Sunday, January 18, 2015

Projek mini library 2


Assalamualaikum..


Sekarang kat bilik aku dah ada mini library. Sebelum ni pon aku ada bercerita tentang projek mini library tapi sayangnya rak tersebut telah diambil alih oleh adik aku. Pastu buku buku aku semua dia taruk dalam laci meja sebabnya aku kan jarang ada kat rumah. So adik aku telah menguasai bilik aku.


Tapi sekarang tidak lagi. Aku telah kembali menjajah bilik sendiri setelah bergelar penganggur ni. Bilik itu azi yang punya. HAHAHA.. Setelah mendapatkan kembali bilik, aku telah meletakkan sebijik rak buku yang besar hasil merengek rengek kat mak ayah nak jugak rak buku sebijik.



Sebelum ni aku guna rak buku kecik jer sebab buku buku banyak kat hostel. Sekarang dah bawak balik semua buku. Buku belajar semua masih ada dalam kotak kotak kat tepi almari tu tak bawak keluar pon lagi. Yang ada atas rak ni hanya buku yang sekadar bacaan santai santai.


Setiap kotak rak mewakili jenis buku. Ada novel jiwang (adik adik aku punyer), novel english, majalah solusi dan genQ, buku motivasi, folkslore, kamus, komik dan buku cerita kanak-kanak. Seronok bila ada library sendiri. Kalau bosan ambil satu buku baca.


Bila kezen dan anak jiran datang rumah aku dorang main main pastu ajak masuk pejabat. Dorang panggil bilik aku pejabat. Huaaaaa.. Pastu aku paksa dorang ambil buku baca. Tak boleh baca kat luar sebab nanti dorang taruk merata buku. Boleh baca dalam bilik jer.


Expectation aku nak ada mini library kat rumah macam ni.


Ataupon macam ni...



Tapi realiinya...dapat yang macam ni...


Tak apa lah daripada tak de langsung kan.. Nanti bila bilangan buku bertambah kita tambah lagi satu rak buku lain..

Nak kasi siket tips nak wujudkan mini library berdasarkan apa yang dah aku lakukan..

1. Kena ada buku pelbagai jenis. Make sure buku buku yang kita suka baca. Beli buku yang kita tak suka baca sekadar nak letak kat rak buku baik x payah beli. Buh la majalah, novel jiwang kalau anda peminat novel, buku kanak kanak kalau kamu ada anak atau adik kecil.

2. Beli rak buku bersesuaian. Tengok jugak bilangan buku yang ada dan ruang yang kamu nak lepak tu sesuai untuk letak rak buku. Macam aku letak dalam bilik sebab aku suka lepak dalam bilik. Ada jugak rumah yang ada bilik bacaan sendiri. Insha allah satu hari nanti aku nak ada bilik bacaan pulak.

3. Sudah baca letak balik buku tempat asal. Kalau taruk merata jenuh nak cari. Tambah pulak ada budak kat rumah nanti dorang koyakkan buat main masak masak. Haruu plak nanti.

4. Jga buku lek lok. Aku ada share cara jaga buku paling malas iaitu salotep tepi kulit buku jer. Ushar older post aku ada share dah.


Tu jer buat kali ini.. Semoga kamu pon ada mini library kat rumah. Jumpa lagi next entry. Bye :)


1 comment:

Liyana said...

dah kumpul banyak buku untuk buat mini library. tp sekarang duk umah sewa xde ruang pun. hihi

Btw, jemput like page FB By Aloha https://www.facebook.com/byaloha

Kat sni ada jual sabun herba produk keluaran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ada banyak manfaat. =)