Friday, November 13, 2015

Ke Sabah Ke Kiter : Part 2

                                           
Assalamualaikum… 
Hye! 

Bersambung lagi kita pada hari kedua. Untuk ke pulau ni ecah dah book pakej ngan kak zaza. Kami dapat pakej RM300 untuk seorang siap dengan bot, makan, peralatan nak snorkeling, parasailing dan sea walking. Tak tahulah aku bagi korang Nampak berbaloi ke idok rm300 seorang tu sebab bagi kami okey lah tu. Awal pagi kami turun sarapan kat kedai mamak bawah hotel kami jer. 

Tetibe hujan turun ngan lebatnya. Pulak dahhhhh.. macam mana ni nak naik bot pergi pulau hujan-hujan camtu. Kami pon pulun pergi beli baju hujan sorang satu siap sama kaler lagi.. Kuning..! Oh, Bersamamu Digi. Tunggulah kami kak zaza tu sampai hujan reda.




Alhamdulillah, tak lama lepas tu hujan pon berenti. Habis tu, baju hujan tadi sia sia jerlah kami beli. Takperlah simpan bawak balik ke sekolah masing-masing. Oh ya! Lupa nak gitau. Kami 4 orang ni semua cikgu. Cuti-cuti sekolah ni cikgu-cikgu holiday lah hilangkan stress. Yamboii yamboii.. ingat jadi cikgu ni tak stress ke. Masa cutilah kita nak holiday sakan.


Okey. Sambung cerita..


Oleh sebab hotel kami berdepan dengan laut jer, so kami naik bot depan tu jerlah dekat pasar filipin. Pengalaman pertama aku naik bot atas laut. Sebelum ni naik bot merentas sungai jer. (sekolah pedalaman). Kebas bontot bontot bila bot terhembas ke ombak. Perjalanan ke sana dalam 30 minitlah kot.


Sampai-sampai jer kat pulau sapi.. Subahanallah..!!! cantik sungguh ciptaan tuhan. Air nya biru baq hanggg. Cakap banyak tak guna..Nah! ushar gambor jer.



Kat sana kami snorkerling. Tetiba aku nak berterima kasih pada BIG sebab masa BIG lah aku belajar percaya pada life jacket untuk apungkan diri dalam air terutamanya laut. Water confident orang panggil.  Tapi sendu jugaklah sebab mereka 3 orang pandai berenang. Aku jer tak reti so aku berpaut pada dorang jerlah. Sokmo wani lah tolong tarik aku. Hehehe..





Kemain lagi bersnorkeling di tepian laut bila matahari terpacak atas kepala. Panas gilerrr oi. Siap sapu sublock spf150 lagi tuu


Setle snorkeling, kami dibawa ke satu pelantar untuk aktiviti sea walking pulak. Kat sana kami dapat masuk ke dasar laut tengok ikan-ikan dengan lebih dekat. Ha! Masa nilah SJ Cam aku masuk air sebab tekanan air tinggi sngat kot pastu maybe casing waterproof kamera tu tak cukup ketat. Sekarang dah arwah dah kamera tu.. Nasib baik ecah punyer xiomiyi masih mampu bertahan dengan jayanya.

bila dah semakin turun ke dasar laut kan, telinga jadi bengang sangat sangat macam nak terkeluar segala yang ada dalam telinga aku ni haa...



Air masuk casing (T______T)~




Berat giler benda alah tu. 25kg okey! lenguh bahu aku. 


Settle seawalking, kami balik ke pulau ambil barang-barang dan berangkat ke pulau mamutik pulak. Sana kami diberikan makanan. Alhamdulillah kenyang.. kat sana kami besnorkeling lagi. Tapi memandangkan aku ta reti berenang, tak dapat aku join dorang pergi jauh dari darat untuk tengok nemo dan landak laut.




Lepas tu, kami main parasailing. Teruja sangat nak try sebab tak pernah try.
Bila dah ditarik naik ke atas, Subahanallah..! cantik sungguh alam ciptaan tuhan. You can see the sky, the sea and the land and u are in the middle. 





Tapii….tengah syiok syiok tengok pemandangan tudiaaa…kena rendam dalam laut pastu angkat balik naik ke udara pastu rendam lagi dan angkat ke udara kembali.. Huaaaaaa… Banyak sungguh aku telan air masin.


Dah habis parasailing, kami balik ke pulau bersiap-siap untuk balik ke hotel. Kami tak salin baju pon. Balik jer ngan baju basah merentas pasar sebab hotel kami dekat jer ngan jeti.
Malamnyer pulak, kami keluar makan dekat dataran todak. Kali ni baru kami pekena seafood. Yummy.. dapat makan seafood fresh dari laut.


Esoknya kami akan berangkat ke kundasang dengan menyewa kereta viva rm300 untuk 4 hari.



..to be continued…

2 comments:

Luqman Zakaria said...

wah..seriously best giler..sea walking dengan parasailing tuh macam syok jer..teringin nak try..

Kak Vit said...

Ya Allah bestnyaa..., RM300 tu kira murah tu dik.. btw, salam perkenalan.. :))

<a href="http://werdakembalifitrah.blogspot.my/2015/11/rasai-werda-di-hong-kong.html<b>Jom follow saya </b></a>