Monday, May 20, 2013

Kisah pilih minor


Assalamualaikum...

Sambil-sambil study untuk exam english tetibe teringat kisah macam mana aku boleh terjebak dalam kelas english dan pilih english sebagai subjek minor. Sebelum tu aku terangkan. Aku major dalam social studies dan minor PJ. Pastu kami kena pilih lagi satu minor antara BM atau BI. Aku rasa lama giler aku buat pilihan nak pilih yang mana satu. Aku ingat lagi masa nak pilih tu kawan-kawan semua dah ada pilihan masing-masing. Aku pulak buntu.

So, Ruby bagi aku satu persoalan.

Ruby : Awak selalu keluarkan duit kat mesin ATM tekan english atau bahasa melayu?
Aku : Selalu tekan bahasa melayu..Kenapa???
Ruby : Haaa... dah terbukti dah. Awak pilih jerlah minor BM.
Aku : pffttt.... (ruby ajar ayat ni kekeke)


So, aku pon gitau kat mentor aku nak ambil minor BM.


Pastu masa sedang bercuti sekolah akhir tahun di kampung halaman aku pon terpikir. Nanti kalo ambil minor BM kami takkan belajar BI dah. Aku ni agak kurang pandai lah english tapi aku suka baca novel english. Sayanglah nak tinggal english kalo dah ambil minor BM nanti. Sebab tak reti english lah kita kena study english. Betol tak??? Lagipon aku suka belajar BI cuma tak reti speaking kut english jer.


Oh ya! Lagi 1 sebab kenapa aku pilih minor english sebab nanti bila dah posting ke sekolah dan jadi cikgu betol, guru besar akan main letak jer ko nak kena ngajor apa. Kalo kat sekolah tu kekosongan cikgu muzik ko kena ngajar muziklah. Nanti andaikata aku ni minor BM tetiba guru besar suruh ngajar english, aku takut aku terkial-kial tak reti english tetibe kena ajar english. So, langkah berjaga-jaga baek aku pilih untuk belajar dalam kelas english.


Pastu semasa dalam cuti tu jugak aku call lecturer aku untuk ubah balik, letak aku dalam kelas english.


Dan sekarang, study lah aku untuk exam english hari selasa ni. Permasalahan sekarang ni adalah, bila aku semester 7 nanti kami kena pergi sekolah untuk praktikum selama 3 bulan. Dan kami kena mengajar matapelajaran ENGLISH.! Dan sekolah tu adalah sekitar Kuala Lumpur. Aku ni speaking tergagap-gagap acaner ni ha nak ngajor bebudak KL yang terer speaking sejak kecil. Matiklah cikgu tak terer speaking omputih. Jadi sekarang kadang-kadang aku speaking ngan roomate aku. Dia budak TESL. Kalo tatau sesuatu perkataan aku tanyalah Yasmin ngan Wafa.. Selain tu mummy (classmate aku) ajar suruh aku tengok citer yang ada subtittle english dan nyanyi lagu omputih untuk pronounciation. (T___T)~



1 comment:

NinaAz said...

Hoho. Nina english memg failllllllll. Kdg2 pelajar confius apa y cikgu dia ckp. Haaaa