Thursday, February 14, 2019

Macam mana belajar agama di LJ?

Assalamualaikum...


Aku pernah menerima 1 soalan dari seorang teman yang curious barangkali. Dia tanya macam mana aku belajar agama di LJ tu?


Orang islam adalah minoriti di LJ boleh kira ngan jari je berapa orang ada situ. Majoriti penduduk dan staff LJ beragama kritian dan di Kampung hanya ada sebuah gereja. Tak dak surau atau masjid. Staf staf lelaki muslim LJ memang tak dapat nak tunaikan tanggungjawab mereka solat jumaat lah. Bukan sengaja kan.


Berbalik pada soalan kawan aku tadi. Ada beberapa cara macam mana aku jaga iman dan islam aku untuk tinggal di Lj.


1. Baca buku motivasi dan islamik

Kalau korang kenal Zazi memang ni lah hobinya. Duk LJ memang la agam bosan jadi kita luangkan lah masa ngan membaca. Ayat pertama Allah turunkan pada Nabi Muhammad adalah Iqra'... Ha, membacalah kita agar kita lebih tahu. Memang setiap bulan aku ada beli buku.


2. Program tv islamik

Hidup kita ni adala pilihan kan. Rumah aku di LJ ada Astro. Trademark astro apadia kalo korang tahu? Haaa....macam macam ada. Jadi pepandailah bilih program tv yang boleh menambahkan ilmu kita sebagai seorang muslim.  Aku suka giler tengok channel tvAlhijrah dengan Oasis. Hari khamis malam ada tazkirah malam jumaat, setiap hari pukul 7.30 malam ada slot keagamaan. Pastu kat tvAlhijrah setiap hari pukul 10 pagi memang wajiblah aku bukak program Dhuha. Macam baca almatsurat dan mengaji surah al-waqiah atau al-mulk. Insha allah aku dalam usaha nak hafal surah surah ni beserta maksud.


3. Media sosial

Apa guna ada media sosial tapi tak guna sebaiknya. Kat Facebook Instagram Twitter Blog  berlambak lambak orang share ilmu. Cuma bila di sosial media ni kena pandai pandaiah tapis. Kadang ada je tulis buat palatauuu dia jer. Rujuk balik la ngan orang yang lebih arif.


4. YouTube 

Ramai sangat golongan cendekiawan agamawan yang share ceramah mereka di YouTube. Aku save je video video dalam fon kalau ada line tenet laju, pastu nanti bosan bosan bukak lah tengok. Antara yang aku sokmo tengok dari prof muhaya, ustaz khazim, ustazah norafizah, ustaz don, ustaz ebit, dan lain. lain lagi lah. Banyak benda kita boleh belajar. Jangan jadikan alasan takdak ustaz ustazah depan mata kita tak boleh belajar agama. Dunia makin  moden, so gunalah sebaiknya wahai teman teman.   

5. Amalkan

Dah belajar, jangan lupa amalkan. Ayoh sokmo pesan jangan tinggal Al-Quran. Sebab dah terbiasa diajar dari zaman sekolah waktu maghrib dan isyak memang aku suka ngaji time tu kecuali malam tu aku ada kelas  malam. Nak istiqamah perbaiki diri ni memang agak sukar. Siapa lagi yang nak bagi semangat nak jaga iman dan islam ni kalau bukan diri sendiri.


Kadang kadang jiwa aku rasa kosong giler. So ambik wuduk dan solat taubat. Baca quran dan baca terjemahan. Jangan biar hati kosong. Bila kita keadaan macam tu, syaitan akan mudah hasut kita. Antara sumber kekuatan ustazah gitau adalah bangun solat tahajud. Allah kejut bangun malam, FIGHT untuk pergi bangun ambil wuduk dan solat. Menangis la kau sepuas puasnya time tu. Allah suka dengar kita merintih.


Bila duk sensorang ni, kita akan sedar, Allah sangat sangat dekat ngan kita. Kebergantungan kita pada tuhan sangat kuat. Allah dengar allah tahu allah ada. So jangan risau walau di mana pon kita dicampak kan insha allah kita akan usaha jaga ima  dan islam kita. insha allah