Thursday, May 28, 2009

Kalau setakat nak muka cantik, belum try belum tahu

Sedang aku syok tengok cerita upik abu dan laura (euuwww, whatever!) pastu tiba-tiba iklan pencuci gigi colgate. Dalam iklan tu siap cakap lagi semua pakar syorkan pakai colgate bagi gigi sihat. Siap ada model gigi ntah gigi betul atau gigi palsu. Lebih 5 menet iklan start balik tengok minah gedik laura dan konco-konconya. Lepas tu iklan lagi. AMBOIII, ASYIK IKLAN JER KEJE KAU. AKU BARU JER NAK LAYAN SUSPEN CERITA TUH. Tv3 kalau iklan bukan sekejap. Cerita kalau start pukul 2.30 habes 3.30 padahal setengah jam je pon cerita tu.

Tadi iklan colgate, sekarang sensodyne pulak. Yang ni pon pakar pergigian kata bagus siap ada kata-kata lagi dari doktor Negara lain. Sekarang mana satu pilihan pakar dan doktor-doktor pergigian? Konpius ni wehhh.. tolong jujur sket yang mana satu bagus.

Cerita setengah jam iklan jer yang lebih nak promote barang yang majoritinya pasal kecantikan. Ubat penyental muka kalau setakat ambil model yang memang azalinya cantik dan belum tentu model tu guna produk tu untuk sental kat muka dorang. Oleh kerana dulu aku bodoh sangat percaya kat iklan tengok pompuan dalam iklan tu lawa gilerr pakai ubat tu tak pasal-psal tumbuh gunung-ganang kat muka aku. KERANA STATUS ITU LAH AKU MASUK GENG BULAN MASA KAT MRSM DULU.
 
Model iklan pon kebanyakkannya bukan model Malaysia pon. Suara jer dah translate dalam malay kalau tengok gerak bibir boleh agak dorang cakap omputeh. Tak boleh ke masa iklan tu kurangkan promote barang-barang macam tu nak tipu-tipu penonton. Lagi bagus kalau bagi iklan kempem kesedaran jalan raya ke, cara mencegah denggi ke, bagitahu tempat-tempat menarik kat Malaysia untuk bercuti ke. Tak de la nak keluar iklan aku rasa paling tak best kopi untuk tingkatkan nafu syahwat, sabun tegangkan tetek dan sama waktu dengannya.
Daripada duk promote ubat gigi mana yang terbest da bomm gitu baik cerita pasal macam mana nak berus gigi dengan betul. Setakat ubat gigi je sedap ditambahkan lagi dengan toothbrush yang canggih tak de gunanya kalau cara tak betul. Harap media tv Malaysia lebih prihatin hal-hal cenggini. (T__T”)

Wednesday, May 20, 2009

akhirnya...

maaf kan aku sayang
terpaksa meninggalkan kau
walaupun pertemuan kita singkat
tapi
sangat bermakna buat aku



tsk. tsk (!__!)

Monday, May 11, 2009

vote for CHAQ

korang tengok tak Mentor musim ke 3? aku minat chaq. jangan lupa beli topup banyak-banyak vote Chaq. (aku tak pernah pon undi lagi) tapi aku suka stail dia menari. dah la stailo. Chaq abang kepada Stacy kalau korang tak tahu lagi. more details about hi, check it out this web Chaq




Undi ChaqMENTOR CHAQ KE 33399
sms MENTOR -jarak - Chaq untuk 1 undi,
sms MENTOR5 -jarak- Chaq untuk 5 votes,
sms MENTOR10 -jarak- Chaq untuk 10 votes.
MENTOR = 1 vote = RM 0.50
MENTOR5 = 5 votes = RM 2.50
MENTOR10 = 10 votes = RM 5.00






aku minat nak buat rambut stail keena. agak-agak kalau sikat rambut boleh tercabut tak gigi sikat?

Monday, May 4, 2009

Swine flu (selsema babi) amaran kepada kita manusia

Satu hari babi 1 tak sihat. Kawan babi 1, babi 2 bertanya kepada babi 1

Babi 2: kau sakit apa babi?
Babi 1: aku kena selsema babi

Babi 2 bertanya lagi.

Babi 2: sakit apa?
Babai 1: selsema babi
Babi 2: sakit apa? (tanya lagi buat-buat bodoh)

Oleh kerana bengang dengan soalan yang sama, babi 1 menjawab

Babi 1: SELSEMA LAH... BABI..!!!!