Assalamualaikum...
Jumaat lepas sekolah adakan majlis khatam al-quran. Program mula dari pagi sampai waktu rehat je..Lepas rehat kelas berjalan seperti biasa. Pagi tu, semua murid berkumpul kat dewan.
Sebelum majlis bermula, aku gi tengok tasha ngan wardina praktis sebelum buat persembahan. Sedap jugak suara wardina ni. High-pitch.
empat orang kat belakang tu saje je interfrem nak masuk dalam gambor. Macam kumpulan kugiran la plak. Yang buat persembahan nanti tasha ngan wardina jer. Cukup-cukuplah kami menari atas pentas aritu. Huaaaa~ Kali ni gi sekolah tambah lagi 2 orang cikgu praktikum. Tasha ngan Michelle. Dorang junior kami kat maktab.
Majlis dimulakan dengan bacaan tadarus al-quran daripada murid-murid. Semua bacaannya bagus. Ermmm ada yang bacaannya dengar macam dia tengah nerves. Mungkin sebab duk atas pentas kat bawah ramai plak penontonyer.
Pastu persembahan akustik dari tasha. Nyanyi lagu maher zain lagu number one for me. Oh ya..! Dah dengar lagu baru tasha ngan syed? Aku menjadi tersuka ngan lagu tu. Paling ku suka part syed rap. This is special for u baby, selamat ulangtahun cinta.
Habes semua persembahan murid dah mula gelisah dah. Ada yang menyembang. Ada yang duk keluar masuk nak gi tandas. Keadaan dah tak terkawal. Biasalah budak-budak bukan boleh bertahan lama nak duk diam. Sabor jerlah cikgu-cikgu semua. Last acara pembahagian sumbangan kepada murid-murid yang memerlukan. Pastu majlis bersurai semua masuk kelas masing-masing belajor macam biasalah.
Aku ni taip citer macam buat laporan lah plak. Ah lantaklah.. Janji update kannnn..
Best wey update blog kisah, event atau perkara yang berlaku dalam hidup kita. Sebab kenkadang bila tengah bosan-bosan aku suka ushar entry lama-lama.
Eh..Korang ada blog? Haa...apalagi. update ler blog tuu..
Saje tempek gambor ootd aku aritu. Lama plak tak tempek gambor sensorang kat blog sendiri. Aritu pakai baju tak payah iron. Tudung je aku terpaksa iron kalo tak nampak nau pemalasnyer. Malu ler siket ngan anak murid kalau cikgu pakai pakaian berkedut gi sekolah. Hehehehe...
Ok bye!
1 comment:
wahh siap ada tasha manshahar ea? hehe
Post a Comment