Kalau dua dua datang pon, duk mengata sesama sendiri. kau mengata anak aku, aku mengata anak kau. Macam tu lah lagaknya.


Dek kerana teruknya pertelingkahan mereka sehinggakan di hari kematian ayah mereka (datuk Azlan dan Rosnah) pon masih begitu sampai sekarang.


Kisah ini memberi pengajaran buat aku dan ahli keluarga yang lain jangan bercinta atau menaruh perasaan sesama kami. Cukuplah perihal Mak Teh ngan Mak Ngah jangan di contohi. Kami kena di anggap macam adik beradik.


Aku pon tak lah rapat sangat dengan sepupu lelaki yang sebaya atau lebih tua dari aku. Takut tertimbul perasaan pula nanti. hehehe. So kengkawan, kalau ada menaruh perasaan kat sepupu sendiri simpan je la dalam hati. Jangan jadi macam Rosnah dan Azlan.




.

Thursday, November 19, 2009

Menggelabah babe..

Alhamdulillah.. Aku nak laung kat sini EXAM DAH HABES....!!! Meh aku nak share experience aku setiap kali exam. bukan untuk hari ni je tapi setiap+kali+exam.


Situasi 1: Soklan spot

setiap kali exam benda aku tunggu soklan spot ah. Pergi tanya cekgu-cekgu, member kelas lain, contact member sekolah lain, contact budak tu contact budak nih. pokok nya kedit mesti dah kena standby siap-siap. Pastu kalo dah agak masa dah nak nazak study yang tu je. Pastu padan muka yang spot tak kuar terkial-kial tanya budak sebelah.



Situasi 2: Esok exam, malam baru kusyuk mentelaah

Macam orang normal biasa jugak walaupun target sebulan sebelum exam nak offline, taruk lappy dalam beg zip ketat-ketat tak mau on9 tapi hakikatnya malam sebelum exam baru nak off lappy. Haisshh...Baru nak buka buku bila member datang bilik aku mula lah tegur "eh, study azi?"



situasi 3: Movie

Time nak exam ni lah muncul cerita-cerita best kat pawagam dan dari member-member yang supply video kat aku.

" azie, aku ada banyak movie hot and best. Meh lah ambik. "

" azie, jom kuar tengok 2012. Hangat sekarang ni. "


situasi 4: Beribadat

Baru sibuk cari telekung nak solat. Ajak kengkawan pergi surau, mengaji, zikir, kusyuk dan tawaduk bangun kiamulail malam-malam. eh mesti lah kiamulail waktu malam kan. Pastu time rehat tak pergi makan sebab nak ke masjid solat sunat Dhuha ambil berkat kan solat Dhuha Allah permudahkan rezeki. Astagfirullahhalazim...Perbetulkan niat aku balik.


Situasi 5: Ah..baru teringat

Bila baca soklan, imaginasi aku terbayang-bayang benda yang aku baca dengan kehendak soalan.
contoh soalan: Apakah sumbangan Malaysia dalam OIC?
alamak. Aku tak tahu nak jawab apa tapi aku ingat isi yang dia nak tu duk kat muka surat bahagian kanan, ada gambar kat page tu, tajuk dia siap bold lagi, aku dah highlight kaler kuning tapi isi nya aku tak ingat so, aku hentam je lah.




Itu lah sebahagian yang jadi kat aku. Eh, malam ni aku naik bas kat Putra pukul 10pm. doakan keselamatan aku ya. Bye bye...



Wednesday, November 18, 2009

i wanna be on you~~



Bila tengok balik gambar-gambar i ngan kawan-kawan, i baru tersedar. Banyak nya kawan i masa study kat MRSM dulu berbanding ngan sekarang. Kenapa azi sekarang tak jadi macam azi dulu. yang kawan dengan semuaaaaaaa orang. Not stick only wif a certain people and then at the end it suck u.




Mybe azi sekarang perlu jadi azi yang dulu. Making a lot of friends. i love to be who i am 3 years ago. Not a single or couple friends, but friends with everbody. Oh yeah....!!


support me ya...babe and dude...




........................................................................................................



jom semua kita main kelik2 nuffnang..tapi jangan tak baca pulak entry dan hasil karya org lain. .esok lepas paper last aku dah nak balik kg..akan free giler..so nak melawat belog sambil kelik2..JOM..!!!





..

Monday, November 16, 2009

meseg berantai

“allah aku cintai kau dan aku perlukan kau…datanglah ke hatiku…”" kirim pada 10 orang dan lihat keajaiban malam ini, tolong jangan delete. ia benar2 terjadi. ini sms dari ibu ali said-juru kunci sayyida makkah yang bermimpi bertemu rasulullah saw. beliau berpesan: kuatkan aqidah dalam ibadah kerana dunia ini sudah goyah dan tua. sebarkan sms ini ke 10 muslim insyallah dlm waktu 10 hari akan dapat rezeki besar dan jika tidak disebar tunggulah kesulitan yang tiada henti”


Pernah tak kamu semua dapat meseg yang seakan-akan bunyik camni? Pastu kamu pon apa lagi terus forwad meseg-meseg tu kat member-member sebab tak mahu dapat padah kalo tak forwad kat orang lain.


Kalau dulu-dulu orang edarkan pakai kertas yang di fotokopi. Sekarang kan zaman dah canggih, boleh forwad pakai sms, emel, dan kat ruangan komen. Kalau meseg yang berunsur keagamaan macam kat atas tu jangan lah di layan. Buat tatau je sebab di khuatiri menjadi khurafat dan murtad. nauzubillah.


kenapa pulak takut di katakan khurafat?


sebabnya..kamu akan rasa eh, kalo aku tak forwad ni satgi aku dapat masalah. Itu niat dah lain. Percaya kat meseg tu pulak dah. Aku selalu dapat meseg ni orang forwad kat friendster, emel, meseg, dan tagged. Aku buat donnoe je lah. Malas nak forwad kat orang.


Bila aku dah tau meseg nih boleh timbulkan kurafat, aku terus nak kasitau kamu semua. ingat tau, jangan main forwad je meseg yang bukan-bukan cenggini.




>

Sunday, November 15, 2009

Ruin of the day



Semalam aku pergi Klcc ngan hati lara. Kenapa semua plan ni berubah dalam beberapa minit je. Kenapa kawan-kawan bunuh perasaan aku yang excited nak pergi jalan-jalan bersama dalam beberapa minit je.



So, aku membawa my broken heart to Suria KLCC. Ah, jangan percaya pada gambar di atas. Senyuman yang terukir tak menggambarkan perasaan di dalam hati aku. Aku sedey kenapa dalam gambar hanya aku sorang je. Padahal boleh kepam sekali dalam gambar sampai 5 orang.



See, 2 orang je. Sedey seh..


Jom readers, aku promote korang semua yang tak pergi lagi Petrosains pergi sana sekarang. Yang dah pergi masa rombongan sekolah rendah perlu pergi sekali lagi yek. Tapi make sure uols punyer geng dah get ready to go there. Chills ya.. (^*^)V





.

Saturday, November 14, 2009

Ketulan mu menusuk rongga hidungku

Aku nak bawa kamu semua ke alam imaginasi.

Tolong bayangkan sekarang.


Kamu sedang berjalan ke arah satu pintu dalam keadaan kalut. Pintu tu kamu buka. kamu masuk ke dalam satu bilik. suasana suram je. kamu tutup pintu tersebut dan kamu kunci. Di dalam bilik itu hanya ada kamu seorang sahaja. Ingat! kamu seorang sahaja berada di dalam bilik itu.


Kamu melangkah setapak ke arah satu lubang. Lubang tersebut tak lah dalam sangat. Kamu intai/ jenguk/ memandang ke arah lubang itu. Dalam lubang itu mengandungi air yang agak keruh dan kekuningan kecokelatan.


Ada sesuatu yang berketul terapung di permukaan air. Satu bauan menusuk rongga hidungmu. Kembang kempis hidung kau tyme tu. Otomatik kamu terasa nak muntah+pening. Ketulan tersebut kaler kecokelatan. macam lembik-lembik gitu. Kamu meraung=menjerit.


HOI, SAPE PANDAI BERAK TAPI TAK RETI NAK FLASH NI....!!!


Okey, cerita sampai sini jek. Aku geram betul time aku emergency dalam mangkuk tandas ada ketulan kecokelatan terapung di permukaan air.


Memanglah kita bayar RMO.3O untuk masuk toilet, tapi janganlah sampai nak tayang ketulan kamu kat orang lain. Eeeeeeeee Ingat taw, flash seblom kuar bilik kecik.





.

Thursday, November 12, 2009

attention...! saya nak kawen




current mood:




wah..
tak sabarnya nak kahwen..
cepatlah berusia 25..
cepatlah datang meminang..

hahahahaha




.

Wednesday, November 11, 2009

trauma ngan ym

satu pagi, aku chek la meseg kat Tagged. Ada budak laki mintak emel ym aku. Aku pon kasi lah. Tak lama lepas tu budak tu add aku. then tiba2 dia hantar request nak webby ngan aku. Aku cakap webcam aku rosak. padahal ok je pon. Dia suruh jugak aku accept. Aku pon accept ah sambil tutup webcam aku.


Eh, tak muncul pon.
line aku teruk jugak ah time tu.
Dah lama aku bersabar ngan celcom bodben ni.



tiba-tiba.................



BODOH..!!!


Tu je ayat aku mampu keluarkan dan aku taip send kat laki bodoh tu sambil mengucap panjang. Dah la aku nak exam dia buat onar kat aku macam tu. Terus aku offline.


Sejak insiden tu aku pikir banyak kali nak on9 ke tanak nak on9 ke tanak. Korang faham sendirik ah pe dia tayang kat aku. Lepas insiden tu, bila orang tanya " ada webcam tak?" aku terus offline. Layan belog lagi bagus.



zassssss...

.

Monday, November 9, 2009

Please..Thank tou

Satu hari tengah jalan-jalan pulang dari kedai dengan member-member. Tiba-tiba ada satu kereta berhenti kat tepi.


"er..dik kat mana Flat Sri Melaka? " tanya seorang kakak (mungkin sesuai panggil kakak sebab walaupun ada baby sorang tapi tak la tua sangat)


" owh, akak belok kanan, jalan straight jumpa trafik light belok kiri " jawab member aku.

" pastu ? "

" kat area tu je kak "


Akak tu terus tutup tingkap dan terus berlalu. Eh akak. Tak nak bagi hadiah pape ke kat kitorang? Kami tak minak pon belanja makan kentaki ke, pizzo ke. Just a simple word je sangat beharga. TERIMA KASIH. Ok tak pe. Think positif. Mungkin akak tu terlupa dalam kalut-kalut duk cari area tu.


Hal sama berlaku dalam persahabatan.


" weh, bak siket roti kau"

" ambil ah"

" sedap seh. Tambah siket lagi tuna tu. "

" Oit sampai habis kau bedal"


ERKKKKK..Kenyang. Terus blah tanpa ucap keramat word. Thank you.


Even ngan geng sendiri pon, ayat tu penting. simple je 2 patah perkataan. Terima+kasih. Panjang ke? Kalau dengan mak ayah pernah tak ucap terima kasih? Dengan adik-beradik? dengan jiran? dengan family? dengan kawan? dengan guru? dengan masyarakat? And the most important things. Dengan Allah yang menjadikan kita.


Eh, nanti kan kalau i dah jadi cikgu i nak ajar murid-murid i ucap TERIMA KASIH. Ajarkan pada generasi akan datang. Jom para pembaca sekalian. Jangan lupa ayat keramat yang tak semahal beli caketiau. Tapi sangat berharga. TERIMA KASIH = THANK YOU




.

Sunday, November 8, 2009

kelantan vs negeri sembilan: main ke bertumbuk

Semalam perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Tahniah buat kelantan sebab dapat masuk final setelah lama idamkan. Tiket stadium habis dijual. Ha, tiket bas Kelantan-KL pon habes jugak. Ada yang sanggup ambil bas dari Terengganu-Kl. Semangat giler weh dorang semua. Semalam dalam LRT pon ramai geng si merah sebab dorang nak gi tengok bola.


Sebelum perlawanan bermula semangat masih berkobar-kobar. Dalam stadium nampaknya penuh dengan merah. Orang kata kelantan ala-ala MU. Ye lah kan kaler merah =P





Gambar ni di tangkap sebelum perlawanan bermula. Fuh, hampir 3/4 stadium penuh kaler merah. Cayaaaalaah


Oppsss..berapa kerat je si kuning.



Tahniah buat Negeri Sembilan sebab menang game ni. Walaupun penyokong yang sikit tapi mereka tetap tak putus asa. Tapi yang menduka citakan aku adalah sikap penyokong Kelantan yang tidak dapat terima kenyataan dengan kekalahan 3-1. Mereka bakar kerusi stadium. pe ni weh. Tak boleh ke bersikap profesional sket.

okey children. DONT TRY THIS AT HOME.






.



ehem..jangan marah eh kawe-kawe..





.

Saturday, November 7, 2009

lelaki oh lelaki

tiap-tiap hari mesti kena jumpa ngan laki, keluar je dari asrama mesti nampak laki. jalan-jalan nak pergi makan pon mesti jumpa lagi. ish ish ish. kenapa tiba-tiba nak cakap pasal lelaki ni..?? ~wondering~


sebenarnya banyak hal pasal lelaki yang aku rasa pelik. tapi emmm macam tu lah.
lelaki tetap lelaki. hal yang pertama adalah pasal rokok. kenapa mesti kalau lelaki mesti nak merokok. aku memang suka lelaki yang anti-smoking. betapa kentalnya seorang lelaki yang menahan nafsu untuk tidak merokok. syabas buat kamu


ada satu kisah aku rasa eh, kesiannya. ada sepasang suami isteri sedang jalan-jalan. si isteri membawa seorang baby. yang si suami pula berasap berkepul-kepul menghala kan asap ke arah si isteri dangan baby mereka. kesiannya kat baby tu. aku dah kasi warning awal-awal to my future husband. sebelum kahwen kena stop smoking. ehem ehem.


sekarang aku dengar banyak kes pasal lelaki lembut dengan kes gay. astagfirullahhalazim. dulu masa kat UUM budak laki cerita. setiap sem bilangan si lembut akan bertambah. memperluaskan tamadun lah katakan. yang tak tahannya, kebanyakkan yang lembut aku jumpa semua badan memang tafff ah. tapi sedey seh. kenapa semakin bertambah bilangannya. yang gay satu hal. pompuan ramai kenapa nak kaple laki sama laki?


ntah la. pe nak jadi ngan dunia sekarang ni. pompuan laki perangai sama jek. hek eleh azie. macam lah kau tu baik sangat kan. tapi aku berusaha untuk jadi perempuan baik even aku sendiri akui. untuk berubah itu memerlukan masa. kena ada support dari orang terdekat dan masyarakat.


eh..sebelum terlupa. aku nak share ngan kamu semua satu belog best punyer. tingkatkan amalan kamu semua yek. kereta mayat





.

Wednesday, November 4, 2009

hamster sakit jantung


Fatin cakap..hamster ada penyakit jantung. sebab tu dalam sangkar dia kena ada wheel untuk dia exercise. kasi dia aktif siket


Monday, November 2, 2009

tak ada sijil SPM



tolong share knowledge ngan aku.
apa yang orang tak ada SPM boleh masuk untuk sambung belajar? ada sijil Tahfiz dari ma'ahad je. kalau Institut Kemahiran MARA nak pakai sijil juga ke tak eh. kalau Jabatan Tenaga Manusia camne?

tengah kusut ni
help my dear lovely readers
PLEEEASSSSEEE

bila si tomboy nak jadi gadis

Dulu aku lari-lari pakai sjort je,
sekarang jalan-jalan pakai baju kurung

Dulu pulang dari sekolah, terus bukak tudung
Sekarang nak keluar rumah mesti bertudung litup. Wajib

Dulu kawan-kawan nama joe, reiy, amer, wan, fizi

Sekarang nama kawan chah, zahra, fatin, asha,

Dulu main dalam semak, lumba basikal, main bola

Sekarang duduk dalam kelas, study study study

Dulu jalan macam gangster nak pukul orang

Sekarang jalan sopan santun..erk, masih ada sedikit kalut

Dulu senang je nak sepak budak lak. Kesian hazwan ngan apek
Sekarang mana boleh dah. Tak pasal-pasal kena sepak ngan dorang

Dulu rasa bosan tinggal kat rumah
. sket2 gi cari geng nak lepak
Sekarang kalau boleh tak nak keluar rumah. Memerap dalam bilik

Dulu slamber kawan ngan laki.

Sekarang segan ngan laki. Nak lepak sekali pon segan

Dulu bermain ngan cinta
Sekarang cinta...no komen

Kalau dulu kita tahu apa akan jadi sekarang
Adakah kita sanggup nak tempuhi semua tu?




.