Monday, August 31, 2009

my happy ending

This entry is dedicated to a nice person yang tiba-tiba jer rasa nak cerita tentang si dia kerana ketika ini i really really double really miss her. Everything i did must be followed with the moment that i spent with her. So please 'this person' come and visit me here untuk mengubat kerinduan. (T__T) wtf

the person yang i nak ceritakan adalah LELE.Starting with a day we had a friendly netball match masa standard 6. Masa match tu geng-geng lele duk jerit jerit "shoot solehah shoot" (lele jadi GS, bukan giller seks eh!) aku masa tu jadi C tengah lilau lilau cari bola tak dapat dapat asyik dengar ayat tu jek. Tension ah sebab masa tu bodoh english tak tahu maksud "SHOOT". aku duk aim jer budak solehah tu sebab skola aku kalah berapa puluh ntah berbalas 0. Tu semua angkara lele and the geng ah.

Tengok-tengok budak yang kuang.hajar. kalahkan.sekolah.aku masuk kelas malam bahasa enggeris Puan Rozilin sekali ngan aku. Baru aku faham shoot tu masukkan/sumbatkan dan solehah tu nama budak tu dan bila digabungkan jadi MASUKKAN SOLEHAH into the net?? hahaha.

the person standing next to me is Lele. Now i wonder that i'm quite taller than her.

Masa daftar masuk form 1 kat MRSM PDRM KULIM i meet her again. fuh! again babe. Benda yang aku ngan Lele rapat sebab geng ngan dia event last last aku terpinggir sebab satu insident yang aku.rasa.aku.tak.salah. tapi Lele masih kawan ngan aku. Tambahan pula, ceh ayat skema karangan bahasa melayu aku 1 homeroom ngan Lele, pulang ke kampung sekali,pergi makan sekali, plan ambil lesen kereta sekali even Lele 2 kali FAIL dan aku tak sempat test. so, kami dua dua tak de lesen.


graduation day

Kami pilih nak masuk KEMPAH dan dapat matrik sama sama. Masa daftar bajet nak dapat 1 room tapi Lele ah pergi buat tertinggal dokumen apa ntah menyebabkan aku dapat room tingkat 2 dia tingkat 3.


Moment yang aku rasa paling syahdu sekali selepas aku terpisah ngan Lele adalah part shopping. Sumpah nak nangis sebab selama study sama-sama aku paling best shopping ngan Lele instead of my boy. Sekarang aku kena jalan sorang-sorang pilih baju, pilih kasut,beg and window shopping in silent mode. tsk

sorry ah lele sebab aku buat sejarah nama solehah jadi leha dan paling vogue dan moden sekali panggilan LELE ah.

If you are reading this Lele please contact me. PLIZZZZ



Friday, August 28, 2009

mak, ..aku nak baju raya

hello semua..lama rasanya aku tak muncul sini. rindu sama aku tak?? sila ngaku semua. ceh, macam lah ada orang rindu kat kau azi. kita masih dalam bulan puasa ni tak baik tau tipu-tipu. kalau rindu ngaku cepat-cepat. haikk, bulan puasa je ke kena cakap terus terang..okey. stop sini jek pasal rindu. tak mau ngaku sudah. nada merajuk


baju raya kamu kaler apa tahun ni? berapa pasang? aku punyer sepasang je kot. mak aku yang bagitahu cenggitu. tahu mak saja cakap gitu kan. tak mahu aku excited beraya macam lah usia aku masih muda sangat nak beraya sampai 5-6 pasang. 19 tahun muda lagi ah. lagi 2-3 tahun boleh lah nak kahwin kan. cehceh, gatai kamu ye shazika.


memang suprise kejutan gampang giler ah baju raya aku tahun ni. hari ni nak raya baru dapat tengok. annoying kan treat aku macam sampai tahap ni. ni mesti mak aku ambil ukuran baju yang lama-lama. kompem gedabak besar baju aku. mak masih tak dapat terima hakikat bahwasanya anakandanya ni dah shrink tak macam dulu lagi. sight (T__T)


tema kaler baju family aku tahun ni oren nak macam cokelat gitu. yang ni pon mak aku yang cakap. bukan aku. giler kau tak dapat imagine lagi ni rupa paras baju raya aku. (~~.") terasa mahu esok terus raya nak tengok baju raya. hahahaha


tak sampai seminggu puasa dah nak terus raya. apa yang pasti, semakin dewasa semakin sikit jumlah duit raya terkumpul. dulu aku ngan adik-adik akan berjalan satu kampung sapai ke kampung sebelah pergi kutip duit raya. pernah jugak konvoi ngan anak-anak jiran tidak kurang dari 20 orang pergi serbu dari rumah ke rumah. syioookkk woh.


semua tu kenangan je lah sekarang dah tua bangka gini hari raya tinggal di rumah hidang juadah untuk tetamu.


ni buat tatapan yang rindu kat i. chow dulu yek. daaaaa



oh..ramainya yang rindu i rupanya. tadi tak nak ngaku. ewah



Sunday, August 23, 2009

i nak jugak...wokeh

oleh kerana sekarang dah masuk bulan puasa..i nak ucapkan SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA kepada semua readers yang muncul kat laman i ni..


perkara yang mendukacitakan dah pasti menduka citakan untuk ramadhan dan syawal tahun ni adalah:

  1. i kehilangan datuk tercinta sehari selepas i daftar kat IPIK. tahun ni beraya tanpa seorang datuk. semoga tok ki i di tempatkan di kalangan yang soleh.
  2. baju raya tahun ni mak yang pilihkan seperti tahun-tahun lalu. sedih every year aku tak leh buat pilihan sendiri sebab asyik tinggal jauh dari family. sight (T__T)
  3. 1st day sahur dan berbuka puasa kat umah mama. mak, ayah dan adik-adik sibuk call i bila nak balik rumah berbuka dan bersahur sama-sama. esok kakak mu ini pulanglah. ceceh, padahal dorang tak sabar-sabar nak tanya macm-macam kat i yang tiba-tiba menetap kat KL..

dan...dan yang terakhir membelenggu fikiran i sampai sekarang adalah..



AGAK-AGAK TAHUN NI ADA TAK ORANG NAK KASI DUIT RAYA KAT I YANG BERUSIA 19 TAHUN NI???


i paksa semua yang 20 tahun ke atas poskan duit raya untuk i..hahahaha



Friday, August 14, 2009

sad entry

Happy Birthday

komfem besday budak ni tahun ni akan jadi seperti tahun-tahun lepas.

no party

no presents

no friends

no boyfriend

no family



all she got is only wishes and ALONE...!!!!







myspace layout images




Wednesday, August 12, 2009

keputusan pasal nilai berat shazika selepas seminggu

first sekali I nak ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian korang bagi tips-tips yang bernas untuk I tambah berat dalam masa seminggu. SAAAAAYAANG KORANG SEMUA. Korang memang havoc bagi respon. Tengkiu tengkiu (**,


Hari isnin ni, 17 ogos I kena buat medical check up so I tak tahu lagi la berat terkini berapa. Mmmmmm I rasa mungkin tak lebih tak kurang sangat kot. Kenapa I cakap macam tu?? Korang nak tahu apa symptom yang I hadapi setelah mengamalkan tips-tips tu semua. Check it out now


MAKAN JE SEMUA JENIS MAKANAN KALAU RASA LAPAR..yang ni I amalkan tapi oleh kerana I hentam keromo ja main bedal segala jenis makanan resultnya I dapat cirit-birit. Makan sikit je pon pasti nak pergi toilet. Pastu I stop makan dan berpuasa. Habis 1 hari puasa I jadi FEAR NAK MAKAN Memang ramai jugak ah member-member I tegur “kenapa muka kau pucat azi?’’


Lagipon I sibuk kena ke hulu ke hilir nak setlekan pasal kemasukan I ke maktab . just imagine lah I dapat tahu I dapat maktab lagi 5 hari dari tarikh pendaftaran kalut sangat-sangat. Sedih tak sempat jumpa budak-budak agribusiness (T__T)


Yang paling menyeramkan pasal biasanya kalau kita makan banyak-banyak tapi tak naik naik jugak nanti lepas beranak (melahirkan anak) badan naik mendadak kan. So scary.


tapi kesimpulannya agak sukar nak berat meningkat secara mendadak dalam1 minggu kan.

Wednesday, August 5, 2009

need your support

aku teringin nak capai berat more than 40kg. so now for this coming aniversary kelahiran aku ke 19, aku nak impian aku jadi kenyataan.

sekarang i paksa semua bagi cadangan macamana nak tingkatkan berat sampai 45kg dalam masa 1 minggu. 1 MINGGU JE WOKEH MASA YANG ADA.

kerjasama kalian amat aku harapkan. bagi yang bernas sikit. kalau nak paksa aku minum weight gain aku tak boleh. my mum kata pakai cara selain weight gain. (T__T)