Sunday, February 15, 2015

qada' and qadar

Bismillahi tawakal tu alaAllah la haulawala kuwwata illa hil azim..

Umpama mimpi dalam mimpi pulak bila dalam masa seminggu lebih dah aku berada di sarawak ni. Jauhhhhh dari apa yang aku idamkan selama ini. Sebab aku suka orang kedah so aku berangan nak mengajar di kedah bersama sama masyarakat kedah.

Tapi Allah lebih mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Bila duk sorang sorang aku jadi lebih banyak berfikir. Sepertinya semua yang berlaku sekarang ni dalam kehidupan realiti ni semuanya berkait ngan apa yang aku telah lalui untuk menjadikan aku lebih tabah berada dalam hutan ini.

Ramai yang jumpa aku bertanya. "Aku nampak kau releks jer. Tak jerit (menangis) ke apa. Mu okey tak ni?"

"Azie tak homesick ke?"

Aku dah lama berjauhan ngan family sejak sebelum baligh lagi. Hahahaha. Mungkin sebab dah biasa berjauhan ngan family tak de la rasa homesick sngat. Alaaa..tipu la kalau kata tak teringat rumah kan. Ada la jugak teringat sket sket.


Lepas habes study kat mktb tahun lepas aku ada plan nak isi bekerja ngan permata rosmah kebetulan masa tu tengah cari pekerja. Gaji boleh tahan la jugak. Tapi ntah macam mana bila memikirkan tentang rumah aku so aku mengambil keputusan untuk jadi bibik jer kat rumah tanpa gaji. Duk rumah jer sepanjang masa. Memasak mengemas. Rupa rupanya ada hikmah aku duk rumah sebab aku akhirnya di hantar jauh dari kampung halaman. Berbaloi la duduk lama kat rumah kannnn...

Pastu...

Bila dapat anak murid satu darjah ada satu kelas jer aku relate balik ngan program jihad PJBP yang aku dan rakan rakan jalankan di 4 buah sekolah tu. Memang sekolah sekolah tu satu darjah satu kelas. Muridnya sedikit jer dan kawasan luar bandar. Thanks Ruby kerana pikirkan idea buat program sebegitu menjadikan aku lebih bersedia untuk berada di sekolah kurang murid sekarang.

Lagi....

Aku minat aktiviti lasak dan ekstrem. Aku bukan jenis ayu ayu. Sebelum ni aku masuk kelab kembara dah masuk hutan pastu naik rakit lagi. Memang baguslah join aktiviti gitu sebab sekarang ni pon aku hidup sederhana dan kekurangan jugak la di dalam hutan ni. Program big pon jua menjadikan kita tabah berada dalam keadaan tak kondusif tambah tambah sekarang musim hujan kat sini. Kasut aku habes berlemuih ngan selut tak de dah nak bergaya bergaya gi sekolah.

Kat rumah pula, family aku memang dah  di ajar makan nasi sekali sehari sahaja. Bila berada di sini sekarang aku kena jimat jimat makanan la. Sebab barang makanan beli siket jer aritu nak tampung sampai bulan 3 oi. Masak sekali sehari jer. Kena jugak merajinkan diri untuk makan.....

Jadi terima aje qada dan qadar yang ditetapkan. Semoga aku mampu bertahan selama setahun ni.

Memang tak dinafikan agak payah untuk aku suaikan diri dengan masalah bahasa dan persekitaran. Biasalah tu take time untuk we get along with the environment and people. Right? Ada sebab lah tu kenapa Allah campakkan aku disini. Mungkin menjawab kepada doa doa dan permintaan aku yang dulu dulu.

So..we just enjoy the journey. Doakan semoga aku terus tabah mengharungi kehidupan ini.. fighting!

No comments: