Friday, May 24, 2013

Apa dalam make-up bag saya?


Assalamualaikum...

Sebelum ni aku bukanlah jenis girlish sangat. Tak de pon bawak make up bag sumbat dalam bag (beg dalam beg -_-" ) . Main letak jer compact powder yang masa tu aku pakai compact powder Miyami dan satu lipice. Tu jerrr... Tapi bila dah makin dewasa sekarang  (ceceh dewasa) malahan insha Allah bakal bergelar seorang guru, otomatik kita punyer penampilan dan characteristics akan/perlu berubah.


So, lets straight to our topic. Apa dalam make-up bag saya??


Perempuan kalo keluar jalan-jalan mesti akan bawak sekurang-kurangnya satu jenis bedak dan satu jenis gingu/lipice. Betol tak wanita-wanita sekalian?? Kali ni aku nak citer apa yang ada dalam beg mekap aku. mesti ada yang cakap "alah, cliche sangat, sama jer apa ada dalam beg mekap ko akan ada jer dalam beg mekap orang lain". Ok tak pe, kita tengok dulu.



Tadaaaa.... Ni lah barang-barang yang ada dalam make-up bag aku. Sila rujuk gambar rajah, aku dah siap buh nombor .
  1. Herbalife Radiant C face quencher 
  2. Tony Moly liptint
  3. kerongsang
  4. Herbalife Radiant C skin booster
  5. Herbalife lip refiner
  6. lip ice sheer colour
  7. compact powder Maybellie
  8.  Herbalife eye gel 

Ini jerlah yang aku mampu bawak kehulu-kehilir kalo keluar ngan kawan-kawan dan family. Senang bila letak semua dalam satu beg, tak derlah berterabur semasa nak cari bila perlu terutama selepas solat kat luar.


Oh ya! Ada satu benda aku nak tanya. Selalunya selepas solat, kamu taruk apa dulu kat muka untuk make up balik? Kan masa wuduk kita dah hilangkan semua kesan mekap tu.


Kebiasaanya lepas solat, pompuan suka sapu terus bedak compact kat muka. Berdebu dan bertepung habes muka dengan bedak. Hehehehe.. Aku pon dulu macam tu jugak. Sekarang lepas solat dah tak berbedak dah. Aku sapu skin booster jer.  Best sangat sangat sangat skin booster ni. Bila sapu jer kat muka masha Allah, kulit rasa lembut bak baldu dan gel tu akan terus meresap ke muka. So, jangan risau muka akan jadi berminyak ke apa ke bertepung ke. No no no... Malah, skin booster ni akan repair sel-sel kulit muka kita yang kusam dan tak bermaya tu. Kalo rujuk gambar rajah ada jer compact powder. Aku pakai kadang-kadang jer kalo ada event atau dinner. Kalo tak, biasanya aku bawak sebab nak tengok cermin untuk betulkan tudung . (^_^)~


Rejim pemakaian mekap aku bila lepas solat di luar tak lah renyah sangat. Lepas solat pakai tudung dulu baru sapu skin booster, dab dab kan liptint kat bibir dan sapu lipice. Sonang ajo..Tak perlu lama-lama nak mekap. Kalo yang lip refiner dan eye gel tu pakai bila rasa perlu je semasa kat luar. Salah satu sebab bekas kawan lelaki (sila translet kut omputih) tak puas ati ngan aku sebab aku tak mekap sangat. Pernah jer aku mekap. Okey!


See. The sunglasses is too big for me. Dah nama pon pinjam spek Ruby. Time ni memang aku mekap. 


Sebelum berakhir, sape sape yang nak tambah barang dalam beg mekap dia macam barang-barang yang ada dalam beg mekap aku boleh contact/whatsapp aku. 013-9454928. Aku distributor dan personal wellness coach Herbalife. Aku pakai apa yang perlu untuk sihatkan kulit, bukan semata-mata nak cover muka dengan make up. =).  


2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam dear , momoy suka isi dalam beg make up dear =)
sangat2 bagus untuk kulit

shazika said...

siti farishah An:

boleh mesej sy kt fb utk harga