Tuesday, July 16, 2019

Persinggahan



Assalamualaikum.. Hye..

(Wa'alaikumussalam)


Suatu hari aku pergi ke rumah Abah dan kebetulan pada waktu tu abah dan ummi sedang marking kertas soalan PMR untuk subjek matematik dan sains. Ummi ngan abah stop jap marking dan bersembang. Aku bertanya satu soalan pada abah..

"kenapa kita kena belajar add math sampai rasa nak meletup otak untuk dapat markah sekurang-urangnya lulus. Tapi bila habis belajar tak de pon kita guna formula-formula dan semua langkah kerja tu in our real life?"

Satu keluhan daripada ku.

Abah gelak je dengar soalan aku. Yela, dia cikgu math faham dah situasi cenggitu.
Kata abah...

Yang kita belajar masa di sekolah, di universiti tu semua sekadar persinggahan jer untuk kita bersedia ke alam pekerjaan pulok. Ada orang masa universiti ambil kos lain tapi bila kerja tetiba dalam bidang lain. Apa yang aku faham daripada apa yang abah beritahu tu macam tu lah. Aku beri satu contoh, ada orang ambil diploma di universiti dalam bidang kejuruteraan awam. Habis belajar dapat je sijil diploma, dia isi nak masuk SPA untuk jawatan pegawai menggunakan sijil diploma dia tu. Itu lah yang dimaksudkan sebagai persinggahan. Kerja dia tu tak de kena mengena pon dengan kos yang dia ambil masa universiti.

Got it?

Jadi, berbalik pada add math tadi. Jagan menyesal belajar apa sahaja subjek masa sekolah dan berusahalah untuk skor, untuk kita masuk ke institusi pengajian yang boleh menjadi tempat pesinggahan untuk mendapatkan sijil dan untuk kita guna semasa nak dapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan kita.
Kepada murid-murid yang ambil add math sekalian....berusahalah untuk lulus add math.
Hahahahaha.....

😊