Sunday, February 1, 2015

Tanjat gege...

Assalamualaikum semua....

Syukur alhamdulillah aku dan kawan kawan semua dah dapat posting. Sementara masih ada line internet ni boleh lah aku update travelog perjalanan aku sepanjang perjalanan untuk sampai ke s sekolah baru aku nanti..

Result posting keluar pada hari selasa.. Kami diberi notis 24 jam untuk berkumpul di kuala lumpur bagi semua guru guru yang dapat ke sabah sarawak. Korang dah boleh agak kan ke mana sekoah aku nanti. Hahahaha..

Pagi selasa tu ruby yang call aku suruh cek penempatan.. Cuak giler aku. Nak online pulak tenet slow giler menambahkan stress aku ni. Ahamduliah ruby tolomg chek kan. Dapat tau je aku dapat negeri tu pastu kena pergi daftar plak keesokan harinya terus aku menggelabah sampai tahap nak terkencing. Buntu. Blurrr. Terus aku call mak aku.. Hadoiiii...mak aku tak angkat fon pulok.. Call plak ayah aku.. Paksa dia balik sekarang.

Lepas call ayaj aku..aku call lagi sekali mak aku.. Yess..call di angkat.. Terus aku suruh mak aku balik dari sekolah la la tu jugak.

Menangis tak bila dapat tahu??

Menangis lah hoiii..hahahaha.. Adik aku buleh plak gelak gelak kan aku..


Bila mak ayah aku balik. Dorang gi beli tiket bas pastu tolong aku packing. Pastu aku contact family untuk inform pasal pemergian aku. Malam tu jugak aku gerak gi kl naik bas. Family aku hantar sampai stesen bas ganu jer. Eh.. Tak de masalah.. Tak sedih pon kalau family tak leh ikut hntar sampai kl. Aku kan dah biasa merantau sorang sorang. Lagi pon aku kan ada achik ruby ala ala mak aku tu kat kl. Hahahaha.. Tu yang aku tak risau sangat.

Sampai kl aku tinggal ngan ruby. Ruby tolong banyak dah aku. Tolong bawak gi imegresen sebab tak sempat nak buat kat ganu. Pastu bawak aku beli barang.. Pergi bank setle dokumen. Tinkiu achiikkkk sooo muchhhh....



Alahai..tetibe sebak plak berpisah ngan achik aku ni.. (T__T)


Okey..sambung balik.. Hari khamis aku mula daftar. Aku nyer sesi kedua. Stay kat hotel ada taklimat dulu sebelum esoknya fly. Kat hotel aku stay ngan kaklong. Duk hotel kena bayor sendiri. Pada malam tu kawan kawan dan junior junior ku datang melawat dan say bye bye.


Gambor ngan wafa OG je aku dapat sebab nisa tak mahu kasi gambor dia. Nyesal plak tak ganbor ngan cikwe mami pokdin ikhwan dan lain lain


Besok pagi pagi pukul 4 Pagi dah kena gerak gi klia. Dan nak di jadikan cerita
Aku ngan kaklong bangun lambat plak sampai pengurus call bilik kitorang.. Sebab semua dah berkumpul kat lobi..


Huaaaaaaaaaa......


Apakah yang akam terjadi ngan aku dan kaklong selepas itu????  Kita sambung next entry..



No comments: