Assalamualaikum…
Hye!
Bersambung lagi kita pada hari kedua. Untuk ke pulau ni ecah dah book
pakej ngan kak zaza. Kami dapat pakej RM300 untuk seorang siap dengan bot,
makan, peralatan nak snorkeling, parasailing dan sea walking. Tak tahulah aku
bagi korang Nampak berbaloi ke idok rm300 seorang tu sebab bagi kami okey lah
tu. Awal pagi kami turun sarapan kat kedai mamak bawah hotel kami jer.
Tetibe
hujan turun ngan lebatnya. Pulak dahhhhh.. macam mana ni nak naik bot pergi
pulau hujan-hujan camtu. Kami pon pulun pergi beli baju hujan sorang satu siap
sama kaler lagi.. Kuning..! Oh, Bersamamu Digi. Tunggulah kami kak zaza tu
sampai hujan reda.
Alhamdulillah,
tak lama lepas tu hujan pon berenti. Habis tu, baju hujan tadi sia sia jerlah
kami beli. Takperlah simpan bawak balik ke sekolah masing-masing. Oh ya! Lupa
nak gitau. Kami 4 orang ni semua cikgu. Cuti-cuti sekolah ni cikgu-cikgu holiday
lah hilangkan stress. Yamboii yamboii.. ingat jadi cikgu ni tak stress ke. Masa
cutilah kita nak holiday sakan.
Okey. Sambung
cerita..
Oleh sebab
hotel kami berdepan dengan laut jer, so kami naik bot depan tu jerlah dekat
pasar filipin. Pengalaman pertama aku naik bot atas laut. Sebelum ni naik bot
merentas sungai jer. (sekolah pedalaman). Kebas bontot bontot bila bot
terhembas ke ombak. Perjalanan ke sana dalam 30 minitlah kot.
Sampai-sampai
jer kat pulau sapi.. Subahanallah..!!! cantik sungguh ciptaan tuhan. Air nya
biru baq hanggg. Cakap banyak tak guna..Nah! ushar gambor jer.
Kat sana kami
snorkerling. Tetiba aku nak berterima kasih pada BIG sebab masa BIG lah aku
belajar percaya pada life jacket untuk apungkan diri dalam air terutamanya
laut. Water confident orang panggil. Tapi
sendu jugaklah sebab mereka 3 orang pandai berenang. Aku jer tak reti so aku
berpaut pada dorang jerlah. Sokmo wani lah tolong tarik aku. Hehehe..
Kemain lagi
bersnorkeling di tepian laut bila matahari terpacak atas kepala. Panas gilerrr
oi. Siap sapu sublock spf150 lagi tuu
Setle
snorkeling, kami dibawa ke satu pelantar untuk aktiviti sea walking pulak. Kat
sana kami dapat masuk ke dasar laut tengok ikan-ikan dengan lebih dekat. Ha!
Masa nilah SJ Cam aku masuk air sebab tekanan air tinggi sngat kot pastu maybe
casing waterproof kamera tu tak cukup ketat. Sekarang dah arwah dah kamera tu..
Nasib baik ecah punyer xiomiyi masih mampu bertahan dengan jayanya.
bila dah semakin turun ke dasar laut kan, telinga jadi bengang sangat sangat macam nak terkeluar segala yang ada dalam telinga aku ni haa...
Air masuk casing (T______T)~
Berat giler benda alah tu. 25kg okey! lenguh bahu aku.
Settle
seawalking, kami balik ke pulau ambil barang-barang dan berangkat ke pulau
mamutik pulak. Sana kami diberikan makanan. Alhamdulillah kenyang.. kat sana
kami besnorkeling lagi. Tapi memandangkan aku ta reti berenang, tak dapat aku
join dorang pergi jauh dari darat untuk tengok nemo dan landak laut.
Lepas tu,
kami main parasailing. Teruja sangat nak try sebab tak pernah try.
Bila dah
ditarik naik ke atas, Subahanallah..! cantik sungguh alam ciptaan tuhan. You
can see the sky, the sea and the land and u are in the middle.
Tapii….tengah
syiok syiok tengok pemandangan tudiaaa…kena rendam dalam laut pastu angkat
balik naik ke udara pastu rendam lagi dan angkat ke udara kembali.. Huaaaaaa…
Banyak sungguh aku telan air masin.
Dah habis
parasailing, kami balik ke pulau bersiap-siap untuk balik ke hotel. Kami tak
salin baju pon. Balik jer ngan baju basah merentas pasar sebab hotel kami dekat
jer ngan jeti.
Malamnyer
pulak, kami keluar makan dekat dataran todak. Kali ni baru kami pekena seafood.
Yummy.. dapat makan seafood fresh dari laut.
Esoknya kami
akan berangkat ke kundasang dengan menyewa kereta viva rm300 untuk 4 hari.
..to be
continued…