Thursday, May 16, 2013

Belajar dan diajar untuk mengajar


Assalamualaikum....

Setiap tahun pada tarikh 16 Mei, murid-murid mesti eksaited nak bagi hadiah kat cikgu. Pastu guru mesti akan ase berdebar-debar kan nak dapat hadiah dan ucapan dari murid-murid. Cikgu yang femes mesti banyak dapat hadiah kan. Kalo cikgu garang macam aku ni siket jerla hadiahnyer. Tapi bukan hadiah yang menjadi topik utama, yang penting ilmu tu...Apa yang cikgu-cikgu ajar kat kita. Dan jugak orang-orang sekeliling yang pernah share ilmu kepada kita. Dengan tunjuk ajar, didikan dan ilmu-ilmu tulah yang membentuk siapa kita pada hari ini.


Siapa aku pada hari ini?


Seorang bakal guru dan juga seorang personal wellness coach Herbalife.


Dua-dua main peranan yang agak sama iaitu belajar dan diajar untuk mengajar.


Kalo jadi cikgu nak kena ajar anak murid. Kalo Jadi coach nak kena mengajar customer pemakanan yang sihat. Macam sama jerlah kan.


So, dikesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar saya iaitu di:

  • Tadika KEMAS Bukit Sawa (1995-1996)
  • SK Bukit Sawa (1997-2002)
  • SMK(A) Durian Guling (2003 sebulan jer)
  • MRSM PDRM Kulim, Kedah (2003-2007)
  • Kolej Matrikulasi Pahang (2008-2009)
  • Universiti Utara Malaysia (2009 sebulan jugak)
  •  IPG Kampus lmu Khas. (2009 sampai sekarang)

Kat facebook aku tengok ramai orang buat senarai sekolah masing-masing. Pastu baru taw, eh dia ni sekolah kat sini dulu atau oooo dia ni satu sekolah ngan dia rupaya..Bila aku taip nama sekolah dan IPT tadi terasa macam isi borang pengenalan diri. Papepon, satu impian  aku dah tercapai iaitu nak kembali ke sekolah rendah aku dulu. Aku pernah buat PBS kat sekolah tu. Jumpa semua cikgu-cikgu yang masih ada dan dorang macam terharu jugak la ada anak-anak murid ingat lagi kat dorang dan bakal jadi cikgu jugak suatu hari nanti. Insha allah.


Kembali ke sekolah lama (klik sini)


GPK kat sekolah praktikum aku sempat pesan,
"Nanti dah jadi cikgu jangan kekal kat sekolah tu jer. Pergilah sekolah lain jugak. 5 tahun sekali tukarlah sekolah. Pergi lah sekolah kat negeri lain. Baru dapat timba banyak ilmu.Nanti dah tua baru balik ke kampung halaman sendiri"


Ermmm..aku pon pikir macam tu jugak. Sebab tu aku teringin ngat nak gi ngajar kat kedah. Sebab aku suka orang Kedah. Hehehehehe (^__^)~


Oh ya! tak dilupakan jugak ucapan terima kasih kepada semua distributor-distributor Herbalife yang share banyak sangat ilmu kat aku sampai aku dapat share kepada orang lain jugak. Kalo tanpa dorang, tak derlah aku nak jaga pemakanan yang sihat dan tak derlah aku dapat improve masalah kulit dan berjaya gain weight. pastu ajar plak orang lain untuk jaga pemakanan yang betol. Yahoooo..! Terima kasih kepada semua sponser dan upline-upline saya.


Dan kepada kawan-kawan saya yang bakal menjadi guru satu hari nanti, belajar betol-betol. Kita ni bakal pendidik anak bangsa. Kalo salah didikan, habes lah dorang nanti. Nak mengajar memang senang, tapi nak mendidik tu yang payah.


Nah, aku akhiri entry ni ngan lagu IPG. Bila nyanyi lagu ni kadang-kadang rasa sebak jugak. Ermmm.Sket-sket nak tacing kan. Ntah pape jer.




SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU.!!



6 comments:

Anonymous said...

selamat hari guru (:
jom jln sini.. http://orangekecik.blogspot.com/

Mysara Ab Rahman said...

slamat hari guru gk utk bakal ckg ni! hehe

Rin Saharina said...

selamat hari guru shazika =)

shazika said...

@orangekecikterima kasih dear :)

shazika said...

@Mysara Ab Rahmanterima kasih mysara :)

shazika said...

@Rin Saharinatrima kasih rin :)