Saturday, November 7, 2015

Peneman kebosanan di LJ

Assalamualaikummm...

Hidup di LJ kalau pandai buat aktiviti xda la bosan sangat. Tapi memandangkan aku sekarang dah malas nak beriadah, bila balik dari sekolah duk rumah jer. Aktiviti yang selalu aku buat memasak tengok tv pastu membaca. Kenkadang kalau tengok tv jer selalu x boleh jugak. Kenkadang tv pon x de siaran so aku kena jugak ada stok bacaan.

Ni lah peneman di kala kebosanan..hehehe

Setiap kali keluar ke bandar aku akan make sure beli beberapa buah buku. Aku pon dah buat member card popular. Sebab nak dapat diskaun. Hehehe..

Tu lah antara buku buku aku di LJ. Ada beberapa buah aku mintak tolong kezen aku belikan dari KL pastu pos kat aku. Sebab kat bandar M tak de buku yang aku nak tu.

Setakat ni dah habis baca:
1. Opkos la lawak kampus
2. Tribulasi 365
3. Diagnosis

Yang lain lain tu semua separuh jalan jer baca. Ikut mood lah nak baca buku agama ke buku english ke atau buku motivasi. Aku rasa kena beli lagilah buku motivasi sebab duk dalam ni rasa macam lack of motivation la pulok. Tak mau lah asyik sedih sedih jer kan. So aku beli buku chicken soup for the soul; teacher tales.


Haa! Buku motivasi dr.HmTuah tu aku ingatkan macam buku buku motivasi dia yang selalu aku beli tu. Rupa rupanya buku bab alam rumah tangga.. hadoiiii.. tak perlah prepare untuk masa hadapan.

Nanti nak angkut buku yang dah baca bawak balik kampung. Tambah koleksi dalam mini library aku.. yahoo..!


No comments: