Tuesday, July 8, 2014

Membeli tiket bas secara online


Assalamualaikum..


Memandangkan sekarang kita semua dah masuk bulan Ramadhan dan lepas ni kita akan sambut hari raya, mesti  ramai yang masih tercari-cari tiket untuk balik beraya. Kali ni aku nak share macam mana nak membeli tiket bas secara online. Jadi, kamu tak payah lah lagi tercari-cari masa nak pergi kaunter tiket untuk dapatkan tiket pastu pergi sana tetiba tiket yang kita nak dah tak de. 


So, tahukah kamu sekarang kita dah boleh beli tiket bas secara online.??


Meh aku ajar camne cara nak beli tiket bas secara online. Tapi tak semua bas menggunakan sistem online ni. Masih ada bas yang masih tak canggih untuk buat sistem sebegini.


Langkah 1: 

Kamu pergi ke lawan web http://www.eticketing.my/ . Kat situ ada senarai perkhidmatan bas yang menggunakan sistem tiket online.  Pilihlah bas mana yang kamu suka. 


Langkah 2:

Dah pilih bas mana yang kamu nak.. (aku ambik contoh bas sani express). Klik pada check your trip atau buy ticket online. 



Yang ni untuk tengok tarikh dan masa perjalanan bas. Dah pilih tarikh dan masa, tengok pulak seat/tempat duduk yang kamu nak. Available lagi ke tidok. 


Langkah 3:

Sebelum purchase tiket tu, kamu kena register atau log in dulu. Baru boleh beli. 


Nanti kamu isi lah borang yang dia bagi. 


Langkah 4: 
Sesi mencari seat yang available.



Oh! nampaknya tiket raya nak balik alor setaq masih available sehari sebelum hari raya. Ok lettew ada la jugak tiket nak balik beraya daripada tak dapat balik langsung kan. Yang petak-petak bernombor warna biru tu maksudnya seat tu tak de orang beli lagi. Yang star/bintang-bintang tu dah ada orang. Jadi, kamu pilih la seat mana yang kamu suka. 


Langkah 5:
Sesi pembayaran. 

Kamu klik sama ada nak bayar melalui web cash atau credit card atau online banking. Aku selalu guna online banking melalui maybank2u. 

Nanti akan keluar pop out box demi box. Kamu setle kan isi mana yang patut yang dia nak sampailah kamu connect dengan bank pilihan kamu untuk membuat pembayaran. 


Langkah 6:
Print tiket. Kat sini aku tak tunjuk gambar tiket untuk di print sebab aku tak de pon nak balik raya ke alor setaq. Tu contoh jer tadi.

Lepas print nanti kamu simpan tiket tu baik-baik. Sebelum naik bas nanti tunjuk kat pakcik driver tiket tu jer. Tak perlu ke kaunter untuk tukar semula tiket asal. Tak perlu tukar. Pakai je yang kamu dah print. Valid. 


Dan. Selamat pulang ke kampung untuk berhari raya. 
Salam sayang, 
~Zazi =) ~


12 comments:

Hafiz Hafizol said...

Dah boleh ke beli tiket bas online skrg.. baru tahu.. sebelum ini kemain beratur panjang nak beli tiket, nanti kalau nk balik kg boleh online jela... Hehehe...


thanks =D

Luqman Zakaria said...

tak pernah pulak beli tiket bas online..huhu..tapi untuk raye nih x beli tiket sbb raya pertama tak balik pn..kene keja..huwaaaa..

hazanis said...

zaman study selalu naik bas nak pergi jauh. sekarang upgrade kepada belon lak. hehe :)

KHALID said...

Nice info, baru tau boleh beli tiket bus online


Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

Unknown said...

Wahhh baru tahu!

Anonymous said...

tapi kalau nak lagi hebat bukan beli online sahaja,... pi jer guna mobile apps catchthatbus.com. senang. ada handphone da boleh beli tiket bas da

Anna Yasmin said...

very useful info..thank you very much

James said...

Thank you very much.Very useful info..Thanks again

Anonymous said...

akak macam mana nak tahu seat atas ke bawah ?

mimi said...

kalau tak print tiket tu boleh tak? just cuma tunjuk kat skrin phone je

Mus laa said...

Yup macam mana nak tau seat atas / bawah???

abe_shazf said...

Bleh ajar Sye gune x app tu