Thursday, March 20, 2014

Cara jaga buku paling mudah



Assalamualaikum...

Kali ni aku nak share cara paling simple atau bahasa mudahnya cara paling pemalas untuk jaga buku. Sesiapa yang suka membaca mesti ada banyak buku kan. Pastu bagi buku tahan lama selalunya yang rajin akan beli pembalut buku pastu balut kemas-kemas. Tapi aku ni kurang rajin siketlah nak balut buku. Hehehehe.. Jadi aku guna cara lain untuk jaga buku bagi tahan lama..


Cara ni aku guna sejak zaman sekolah lagi. Masa sekolah menengah kami budak maresem kena beli buku teks sendiri sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Semua buku teks kami beli untuk setiap subjek. Kalo nak balut mestilah pakai pembalut buku yang banyak dan mengambil masa pulak nak balut.


So..cara yang kami buat..


Salotep tepi kulit buku jerr

Bahan yang diperlukan:
1. Gunting
2. Salotep

Cara-caranya:
1. Tarik salotep di tepi buku dari hujung ke hujung buku (rujuk gambarajah).
2. Gunting salotep
3. Lipat lebihan salotep ke muka surat bahagian belakang.
4. Ulang cara 1-3 kat bahagian tepi yang lain.
5.Tertib.


Mudah je kan..!


Selalunya buku akan rosak pada bahagian tepi terutama bahagian tepi kulit buku. So, nak mudah kita jaga tepi kulit buku jerlah dengan salotep. Jimat belanja, jimat masa nak buat. Kaaannn...


Tutorial ni SAH untuk buku biasa jer. Jangan pulak guna cara aku ajar ni untuk balut buku teks adik-adik atau anak-anak. BUKU TEKS SEKOLAH sila balut pakai pembalut buku. Aku tak balut buku teks masa sekolah dulu sebab tu bukan buku pinjaman sekolah. Yang tu memang kami beli sendiri sebab tak de skim pinjaman buku teks masa kat maresem. Wokey..


Tuesday, March 18, 2014

Monoloque #1




We're still under the same sky; that's a relief. And that's all that really matters.
No matter the distance, i'll have that reassurance that we're under the same sky. STILL.




Monday, March 17, 2014

Tarian oh tarian

Assalamualaikum…

 Selasa minggu lepas kat sekolah ada majlis persaraan. Cikgu-cikgu dan murid-murid kena buat persembahan untuk majlis tu. Minggu sebelum hari kejadian kami guru praktikum berlatih untuk menari. Aku ingatkan kena menari sebuah lagu je rupa-rupanya 3 buah lagu.. Wohaaa,,,!!


Aku ni menari pon tak reti. Ingat lagi masa foundation kami satu kelas wajib masuk pertandingan lagu rakyat. Perempuan kelas aku menari lagu umbuk mayang di umbuk. Memang keras kayu lah kami menari kecuali thaeva ngan fatin. Tetiba kat sekolah kena menarilah pulok.. Kalo depan cikgu-cikgu je aku okeylah siket tak rasa segan sangat. Ni kena menari depan PPD ngan anak murid. Hadoiii.. malu woi nak menari depan murid.

Geng menari 


Geng kompang


Masa hari kejadian, lepas mekap buh bunga 2 ketul kat kepala terjumpa anak murid. “Cikgu menari jap gi ea?”. Dalam hati berdebor berpeluh-peluh ase. Dah la pakai baju kurung plain. Nasib baik ketiak tak basah sebab dah get ready pakai inner kat dalam. Jumpa pulok Faqeh ngan Zul, budak maktab aku. “ooo kat maktab ang tak pulak menari. Mai sekolah kena menari. Hahaha.” Yang dorang pulak kena bersilat . Bersungguh bersilat kat sekolah.


Semasa persembahan tu aku ngan cikwe bantai gelak je atas stage sambil menari hanyut dalam dunia sendiri. Pastu tengok GB macam hepy je tu kira okeylah walaupon step tak sama sangat. Dalam hati masing-masing kira nak bagi habes je nak cecepat turun dari stage tu.

Paksa murid buat peace


Keesokkan harinya, kelas berjalan macam biasa. Sebelum gi sekolah duk kata kat diri sendiri. “jangan sampai ada mrid duk sebut-sebut pasal kes tarian semalam sudahla”.


So, dapatlah pengalaman baru lagi kat sekolah tu. Moral of the story, kena jadi cikgu serba boleh. Tak pandai menari pon try ler jugak menari walaupon keras macam kayu. Sebab kat sekolah nanti kita tatau tugas apa yang kita kena buat. 

Wednesday, March 12, 2014

Rileksss tapi...


Assalamualaikum..

Mulai harini sampai selasa minggu depan murid-murid ada exam tapi bukan semua murid exam. Kan tahun 1 sampai tahun 4 dah tak guna sistem peperiksaan. Dorang dah masuk dalam PBS. Yang exam murid tahun 5 ngan tahun 6. Disebabkan aku ajar subjek KT ngan PSK tahun 5 so aku boleh rilek tido awal bangun awal sket la sebab tak yah pikir pasal nak buat rancangan mengajar. Yippeee..!




Tapiiiiii....


Ada tapinya jugak.. Aku ni assignment tak start satu habuk pon lagi. Microsoft word pon tak bukak lagi. Okeylah.. aku nak kena masuk kelas jaga exam. Bye. 
 

Sunday, March 9, 2014

Kita tanya, Allah jawab


Assalamualaikum…


Apa khabar iman anda hari ini? 


Semoga kamu sihat walafiat. Sekarang musim panas. Kat KL berjerebu dan sekarang pon banyak kes denggi. Sama-sama lah kita menjaga kesihatan. Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Bukan kat kamu je aku nasihat, anak murid aku pon aku nasihat perkara yang sama. 


Ada satu perkara aku nak share ngan kamu semua selepas membaca buku Ahmad Ammar: Satu kematian yang hidup. Kamu dah baca belom buku ni?

 

1. Ketika kita mengeluh, “Ee…aku penat sangat.
Allah menjawab. “ Tidakkah kami menjadikan tidurmu sebagai istirehat.” (78:9)


2. ketika kita mengeluh. “Beratnya dugaan ini. Tak sanggup rasanya aku.”
Allah menjawab. “Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)


3. Ketika kita mengeluh, “Serabutnya!
Allah menjawab, “Hanya dengan mengingatiku, hati akan menjadi tenang.” (13:28)


4. Ketika kita mengeluh, “Apa yang aku buat ini semuanya sia-sia.
Allah menjawab, “Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipon nescaya ia akan melihat balasannya.”


5. Ketika kita mengeluh, “Tidak ada seorang pon yang mahu menolong aku.
Allah menjawab. “Berdoalah (mintalah) kepada Aku, nescaya Aku kabulkan untukmu.” (40:60)


6. Ketika kita mengeluh, “Aku sedih sangat.”
Allah menjawab, “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kamu.” (9:40)


Mesti pernah atau selalu kan kita mengeluh dengan keluhan-keluhan di atas. Aku pon pernah. Kenkadang bila kita mengeluh, kita akan mencari manusia untuk luahkan perasaan kita. Padahal yang paling sanggup mendengar dan menenangkan kita hanyalah Allah yang satu. Inshallah,…dan jangan juga kita selalu menggunakan perkataan "Aku busy" untuk mengelak. sebagai contoh kawan kita tegur "Hye awak, pe kabar?" Kamu reply "Aku busy..nanti-nantilah meseg kalo aku free"... Satu hari nanti kamu betol-betol busy/sibuk kalo selalu sangat guna . baru padan muka....sekadar kongsi ilmu ngan kamu. Ilmu kalo tak share nanti ilang..rugi jerrr belajor tapi tak share. :)