Saturday, February 21, 2015

Cubaan membuat panggilan talifon

Assalamualaikum from me di LJ..

Sudah dua minggu aku di sini. Alhamdulillah finally aku berjaya membuat panggilan  telefon. Yippeee! Dapat sembang ngan family dan kawan kawan. Kt sekolah ni line telefon tak dak langsung. Yang ni pon aku boleh online sebab guna wifi sekolah. Boleh whatsapp wechat intagram dan blogging. Papehal boleh contact melalui ni jer.

Kalau nak call kena pergi ke kampung berdekatan dan call guna line maxis. Nasib baik aku memang pakai no maxis.


Cubaan pertama nak call.

Kami tak tahu the specific place yang ada line. So pakat panjat bukit semata mata nak cari line. Semua pakat duk jauh jauh tak mahu bagi kacau line.



Aku call mak aku..tak lepas
Aku call adik aku..tak lepas
Aku call ayah aku..eh lepas
Tapi ayah aku bizi plak time tu boleh cakap sekejap je. Dan ayah tak da kat rumah.
Aku call mak aku lagi sekali..tak lepas
Aku call kawan kawan..tak lepas
Hurmmmm...

Aku tengok F ngn H duk sembang rancak je ngan family and tunang mereka. A pulok tak dapat call langsung.


Aku give up. Next day dorang ajak gi call lagi. Aku dah tak follow.


Few days after dat.. Kakros ajak pergi kampung kalau kalau nak call kan sambil beli barang. Aku pon follow. Sampai kat kampung ohoiiii line maxis full h+ pulok tu. Aku pon try call mak aku...tak dapat
Call ayah..eh dapat.
Aku duk hello hello..dengar tak?
Aku dengar suara mak ayah tapi dorang tak dengar suara aku pulak. Last last aku balik je. Misi tak berjaya.


Ni dah masuk dua minggu lebih aku kat sini. Semalam geng laki ajak gi sungai nak mengail sambil sambil call. Duk tepi sungai aku pon try call mak..tak lepas sebab tempoh kredit aku dah expired. Hantar whatsapp kat mak mintak tolong topupkan.



Pastu aku mencuba call. Finally!! Berjaya call mak aku..hahaha. Tak yah nak buat ayat tacing tacing nak rasa sebak sangatlah. Aku tak suka sembang sedih sedih ngan mak aku. So bergelak ketawa di tepian sungai sendirian. Mak aku gitau nanti bulan 3 tak yah balik pandai pandailah aku cari tempat tinggal berdikari untuk hidup.


Hok alohhhh...


Mak gitau "lama dah kan merantau sejak 13 tahun lagi. Mesti pandai dah nak berdikari. Tak yah balik la bulan 3. "


Iyolah mak...


Pastu sembang ngan ruby cikwe and ika. Tu jer sempat call. Dah kredit ada sepuloh hengget jer pastu kena tolak pulok ngan sos topup mana mampu nak call ramai ramai. Kuang asam ika bagi jeles aku katanya sedang berada di KLCC. Cisssss...


Pastu sedang rancak bersembang, si H dapat ikan patin sekor. Wohoaaa..!



Hari dah gelap so kena balik cepat cepat sebab perjalanan masih jauh. Setakat aku post entry ni, ini last aku call mereka. Buat masa ini lah..nanti aku gi sungai aku call lagi yek. Oh ya! Moknik tak sempat nak call aku..huaaaa.. Rindu moknik.

No comments: