Thursday, November 12, 2015

Nightmare di LJ

Assalamualaikum…


Selalu duk cerita benda yang best best jer kan so kali ni kita kasi cerita seram sket la. Selepas cuti sekolah bulan 9 , sekolah aku ada buat bbq pada malam tu. Selalu jer kami berkumpul ramai-ramai cikgu-cikgu dan staff sekolah. Sambil-sambil makan kami berborak bercerita mengeratkan silaturahim. So keluar lah cerita pasal penanggal. Aku dengar jerlah kan. Tak lama lepas tu kami terdengar ada orang menjerit. Slow jerlah bunyinya. Aku beranggapan bunyi tu dari tv rumah cikgu E sebab dia bukak tv pastu bukak pulak pintu rumah. Bila habis bbq kami pon balik rumah masing masing.


Pada malam tu aku tidoq macam biasa jerlah. Basuh kaki baca doa tido. Masa ni aku cuti solat. Tiba-tiba tengah malam aku terjaga. Memang sokmo aku terjaga tengah tengah malam. Tapi kali ni lain macam. Aku rasa macam ada orang duduk atas katil aku. Korang pernah tak tengah baring-baring pastu member mai duk sekali atas katil. So rasa macam ada punggung duduk atas tilam kita.


Lepas tuuuuuu.. start lah tak boleh gerak. Orang kata kena tindih. Ni first time aku kena tindih di LJ. Tetiba ada tangan pegang kaki aku. I can feel the skin from the hand of ‘that person’ was touching my leg..!! Aku baca segala ayat al-quran, ayat kursi dengan sungguh-sungguh. Bila dah lepas aku keluar bilik ketuk pintu bilik kak sa.


Kak sa..!

Kak sa..!


Bila kak sa keluar terus aku ajak kak sa nak tidur sama ngan dia. Huaaaa..!
Sokmo kalau kat maresem atau kat maktab kalau terjaga tengah malam takut takut aku akan pi tidoq ngan orang. Tapi kak sa kata gi tidur bukak lampu jangan bergelap. Masuklah aku ke bilik semula pusing kanan pusing kiri berusaha nak tidur sampailah tertidur. Esoknya bangun  siap-siap nak gi sekolah buat macam biasa.


Selepas pada kejadian itu sampai sekarang aku tidoq bukak lampu sambil letak towel atas mata sebab aku ni silau tak dapat aku tido kalo tak gelap. Dan aku akan pasang bacaan al-quran guna fon lampu suluh sampailah ke pagi. Hasil lepas sebulan lebih tido pasang lampu aku rasa mata aku makin lebam dan kulit kusam sebab tidor bawah cahaya is really not good for our skin.. Begitulah ceritanya..


sebab tu aku marah kalau orang main-main citer hantu ngan aku.  Bukanlah nak kata penakut sangat atau terlalu berani sangat. Kadang-kadang kena beringat jugak kan.. aku harap ni last aku kena macam tu. Huhuhu…. Serik!


No comments: