Saturday, November 21, 2015

Holiday tahun pertama

Assalamualaikum...

Sepanjang setahun duk di borneo ni alhamdulillah aku dapat ronda-ronda dan berholiday ngan kawan-kawan. Mak aku pesan, sementara berada di negeri orang ni gi lah berjalan. kalau cuti tak panjang tak payah balik kampung pon tak pe. Makcik pakcik aku pon pesan benda yang sama. Nanti dah balik semenanjung payah dah lah nak ada peluang berjalan-jalan di tempat orang. Sebab tu kalau cuti sekolah seminggu memnag aku tak baliklah. Deal ngan kawan-kawan sape yang tak balik ajak pergi melancong dan melencong..


Ni holiday pertama aku. Ronda-ronda negeri S bersama keluarga sofia. Sofia ni junior n roomate aku masa kat maktab. Kebetulan pulak kena posting ssini kan. So ada cuti sekolah seminggu bulan 3 aku tak balik kampung. Berjalan lah aku bersama mereka. seronok sangat sebab dapat jelajah hampir separuh sarawak. terima kasih banyak kat makcik pakcik dan sofia sudi tumpangkan aku tinggal ngan dorang pastu siap abwak berjalan lagi.

Nah..sungai rajang telah ku rentasi.. Tapi rentasi naik feri lah. Hehehehee..


Pastu bulan 4 ada lagi cuti sekolah. Yang cuti ni pon aku tak balik. Join kawan-kawan pergi holiday ke Kuching pulok. Syiok kalau ada kawan-kawan yang suka berjalan dan sempoi.. Aku lupa pulak nak update pasal cuti-cuti ke kuching ni. Dah lama dah malas dah aku nak imbas cerita holiday aritu. Kasi gambor jerlah siket.

Ni semua kawan-kawan di maktab yang mengajar di sarawak jugak tapi kami daerah lain-lain pastu kami cadanglah berjumpa di kuching sambil-sambil berjalan cuti sekolah.




Semasa di kampung budaya

.
Pastu cuti sekolah bulang 5 6 7 opkos lah balik kampung sebab cuti sekolah panjang dan cuti hari raya pulok tu. Maunyer nanti kena bahan ngan family kalau aku tak balik. Lama oiiii aku tak balik sejak datang sarawak since bulan 1 okey. Selepas 5 bulan baru balik kampung. Tapi sebelum sampai rumah tu sempat lagi aku menynggah ke kelantan gi kenduri kawen cikwe. Dapatlah berjumpa ngan classmates fantasticfour. Tau tau jerlah kalau dah berjumpa tu masing masing nak bercerita. Hampir separuh classmates aku kena campak ke sarawak dan separuh lagi stay KL. 







Pastu cuti sekolah bulan 9 pulak bercuti lagi aku ke negeri dibawah bayu selama seminggu... Ada aku update siket pasal holiday sabah ni di older post. Pandai-pandailah godek entry lama. Nah..kasi gambor siket tempat-tempat yang kami gi holiday..





udah udah lah tu bergambor... kita sambung holiday next year pulak. tapi urrrmmmmm dah ada cuti yang aku dah beli tiket balik kampung sebab tiket flight murah..hahahhaha.. 

No comments: