Assalamualaikum…
Tinggal lagi 1 minggu je nak cuti sekolah dan balik kampong
sendiri.. Yahoo..! Dalam masa yang sama aku sedang menghadapi masalah besor ni.
Macam mana aku nak menghadap keluarga aku selepas habis tahun pertama bergelar
guru di LJ? Ofkos dorang akan tengok luaran dulu.
Apa yang membimbangkan ko sangat ni ?
Aku sedih sebab dah nak habis sekolah ni muka aku makin
saleng (bahasa kenyah) kalau dalam bahasa melayunya gelap/hitam. :’(
Bila ushar-ushar gambor lama-lama kan masa awal-awal dulu
aku sampai ke LJ boleh Nampak lah aku ni berisi sket dan cerah hasil sental
muka ngan tabita kan. Berbanding sekarang saleng dan Nampak kecik sangat muka
dan badan sendiri. Aku dah siap analisa (ceceh analisa) punca sebenar.. jom
kita siasat..
Memang di LJ ni aku nak cakap ‘crazy damn hot’ bila waktu
siang dan sejuk pada waktu malam. Tambah pulak bilik aku mengadap mentari so
kalo aku tidur petang umpama aku bersauna sambil bersantai di tepian pantai
umpama minah saleh. Tudiaaaaaa…
Pastu cuti sekolah bulan 9 aritu aku gi Sabah. Eh, lupa
pulak nak update pasal Sabah kat belog. Hehehehe.. Antara aktiviti kami di sana
adalah island hoping. Dari pagi sampai ke petang seharian duk berjemur di pulau.
Pastu tetengah hari aku boleh releks jer ber snorkeling di tepian pantai sekali
lagi gunakan perumpamaan umpama minah saleh. So hasilnya dapatlah sunburn.
Balik sekolah member aku tegur
“ Zi, bakpe aku tengok mung koho gelap eh?” (cakak ganu sket..hihihi)
Sentap achik tauuuuu..
Seminggu lepas balik dari holiday, nama aku naik kena ikut
budak pergi sukan. Habisss laaaa… Makin dahsyat saleng nyerrr.. Masa nama aku
naik tu, sekali lagi member aku yang tadi tu tegur
“Habis la zi..koho
gelap ah mung”. Huaaaaa…
Sekali lagi achik redhooo..
Dah citer panjang labor ni mesti uols nak tengok result dia
kan. Hahahaha.. Tau sangat dah. Lepas tengok gambor ni jangan carut aku wokey..
ok lah. Nak gi tempek aloe vera lagi ke muka sampai habis
sebotol.
Bye.!
No comments:
Post a Comment