Tuesday, February 3, 2015

Feeling macam holiday


Sesampainya kami kat hotel tu baru kami diberikan nama sekolah yang akan kami ditempatkan nanti. Perasaan sangat tanjat la dan rasa lucu tengok nama sekolah aku. SKLJ dalam daerah B. Terus aku khabarkan berita ini pada family menerusi wasap. Sekolah tu p3 dengar ceritanya kena masuk dalam naik 4wheel lalu jalan balak 7 hingga 8 jam jugaklah. Aku tak sedih pon sebab ramai yang dapat p3.


Pastu aku chek yang sama sekolah ngan aku. Aikkkk... Tak de plak sama sekolah ngan aku. Cuak dah aku sebab orang laim dah jumpa geng. Aku dalam hati rasa sedih tapi tak pe mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pastu badan dah letih aku ngan kaklog chek in hotel buat kali kedua.


Nice kan hotel kami menginap ni. Hahahaha.. Satu malam rm200 hoi. Hotel ni bersambunh ngan shopping complex so makan semua kami beli kat situ.

Besoknya aku dan kaklong berpecah. Aku kena naik flight ke miri pastu kaklong naik bas ke sibu.


Aku dan kawan kawan berkumpul seawal pukul 4 pagi kat lobi hotel. Sarapan pagi di sediakan. Makan diaa.... Masya Allah.. Meriah betol. Sebelum ambil makanan aku tinjau tinjau dulu macam lawatan kat muzium lagaknya. Last last aku ambil mee  hun ngan air oren jer. Perut melayu tak reti nak makan benda pelik pelik. dah la perjalanan masih jauh.

Sampai kat airport kami chek in bagasi pastu gi solat subuh lepastu tunggu waktu berlepas. Masa tu hujan renyai renyai.


Bila masuk dalam pesawat, tempat duduk aku terpisah ngan kawan kawan yang lain. Huhuhuhu.. Alhamdulillah aku dapat seat tepi tingkap kali ni. Boleh tengok pandangan luar.






SubhanaAllah.. Cantik sangat nampak awan berkepul putih. Nampak matahari terbit celah awan.. Rasa bertuah sangat allah bagi tengok keindahan ni semua.

Kebetulan aku duk seat tepi penduduk sini. Sembanh ngan dia pasal daerah yang aku akan pergi. Kawasan tu kan pedalaman. Dia sendiri pon tak pernah sampai lagi. Hahahaha...


Bila mendarat di miri, kami menaiki 4wheel drive selama sejam lebih kalau tak silap untuk ke pekan M.


Tadaaaa .. Naik kereta ni lah ngan kawan kawan.


Jalan nak ke situ punyerlah berliku liku dan tak berturap. Punyer berliku kalah ooo laluan grik ataupon laluan felda aring. Dalam perjalanan aku rasa lain macam je perut aku ni. Kang nanti termuntah menyusahkan kawan kawan plak. Selalunya ayah aku suruh tido kalau jalan gitu. Dulu biasa dah duk ulang alik ganu kedah 5 tahun lalu grik sokmo aku tido je bila pening. So tak de gambar nak tunjuk.


Sampai sampai je kat pekan M kami kena chek in hotel buat kali ketiga. Hahahahaha... Tula pasal aku cakap macam pergi holiday pulok kan.


Lepak dalam bilik makam kacang masin malaysia airlines sambil tengok suamiku encik sotong.


Kat pekan ni kami menginap 3 hari jugak la. Setle kan dokumen semua kat sini pastu ada orentasi pulak bersama ppd. Dah sampai sini barulah aku tahu yang aku sebenarnya tak keseorangan. Ada lagi 3 orang lelaki yang sama sekolah ngan aku. Alhamdulillah. Segan tu memang segan nak bergaul ngan lelaki tapi aku kena biasakan berbaik dan mesra ngan lelaki maklumlah duk tempat orang. Ngan kawan kawan jela kita bergantung harap walaupon lelaki.


So malam ni aku masih stay di hotel. Esok akan bergerak semula ke miri bersama sama 3 orang kawan lelaki aku itu. Semoga mereka dapat menjaga aku dengan baik.



1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, u kena kat sekolah mana? Slamat bertugas d sana..