Assalamualaikum..
Masa aku kecik-kecik dulu kartun aku suka tengok citer sailormoon, card capter sakura, dan aku ase ramai yang geng-geng lahir 90-an tau citer dragonball. Apa persamaan semua citer ni? Errmmmm...ce pikir jap kawan-kawan. Ok, persamaan citer-citer kartun ni semua adalah citer kartun lawan-lawan. Walaupon sekarang semua citer kartun yang aku pernah tengok dulu dah tak tayang kat tv namum sekarang wujud citer kartun lawan-lawan versi Malaysia iaituuuuuuu Boboiboy..!! Kanak-kanak dan citer kartun lawan-lawan tak dapat dipisahkan. Hahahahaha...
Sementara tunggu pelajar muslim gi solat Asar, pelajar non-muslim tengok citer Boboiboy dulu. Pastu yang lain dah habes solat semua pakat kerumum depan skrin. Nasib baik ada pentas sebagai penghalang. Kalau tak, semua pakat nak duk depan jer.
Lepas habes tengok citer, sambung main untuk aktiviti riadah. Permainan macam sukaneka camtulah. Ada game bawak epal ulang-alik, rantaian kasih, dan apungkan paper clip. Tapi setiap game tu bukan sesaje jer main. Ada motif terendiri. Dah nama pon kem motivasi kan.
Semasa main game rantaian kasih. Game ni dorang kena sambung semua barang-barang termasuk badan sendiri sehingga bentuk satu garisan panjang. Habes semua pakat cabut tali kasut pastu tatau nak ikat tali kasut macam mana. (T_____T)~ tsk tsk.. mungkin sebab nilah kenapa mak aku tak kasi aku pakai kasut ada tali semasa sekolah rendah. Pastu yang tatau ikat tali kasut, kawan-kawan mai tolong ikatkan. Bagos! semua tolong-menolong dan bekerjasama.
Amboi..kusyuk kemain dongak kepala dengar taklimat daripada fesi. Semua get ready untuk main game seterusnya.
Next...dorang kena apungkan klip kertas atas air. sangat sangat memerlukan kesabaran. Dan kena ada skill jugak nak apungkan bukan boleh main letak jer. Pastu 1 dah terapung, nak letak klip yang lain kena betol-betol hati-hati. Boleh bikin bergadoh kalo dah letak 4 klip tetibe kawan nak letak klip yang terakhir pastu semua klip tenggelam. Wohaaaa...!!
Ni ahli kumpulan aku.. Actually ada 2 fesi untuk group ni. aku ngan ikhwan. Ikhwan tak de dalam gambor sebab dia yang ambilkan gambar.
Habes aktiviti petang semua pelajar get ready untuk bersihkan diri, untuk solat maghrib dan makan malam.
Sambil menunggu dorang mandi dan bersiap, kami pon mainlah bola tampar. Fesi-fesi pon nak beriadah jugak. Takut oooo main bola tampar ngan budak laki. Eh..bukan setakat bola tampar jer, kalo main game lain pon aku jadik seram dan berhati-hati jugak. Lelaki antor bola laju dan kadang-kadang dorang seronok sangat main sampai lupa yang dalam group tu ada pompuan.
Aku pernah main bola sepak semasa kela PJ bersama classmate lelaki dan lecturer aku jugak. Rujuk entry ni. Punyer bertungkus lumus main, seronok sangat tetibe lecturer nak gol kan bola. Aku sure 100% bola tu laju dan kuat. Aku pon tunduk untuk elak bola tu. Tapi bola kena sanggul aku. Sampai senget senget sanggul rambut aku. Dan sanggul tu telah berjaya mengelak bola daripada masuk goal. Fuhhh..!! Nasib baik bukan kepala aku yang senget.
Maaflah kalo tajuk entry boboiboy tapi last last berakhir ngan citer bola. =)
1 comment:
Akak pulak suka citer detective conan. Hehehe
Semangat sungguh budak2 tu dengar teklimat. :)
Post a Comment