Monday, September 28, 2009

sudah nasib badan si kering

ai kengkawan....amacam rayer?? jeles aku orang lain beraya sakan, pakai baju raya, segak-segak semua, dapat duit raya, dapat kad raya posmen antor ke rumah, makan kuih raya berbalang-balang, ronda-ronda satu malaya ke rumah member-member dan sanak sedara..



aku??



malam raya saya gelisah baju raya tak siap-siap..baju lagi satu besar gedabak. sadis sangat terkenangkan keadaan baju raya ku..tsk (T__T) dah la tudung last menet cari itupon nasib baik meching ngan baju siket-siket.. (tak reti eja meching)



perihal duit raya pulak..siket sangat..si kepoh berlagak tiap kali pulang ke rumah mesti kira pendapatan duit raya depan aku. i kan dah suruh korang pos duit raya kat i..mana ni tak sampai-sampai pon..cepat sekarang i paksa semua yang sedang baca entry ni..eh eh eh jangan tiba-tiba buat-buat tak baca pulak..okey, i paksa semua klik nuffnang i..kejamla pulak lepas-lepas bulan puasa ni yek.



dengan berbesar hatinya i nak ucapkan mekasih kat korang yang sedia membantu i nak faham pekebendanya nuffnang tu. hoorayyy...nak tahu tak sekarang i dapat berapa hengget dah???



jeng jeng jeng...



RM1.50..hahaha..okey lah tu kan. iye lah, saya tahu saya punyer sikit je. tak pe lah, janji dapat jugakkan dari RM0.00 tak sudah-sudah..tengkiuuuuu semua korang memang havoc wa cakap lu..



eh, dah terlebih bajet masa posting. nak kena setlekan ASSINGMENT..!! pulak.. bobyeee semua..nanti jangan lupa taw klik nuffnang saya..


Tuesday, September 22, 2009

kanapa i tak dapat-dapat?

oleh kerana i hanya mendapat duit raya yang tak membolehkan i beli sepasang kasut vinnci pon, i nak minta pendapat, panduan, skongan dan tunjuk ajar dari kalian semua.



BAGAIMANA I NAK DAPATKAN PENDAPATAN DARI NUFFNANG?




bila i lilau-lilau kat belog orang lain ada saja yang bercerita mereka mendapat pendapatan dari nuffnang walaupun tak seberapa at least ada la nilai jugak dari aku yang semenjak dulu kekal RM0.oo...



beberapa blogger tell me i need to klik any iklan nuffnang.. bila i dah klik situ i kena sign in nuffnang..yang tu je ke? tak naik pon nilai matawang i..i dah pasang iklan kat setiap sudut untuk tak terlepas pandang nak klik klik..tamakkan i nak cepat kaya..LOL



macamana ni blogger semua. i nak duit jugak..mohon tunjuk ajar dari kalian blogger yang budiman and budiwoman ajarkan the rigt way to get higher earning from nuffnang..


Friday, September 18, 2009

what a busy day..*sight*

mood :
rayer


aktiviti :
kemas barang sumbat masuk loker, cuci pakaian simpanan seminggu, asingkan asignment untuk di bawa pulang ke tanah air




hoorayy..baju rayer dah siap, mood rayer tengAh otw datang menyelubungi diri meskipon asignment bertimbun pe kejadah ganggu waktu bergumbira. i tengah kalut-kalut ni nak setle kan dan tenangkan keadaan kat maktab nih. sempat lagi posting keadaan semasa.


OKEY EBERYBADIIIIII..i bertolak malam ni ke terengganu pukul 9 malam. doakan perjalanan selamat tiba di kampung halaman. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



**siyes malam ni jemmm gilerrrr kan

Tuesday, September 15, 2009

apa salah aku?

pertama sekali saya sebagai bakal seorang guru, ceh ceh ehem...mintak maaf lah lambat update. assignment bertimbun minta disiapkan. korang sihat kah? alhamdulillah hari ni selamat sempurnakan ibadah puasa.


now i wanna share a story about friendship. aku memang tak memilih kawan semua orang aku bercampur. ingat lagi masa kat MRSM dulu 1 batch form 5 aku kenal. boleh jer lepak ngan member-member baru tak pilih bulu, kerinting ke panjang ke pendek ke. walaupun aku tersepit antara dua. aku ni macam nyamuk ah. kalo korang nak pukul nyamuk tu aku tersepit antara kulit korang ngan tapak tangan korang yang boleh tahan besar.

terjadi satu insident dua orang member aku gaduh. aku ni tak tahu nak belah yang mana. si A aku rapat dari mula-mula masuk MRSM yang si B havoc ngan aku bagging head jugak. untuk tak mau dua dua terasa aku layan semua. tapi aku pulak dituduh macam-macam.

kalo si A mengata si B atau si B ngata si A aku dengar je ah. tak de pon nak jadi batu api. tapi sekarang aku hilang dua dua. salah aku kah? (tiba-tiba rindu pulak) tsk.


barang yang aku simpan since aku form 4 sampai sekarang. belt aku beli kat BORONG MAN KULIM ngan salah sorang antara mereka. harga dia tersangat murah kalo tak silap aku RM 2.00



even kepala dia aku ikat getah pon aku still pakai dan aku ada satu tali pinggan je. aku tak buang barang artifak ni. *jangan gelak kat belt aku*





tsk..

Saturday, September 12, 2009

berilah ketabahan hati



apa kau rasa bila orang kata kau BURUK?





Thursday, September 3, 2009

cikgu sooo shiaaaal or sosial

dah beberapa minggu aku study kat IPIK dan sampai sekarang aku masih tak dapat terima kenyataan yang aku bakal jadi cekgu nanti. tengok, taip perkataan cikgu pon salah. haissss,


orang cakap, aku masuk sini bukan lagi macam stail U. bukan lagi belajarrrrr je. tak de lagi lepak-lepak ngan budak coursemates kat cafe sambil sedut mocca. tak de lagi keluar pergi penang pusing-pusing padang kota, tak de lagi boypren yang akan tolong kau kalo ada problem. tak de lagi tu semuaaa.


aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan stail pembelajaran kat sini. attend class from a.m. to p.m. (ceh, nama blog yang i follow) i feel dat sooo busy with many assignment yang minta disiapkan.

mak cakap, demi masa depan. aku pikir jugak. since form 1 aku perabih duit mak bapak je. masuk matrik perabih lagi. masuk u perabih lagi. ish ish ish...

so please people........

*AKU NI ADA TALENT KE JADI CIKGU???*