Saturday, July 12, 2014

Junior terakhir


Assalamualaikum..

Aku sekarang dah final semester. Aritu ada kemasukan student baru kiranya ni junior aku yang paling last lah sebelum aku habes belajar. Kalau dikira-kira perbezaan umur antara aku ngan yang baru masuk ni adalah 6 tahun. Wohaaa..!! Terasa diriku begitu berusia..Tapi aku tetap rasa aku masih muda masih boleh geng ngan junior-junior kat hostel ni. 


Kalini aku tak terlibat ngan orentasi dorang. Cuma malam kebudayaan orentasi jer aku luangkan masa untuk tengok and support walaupon agak hambar lah. Biasalah tu malu-malu lagi nak beraksi. Hehehe.. =)


Get ready untuk beraksi.. hoyeah...! 



Terer budak ni menari. Tapi sayang, muzik pulak slow. Adoyai...Yang duduk tu semua junior.  


Ramai jugaklah junior kali ni berbanding yang lepas. Aku kenal yang duk satu level ngan aku jerlah. Budak level lain aku kenal muka je setakat ni. Tak sempat nak berkenalan masa orentasi. 


Ramai jugak budak-budak muzik. Biasanya yang amek muzik ramai yang ada basic main gitar atau keyboard. Kat sini ada kos muzik. Dulu pernahlah jugak aku pergi belajar main keyboard ngan gitar daripada junior-junior. Kalo ko suruh aku main sekarang memang kompem aku dah lupa dia punyer kod. Hahaha... Lagu keluang man jer aku tau strumming. belajar ngan amna. 


Last persembahan junior, senior pulak buat persembahan. Yang baju merah tu budak PJ (pendidikan jasmani). Suara sedap oooo.. Nyanyi dangdut lagi tuu.. Bukan budak muzik je tau main alat muzik atau nyanyi.. Pendek kata ramai berbakatlah kat maktab ni. Tak caya tengok si Tasha Manshahar.. Cuma dikembangkan atau tak. Tu jerr..


So, kesimpulannya duduk kat hostel ni best. Ramai orang kata duduk hostel budak skema. Mana adaaa.. Tak yah skema sangat. Setakat ikut peraturan dan jangan cari pasal okeylah tu. Harap-harap junior kali ni okey,.. Setakat ni masih behave. Bagus lerr...

Tu jer nak citer..Tata~


No comments: